Soalan Lazim: Langganan Gaming CelcomDigi Fiber

Modified on Tue, 1 Oct at 10:00 AM

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih banyak tentang tambahan CelcomDigi Fiber yang lain, sila layari senarai lengkap tambahan yang terdapat di sini.

 

Soalan Am


1. Apakah PC Game Pass? 

PC Game Pass adalah perkhidmatan langganan bulanan yang ditawarkan oleh Microsoft yang memberikan anda akses kepada game PC berkualiti tinggi (daripada keluaran terkini dan popular kepada pelbagai kategori game indie dan klasik kegemaran ramai) di peranti komputer Windows. Senarainya juga kerap dikemas kini bagi memberi banyak pilihan kepada semua jenis gamer di luar sana. 

 

2. Apakah perbezaan PC Game Pass dengan CelcomDigi berbanding langganan game lain di luar sana? 

Nikmatilah pelbagai game baharu yang hebat daripada Xbox Game Studio, termasuklah daripada pengeluar francais game popular seperti Bethesda Softworks, Activision Blizzard, Riot, penerbit bebas, blockbuster dan banyak lagi; semuanya termasuk dalam bil CelcomDigi Fiber bulanan anda. 

 

3. Apakah keperluan peranti PC yang diperlukan untuk bermain game daripada PC Game Pass? 

Game boleh dimainkan menggunakan peranti Windows 10/11 yang bersesuaian. Sila semak halaman butiran setiap game untuk mengesahkan kesesuaian dengan peranti anda. Sesetengah game mungkin memerlukan Windows untuk dikemas kini kepada versi terbaharu. Lihat: Cara mengetahui keserasian game dengan peranti Windows.  Sila lihat pelbagai peranti gaming kami di sini

 

4. Adakah terdapat tawaran pelancaran eksklusif daripada CelcomDigi?

Tawaran pelancaran eksklusif kami memberikan akses PC Game Pass kepada semua pelanggan CelcomDigi Fiber baharu dan semasa pada kadar RM17 sebulan. 



Kelayakan

 

5. Siapakah yang layak untuk melanggan PC Game Pass? 

Semua pelanggan CelcomDigi Fiber boleh melanggan PC Game Pass. 

 

6. Adakah saya perlu mendaftar pelan CelcomDigi Fiber baharu terlebih dahulu sebelum membeli langganan PC Game Pass melalui CelcomDigi? 

Ya, anda perlu menjadi pelanggan CelcomDigi baharu atau semasa untuk membeli langganan PC Game Pass melalui CelcomDigi memandangkan caj bulanan akan disertakan dalam bil CelcomDigi Fiber anda.  

 

7. Adakah terdapat tempoh kontrak untuk Langganan PC Game Pass? 

Tiada tempoh kontrak spesifik untuk langganan PC Game Pass memandangkan langganan akan diperbaharui setiap bulan, melainkan anda membatalkan langganan anda melalui CelcomDigi.  

 


Langganan

 

8. Bolehkah saya membuat langganan PC Game Pass lebih daripada satu serentak? 

PC Game Pass hanya direka untuk penggunaan  individu pada masa ini. Setiap akaun fiber akan memberikan anda satu langganan PC Game Pass. Walaubagaimana pun, anda boleh memasang game di pelbagai peranti selagi hanya dimainkan pada satu peranti dalam satu masa.

 

9. Bagaimanakah cara untuk saya melanggan PC Game Pass melalui CelcomDigi? 

Ini adalah langkah-langkah untuk membantu anda dalam proses langganan: 

Langkah 1: Pastikan anda telah melanggan mana-mana pelan CelcomDigi Fiber

Langkah 2: Untuk melanggan, hanya sahkan langganan bulanan anda di sini

Langkah 3: Log masuk menggunakan nombor kad pengenalan anda & no pin sekali guna (OTP) yang dihantar ke emel anda

Langkah 4: Setelah dilengkapkan, anda akan menerima emel yang pengesahanlangganan anda. Langkah pengaktifan dan butiran log masuk akaun PC Game Pass akan disertakan dalam emel langganan.

 

10. Berapa lamakah masadiambil untuk langganan PC Game Pass saya boleh digunakan setelah pengaktifan?

Langganan anda boleh digunakan dengan serta-merta sebaik langganan berjaya disahkan. 

Nota: Harap maklum bahawa anda tertakluk kepada pemeriksaan untuk memastikan anda mempunyai pelan CelcomDigi Fiber yang sah.


11. Sebaik menerima kod penebusan PC Game Pass melalui emel, adakah saya perlu mengaktifkan akaun saya dengan serta-merta? Jika tidak, bilakah tarikh luputnya? 

Kod boleh ditebus sehingga 30 hari daripada tarikh penerimaan kod. Selepas itu, kod tidak lagi sah untuk digunakan.  

 

12. Apabila saya berjaya melanggan PC Game Pass, bilakah caj bulanan akan muncul di bil fiber saya?

Bil fiber anda akan dicaj pada dalam masa 30 hari daripada tarikh langganan. 

 

13. Adakah langganan ini berterusan secara bulanan atau saya perlu kerap memperbaharuinya? 

Anda akan dicaj secara bulanan melalui bil CelcomDigi Fiber anda melainkan anda membatalkan langganan anda melalui CelcomDigi.

 

14. Jika akaun fiber saya digantung, adakah langganan PC Game Pass saya juga turut digantung? 

Tidak, anda masih boleh mengakses akaun PC Game Pass anda memandangkan caj bulanan anda masih berjalan.  

 

15. Jika saya tidak mahu meneruskan langganan PC Game Pass saya, bagaimanakah caranya untuk menghentikan langganan? 

Anda boleh menghentikan langganan di sini. Walaubagaimana pun, harap maklum bahawa akses anda masih akan diteruskan sepanjang 30 hari dari tarikh bil langganan anda. 

 


Keperluan Keserasian Teknikal

 

16. Apakah syarat sistem minimum untuk bermain game dengan PC Game Pass?

Syarat minimum sistem adalah berbeza mengikut game tetapi secara umumnya anda memerlukan PC Windows 10/11 dengan GPU yang bersesuaian, 8GB RAM dan sekurang-kurangnya  processorIntel i5. Sila lihat senarai peranti gaming di sini

 

17. Adakah saya memerlukan kelajuan Internet yang tertentu untuk menggunakan PC Game Pass secara efektif? 

Kami mengesyorkan CelcomDigi Fiber 300Mps sebagai keperluan minimum untuk pengalaman gaming yang lancar, walaubagaimana pun kelajuan internet yang lebih tinggi semestinya menawarkan prestasi gaming yang lebih efektif.  

 


Bantuan dan Penyelesaian Masalah

 

18. Apakah yang perlu saya buat jika saya mempunyai masalah dengan PC Game Pass? 

Untuk bantuan teknikal, layari halaman sokongan PC Game Pass di sini atau hubungi bahagian sokongan pelanggan di bawah untuk bantuan berkenaan sebarang isu dengan langganan anda: 

Pelanggan Celcom Postpaid

Pelanggan Digi Postpaid

Pelanggan baharu/ Pelanggan tanpa pelan pascabayar

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article