Soalan Lazim: Easy360
Modified on Thu, 5 Feb at 3:08 PM
1. Apakah Easy360?
Easy360 merupakan program ansuran/permilikan peranti yang menawarkan tawaran terbaik untuk telefon terkini kepada pelanggan. Bergantung kepada kelayakan, pelanggan dapat menikmati:
- Pelbagai pilihan peranti 5G
- Pelan ansuran termudah dengan pilihan antara kontrak 24 bulan ataupun 36 bulan, tanpa faedah
- Tiada bayaran pendahuluan (bergantung kepada kelayakan pelanggan)
2. Adakah saya perlu membuat pembayaran pendahuluan untuk peranti apabila mendaftar untuk Easy360?
Ya, bayaran pendahuluan peranti diperlukan apabila anda mendaftar untuk Easy360. Namun, tertakluk kepada kelayakan, anda mungkin layak menikmati pilihan bayaran pendahuluan RM0.
Jumlah bayaran pendahuluan berbeza mengikut peranti yang dipilih. Sebarang bayaran pendahuluan yang dikenakan akan dipulangkan sepanjang tempoh kontrak peranti anda melalui kredit bil bulanan. Contohnya, bagi peranti yang mempunyai bayaran pendahuluan sebanyak RM2,400 dengan pelan 24-bulan, RM100 akan dikreditkan ke bil anda setiap bulan.
3. Bolehkah saya gunakan kad debit untuk langganan pengebilan automatik Easy360?
Hanya kad kredit dibenarkan untuk langganan pengebilan automatik peranti Easy360.
4. Di manakah saya boleh mendaftar untuk Easy360?
Anda boleh melanggan Easy360 di mana-mana cawangan kedai CelcomDigi.
5. Saya ingin menamatkan langganan Easy360 saya, apakah yang patut saya buat?
Sila kunjungi Kedai CelcomDigi terdekat, dan kami akan membantu anda. Harap maklum bahawa bayaran penalti akan disertakan untuk penamatan awal kontrak anda.
6. Saya bukan warganegara Malaysia, bolehkah saya mendaftar untuk Easy360?
Easy360 kini hanya dibuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan memiliki kad pengenalan Malaysia.
7. Berapakah bilangan peranti yang boleh saya daftar dengan Easy360?
Setiap pelanggan dengan kad pengenalan asal yang sah layak untuk mendaftar sebanyak dua (2) kali sahaja untuk peranti Easy360.
8. Saya kini dalam kontrak Celcom MEGA EasyPhone / Digi PhoneFreedom 365; bolehkah saya tukar pelan ke CelcomDigi Postpaid 5G 140 2026 yang baharu?
Jika anda beralih ke pelan dengan komitmen bulanan lebih tinggi dari pelan kini, kontrak anda akan diteruskan tanpa sebarang penalti.
Namun, jika anda beralih ke pelan dengan yuran komitmen lebih rendah, anda akan disertakan caj penamatan awal seperti yang dinyatakan dalam kontrak anda.
Sebagai contoh, jika anda mempunyai kontrak dengan Digi Postpaid 120 atau Celcom Mega 128 dan anda tukar pelan anda kepada CelcomDigi Postpaid 5G 140 2026, anda akan melanjutkan kontrak anda pada pelan baharu. Jika anda menukar pelan kepada CelcomDigi Postpaid 5G 100 2026, anda akan disertakan caj penamatan awal mengikut terma kontrak anda.
9. Saya kini terikat dengan kontrak Bundle Peranti Xpax Postpaid / Digi Pakej PowerJimat; bolehkah saya tukar kontrak ke Easy360 baharu setelah saya dah tukar ke pelan CelcomDigi Postpaid 5G 120 2026?
Anda dikehendaki menamatkan kontrak Bundle Peranti Xpax Postpaid atau Digi Pakej PowerJimat sebelum melanggan kontrak peranti Easy360 baharu. Harap maklum bahawa anda akan menanggung caj penamatan awal seperti yang dinyatakan dalam kontrak anda.
10. Apakah keadaan peranti/IMEI saya boleh disekat oleh CelcomDigi?
CelcomDigi berhak untuk menyekat peranti dalam situasi berikut:
- Peranti dilaporkan hilang atau dicuri
- Disyaki terlibat dalam penipuan atau terbukti melakukan penipuan
- Pembayaran yang lewat
11. Apakah yang harus saya lakukan jika saya ingin port-out dari Celcom atau Digi semasa terikat dengan kontrak pelan saya?
Untuk port-out, kunjungi CelcomDigi Store terdekat untuk menamatkan kontrak anda. Yuran Pembatalan akan dikenakan sewajarnya . Setelah pembayaran telah dilangsaikan, anda boleh meneruskan dengan port-out.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article