Soalan Lazim: Pakej MegaJimat

Modified on Thu, 5 Feb at 3:00 PM

1. Apakah itu Pakej MegaJimat?
Pakej MegaJimat ialah program tawaran mudah alih yang memberikan pelbagai peranti secara percuma atau harga kurang daripada HRD untuk pelanggan dengan tempoh kontrak sama ada 12 atau 24 bulan pada pelan CelcomDigi Postpaid berikut:

  • CelcomDigi Postpaid 5G 80 2026
  • CelcomDigi Postpaid 5G 100 2026
  • CelcomDigi Postpaid 5G 120 2026
  • CelcomDigi Postpaid 5G 140 2026
     

2. Adakah saya perlu membuat pembayaran pendahuluan semasa mendaftar Pakej MegaJimat? 
Ya. Bayaran pendahuluan peranti mungkin disertakan tertakluk kepada kelayakan pelanggan. Bayaran pendahuluan peranti yang berkaitan akan dikembalikan dalam masa 10 bulan sepanjang tempoh kontrak.
 

3. Saya ingin menamatkan Pakej MegaJimat, apakah yang saya perlu lakukan?
Sila lawati Kedai CelcomDigi yang berdekatan supaya kami boleh membantu anda sewajarnya. Sila ambil perhatian bahawa bayaran penalti akan disertakan untuk penamatan awal kontrak anda.
 

4. Berapakah bilangan peranti yang saya boleh daftar dengan Pakej MegaJimat?
Setiap pelanggan dengan Kad Pengenalan asal yang sah boleh mendaftar sehingga dua (2) pendaftaran dengan Pakej MegaJimat mengikut kelayakan pelan utama.
 

5. Saya warga asing, bolehkah saya mendaftar Pakej MegaJimat?
Tidak, Pakej MegaJimat hanya tersedia untuk warganegara Malaysia.
 

6. Di manakah saya boleh mendaftar Pakej MegaJimat?
Anda boleh mendaftar di mana-mana Kedai CelcomDigi, CelcomDigi Lite Express, CelcomDigi Express atau pengedar sah di seluruh negara.
 

7. Saya kini dibawah kontrak Pakej MegaJimat dengan pelan CelcomDigi Postpaid terdahulu, bolehkah saya menukar ke pelan baharu CelcomDigi Postpaid 5G 2026?

Jika anda beralih daripada pelan pembayaran bulanan yang rendah kepada pelan pembayaran bulanan yang lebih tinggi, kontrak anda akan dilanjutkan ke hadapan dan tiada penalti akan dikenakan.
Namun, jika anda beralih daripada pelan pembayaran bulanan yang tinggi kepada pelan pembayaran yang lebih rendah, anda akan dikenakan caj penamatan awal yang tertera di dalam kontrak anda.
 

Sebagai contoh:

  • CelcomDigi Postpaid 5G 80 → CelcomDigi Postpaid 5G 100 2026 → kontrak akan diteruskan, tetapi rebat RM10 tidak berkenaan.
     

8. Adakah terdapat rebat untuk pelanggan baharu yang melanggan Pakej MegaJimat?

Pelanggan baharu yang melanggan CelcomDigi Postpaid 5G 120 2026 layak menikmati rebat bulanan RM10 selama 6 bulan, tertakluk kepada kelayakan serta terma dan syarat yang berkuat kuasa. Kelayakan dan tempoh rebat akan dipaparkan dalam bil pelanggan selepas pengaktifan berjaya.

 

9. Saya kini masih terikat dengan kontrak Easy360. Bolehkah saya menukar kontrak ke Pakej MegaJimat baharu setelah saya tukar ke pelan CelcomDigi Postpaid 5G 120 2026?
Tidak, anda mesti menamatkan kontrak semasa anda sebelum melanggan ke kontrak peranti Pakej MegaJimat baharu. Sila ambil perhatian bahawa anda akan dikenakan caj penamatan awal yang tertera dalam kontrak anda.

10. Dalam situasi apakah CelcomDigi akan menyekat peranti/IMEI saya?
 CelcomDigi berhak untuk menyekat peranti dalam situasi berikut:

  • Peranti dilaporkan hilang atau dicuri
  • Disyaki terlibat dalam penipuan atau terbukti melakukan penipuan
  • Pembayaran yang lewat
     

11. Bilakah CelcomDigi akan membuka kunci peranti saya?

Kunci peranti anda akan dibuka secara automatik 60 hari selepas bil terakhir kontrak dikeluarkan, selagi tiada bayaran tertunggak kepada CelcomDigi.

 

11. Apakah yang harus saya lakukan jika saya ingin port out dari Celcom atau Digi semasa terikat dengan kontrak pelan saya?
Untuk port-out, kunjungi Kedai CelcomDigi terdekat untuk menamatkan kontrak anda. Yuran Pembatalan akan dikenakan sewajarnya. Setelah pembayaran telah dilangsaikan, anda boleh meneruskan dengan port-out.


Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article