Soalan Lazim: Kontrak CelcomDigi Postpaid 5G 2026

Modified on Thu, 5 Feb at 4:27 PM

1. Apakah Kontrak CelcomDigi Postpaid 5G 2026?

Ia adalah perjanjian antara anda dan CelcomDigi untuk tempoh komitmen tetap yang membolehkan anda menikmati faedah eksklusif seperti diskaun peranti atau add-ons.
 

2. Apakah jenis kontrak yang tersedia untuk pelan CelcomDigi Postpaid 5G 2026?

Talian tambahan menikmati pelan dan faedah kontrak yang sama seperti talian utama, kecuali faedah kontrak peranti yang hanya ditawarkan kepada talian utama.

Talian Utama

Talian Tambahan

  • Kontrak Peranti
    • Easy360
    • Pakej Mega Jimat
  • Kontrak Perkhidmatan
    • Mega Add-Ons (Add-Ons berbayar)
    • Freedom Add-Ons (Add-Ons percuma)
  • Kontrak Perkhidmatan
    • Mega Add-Ons (Add-Ons berbayar)
    • Freedom Add-Ons (Add-Ons percuma)

 

3. Berapakah tempoh kotrak minimum?

Tempoh kontrak berbeza berdasarkan pada tawaran:

  • Kontrak Peranti: 12 hingga 36 bulan
  • Kontrak Perkhidmatan (Freedom Add-Ons / Mega Add Ons): 12 bulan 

Tempoh kontrak akan dinyatakan dalam perjanjian langganan atau butiran tawaran.

 

4. Berapakah kontrak CelcomDigi Postpaid 5G 2026 yang boleh saya daftar?

Setiap talian mudah alih (MSISDN) layak untuk satu kontrak pada satu masa, sama ada kontrak peranti atay kontrak perkhidmatan.
 

5. Bolehkah saya mempunyai kedua-dua kontrak peranti dan kontrak perkhidmatan pada masa yang sama?

Ya, anda boleh memegang berbilan kontrak secara serentak jika setiap kontrak terikat dengan talian mudah alih yang berbeza dibawah NRIC anda. Setiap talian (MSISDN) hanya boleh mempunyai satu kontrak aktif pada satu masa.
 

6. Saya kini mempunyai kontrak dengan pelan semasa saya. Bolehkah saya bertukar pelan ke pelan CelcomDigi Postpaid 5G 2026 baharu?

Ya, boleh. Tetapi ia bergantung pada pelan yang anda tukar kepada:

  • Jika anda menaik taraf kepada pelan dengan bayaran bulanan yang lebih tinggi, kontrak sedia ada anda akan diteruskan tanpa bayaran penamatan awal. 
  • Jika anda menurunkan taraf kepada pelan dengan bayaran bulanan yang lebih rendah, anda akan dikenakan bayaran penamatan awal berdasarkan kontrak semasa anda.

Contoh:

  • Jika ada menggunakan CelcomDigi Postpaid 5G 100, Digi Postpaid 90 or Celcom Mega 98  dan anda bertukar kepada CelcomDigi Postpaid 5G 2026 120, tiada bayaran penamatan awal dikenakan. 
  • Tetapi jika anda bertukar kepada CelcomDigi Postpaid 5G 2026 80, bayaran penamatan akan dikenakan.

 

7. Apakah pilihan kontrak peranti dan perkhidmatan yang saya boleh dapat dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G 2026?

Untuk senarai penuh tawaran terkini kami, sila layari laman web rasmi kami.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article