Soalan Lazim: Pra-Tempah iPhone 18

Modified on Sat, 12 Sep at 8:00 PM

1. Bilakah tempoh kempen pra-tempah dengan Easy360? 

iPhone 18 dengan Easy360 akan tersedia untuk pra-tempahan bermula 8:00 malam, 12 September 2026 sehingga 23:59 malam, 17 September 2026 di laman web CelcomDigi, selagi stok masih ada.

 

2. Apakah kelebihan mendaftar semasa tempoh pra-tempah?

Siri iPhone 18 Pro boleh dipra-tempah dengan kontrak pembiayaan peranti Easy360, bermula dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G 100 dan ke atas. Pra-tempahan dengan pelan CelcomDigi Postpaid terpilih layak menikmati tawaran eksklusif seperti yang diperincikan dalam jadual di bawah, selagi stok masih ada.

Pelan Layak
  • CelcomDigi Postpaid 5G 100 2026
  • CelcomDigi Postpaid 5G 120 2026
  • CelcomDigi Postpaid 5G 140 2026
  • CelcomDigi Postpaid 5G 160 2026
  • CelcomDigi Postpaid 5G 190 2026
  • CelcomDigi One Pro 2026
  • CelcomDigi One Ultra 2026
Hadiah Percuma Asas dengan semua pra-tempahan
  1. 3 unit baucar 10% diskaun CDOS bagi peranti Apple, termasuk AirPods, iPad dan Apple Watch (tidak termasuk iPhone)
  2. Percuma 3 bulan CelcomDigi Postpaid 5G GadgetSIM 30GB (bernilai RM90)
  3. Percuma 1 bulan MobileSHIELD (bernilai RM10).
Hadiah Percuma dengan Add-Ons

1. PERCUMA Apple AirTag 2nd Gen (HRD: RM129) dengan pembelian mana-mana add-ons berikut semasa membuat pra-tempahan:

  1. Protect+ by AppleCare Services
  2. JetSet Roam Pass (Singapore, Indonesia, Thailand)
  3. JetSet Roam Pass (Worldwide)
  4. StreamMORE sooka Premium

1. PERCUMA AirPods Pro 3 (HRD: RM999) dengan pembelian mana-mana add-ons berikut semasa membuat pra-tempahan:

  1. Protect+ by AppleCare Services
  2. JetSet Roam Pass (Singapore, Indonesia, Thailand)
  3. JetSet Roam Pass (Worldwide)
  4. StreamMORE sooka Premium

1. PERCUMA AirPods Pro 3 (HRD: RM999) dengan pembelian mana-mana add-ons berikut semasa membuat pra-tempahan:

  1. Protect+ by AppleCare Services
  2. JetSet Roam Pass (Singapore, Indonesia, Thailand)
  3. JetSet Roam Pass (Worldwide)
  4. StreamMORE sooka Premium


2. PERCUMA iPad A16 WiFi 128GB (HRD: RM2,049) melalui pendaftaran baharu atau peningkatan pelan talian tambahan sedia ada kepada Postpaid 5G 100 dan ke atas, dengan kontrak perkhidmatan 24 bulan 

Rebat bil

1. Eksklusif untuk Port-In (Rebat sehingga RM600)

  1. Eksklusif semasa Pra-tempah (RM20 x 24 bulan)
  2. Tawaran Port-In biasa (RM20 x 6 bulan)

1. Eksklusif untuk Port-In (Rebate sehingga RM600)

  1. Eksklusif semasa Pra-tempah (RM20 x 24 bulan)
  2. Tawaran Port-In biasa (RM20 x 6 bulan)


Atau


2. Rebat eksklusif bagi pelanggan CelcomDigi (RM240) Rebat RM10/bulan selama 24 bulan (tempoh langganan >30 hari)

1. Eksklusif untuk Port-In (sehingga RM600)

  1. Eksklusif semasa Pra-tempah (RM20 x 24 bulan)
  2. Tawaran Port-In biasa (RM20 x 6 bulan)

Atau

2. Rebat eksklusif bagi pelanggan CelcomDigi (RM240) Rebat RM10/bulan selama 24 bulan (tempoh langganan >30 hari)

1. Eksklusif untuk Port-In (sehingga RM600)

  1. Eksklusif semasa Pra-tempah (RM20 x 24 bulan)
  2. Tawaran Port-In biasa (RM20 x 6 bulan)

Atau

2. Rebat eksklusif bagi pelanggan CelcomDigi (RM240) Rebat RM10/bulan selama 24 bulan (tempoh langganan >30 hari)


3. Bagaimana cara untuk membuat pra-tempahan?

Langkah 1: Log masuk ke laman pra-tempah iPhone 18 di laman web CelcomDigi.

Langkah 2: Pilih peranti, pelan, dan tawaran yang berkenaan.

Langkah 3: Teruskan untuk membuat pembayaran. Bayaran pendahuluan mungkin diperlukan.

 

4. Siapakah yang layak untuk kempen ini? 

Kempen ini terbuka kepada:

  • Pelanggan sedia CelcomDigi Postpaid tanpa kontrak aktif dan/atau sekatan panggilan atau sekatan akaun.
  • Pelanggan CelcomDigi baharu termasuk Pendaftaran talian baharu, Port-In dan pertukaran dari prabayar ke pascabayar.

 

5. Bolehkah saya membeli lebih daripada satu iPhone 18 dengan Easy360 semasa tempoh kempen Pra-Tempah? 

Ya, Setiap pelanggan dibenarkan untuk mendaftar sehingga dua (2) peranti dengan kontrak Easy360 di bawah satu NRIC yang sama. Hanya satu (1) kontrak Easy360 dibenarkan untuk satu nombor telefon. 

 

6. Apakah pilihan penghantaran yang tersedia untuk pra-tempahan dalam talian?

Anda boleh memilih penghantaran ke rumah atau pengambilan di kedai semasa membuat pra-tempahan.

 

7. Bagaimanakah hadiah percuma pra-tempahan saya akan dihantar jika saya memilih pengambilan di kedai?

Jika anda memilih pengambilan di kedai, anda boleh mengambil hadiah percuma yang layak bersama-sama peranti anda di kedai yang dipilih.

 

8. Bagaimanakah cara untuk mendapat AirTag atau AirPods Pro 3 percuma?

Untuk menebus hadiah percuma anda, anda hanya perlu memilih sekurang-kurangnya satu tawaran Purchase with Purchase (PWP) yang layak semasa membuat pra-tempahan dengan pelan CelcomDigi Postpaid yang layak:

  • Pelan CelcomDigi Postpaid 5G 120 & 140: Layak menerima AirTag percuma
  • Pelan CelcomDigi Postpaid 5G 160, 190, & One: Layak menerima AirPods Pro 3 Percuma

Percuma 3 unit baucar 10% Percuma bagi peranti Apple terpilih


9. Siapakah yang layak untuk 3 unit baucar 10% Percuma bagi peranti Apple terpilih?

Pelanggan yang membuat pra-tempahan iPhone 18 dan melengkapkan bayaran dalam tempoh pra-tempah layak menerima 3 baucar 10% bagi peranti Apple terpilih.

 

10. Bagaimanakah saya akan menerima baucar 10% diskaun bagi peranti Apple saya? 

Anda akan menerima tiga (3) kod baucar daripada CelcomDigi melalui WhatsApp daripada 016-333 8888 dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh anda menerima iPhone 18. Sila ikuti arahan yang diberikan dalam WhatsApp tersebut untuk menebus baucar anda dan membeli peranti Apple yang layak melalui CelcomDigi Online Store.

 

11. Bolehkah saya menggunakan ketiga-tiga baucar dalam satu transaksi?

Tidak. Setiap baucar hanya sah untuk satu (1) transaksi sahaja dan tidak boleh digabungkan dengan baucar lain. Setiap baucar boleh digunakan untuk membeli satu (1) peranti Apple yang layak bagi setiap transaksi dan mesti ditebus sebelum 31 Disember 2026.

 

12. Apakah peranti Apple yang layak saya beli menggunakan baucar ini?

Anda layak membeli item berikut, tertakluk pada ketersediaan stok:

  • Apple Watch SE 3 GPS + Cellular 40mm 
  • Apple Watch SE 3 GPS + Cellular 44mm 
  • Apple Watch Series 11 GPS + Cellular 42mm 
  • Apple Watch Series 11 GPS + Cellular 46mm 
  • Apple Watch Ultra 3 GPS + Cellular 49mm 
  • Apple iPad 11th Gen A16 WiFi (128GB)
  • Apple iPad 11th Gen A16 WiFi Cellular (128GB)
  • Apple 11-inch iPadAir M4 WiFi (128GB)
  • Apple 11-inch iPadAir M4 WiFi Cellular (128GB)
  • AirPods Pro 3
  • AirPods 4

 

13. Bagaimanakah cara untuk menebus baucar 10% diskaun bagi peranti Apple saya?

Langkah 1: Log masuk ke CelcomDigi Online Store.

Langkah 2: Pilih produk Apple yang anda ingin beli

Langkah 3: Sahkan nombor telefon anda dan terus ke ‘check out’.

Langkah 4: Sahkan butiran penghantaran anda.

Langkah 5: Masukkan kod baucar anda dan pilih ‘Pay Now.’

Langkah 6: Selesaikan pembayaran dan tunggu untuk pengesahan pesanan.


3 Bulan PERCUMA Talian Tambahan CelcomDigi Postpaid 5G GadgetSIM 30GB (bernilai RM90)


14. Bagaimanakah cara untuk layak menikmati 3 Bulan percuma untuk talian tambahan CelcomDigi Postpaid 5G GadgetSIM 30GB?

Pelanggan yang telah membuat pra-tempahan iPhone 18 dengan CelcomDigi dan melengkapkan pembayaran semasa tempoh pra-tempah layak untuk menikmati 3 Bulan percuma bagi talian tambahan CelcomDigi Postpaid 5G GadgetSIM 30GB.

 

15. Bagaimanakah cara untuk menikmati GadgetSIM PERCUMA selama 3 bulan saya?

Untuk nikmati GadgetSIM percuma selama 3 bulan, anda hanya perlu menambah pelan CelcomDigi Postpaid 5G GadgetSIM 30GB baharu sebagai talian tambahan di bawah talian utama yang digunakan untuk mendaftar semasa pra-tempahan iPhone 18 anda, sebelum 31 Oktober 2026.

 

Anda akan menerima rebat bulanan servis RM30 selama 3 bulan, yang akan dikreditkan dalam bil anda dalam tempoh 60 hari daripada tarikh aktif talian tambahan CelcomDigi Postpaid 5G GadgetSIM 30GB anda.

 

16. Apakah akan terjadi selepas rebat 3 bulan GadgetSIM tamat tempoh?

Selepas tempoh rebat 3 bulan tamat, talian tambahan CelcomDigi Postpaid 5G GadgetSIM 30GB akan dicaj RM30/bulan, tertakluk kepada kitaran bil anda.

 

17. Apakah akan terjadi jika saya menamatkan GadgetSIM atau bertukar ke pelan yang tidak layak dalam tempoh rebat 3 bulan? 

Jika anda menamatkan talian tambahan CelcomDigi Postpaid 5G GadgetSIM 30GB atau bertukar ke pelan yang tidak layak dalam tempoh rebat 3 bulan, baki rebat servis akan terus terbatal serta-merta.

 

18. Adakah 3 Bulan PERCUMA Talian Tambahan CelcomDigi Postpaid 5G GadgetSIM 30GB terikat dengan kontrak?

Tidak. Talian Tambahan CelcomDigi Postpaid 5G GadgetSIM 30GB tidak terikat dengan kontrak. Penamatan GadgetSIM tidak akan menjejaskan kontrak peranti Easy360 iPhone 18 anda.

 

19. Apakah akan terjadi jika saya menamatkan kontrak peranti Easy360 iPhone 18 saya dalam tempoh 3 bulan pertama, tetapi masih lagi melanggan ke talian tambahan CelcomDigi Postpaid 5G GadgetSIM 30GB? Adakah saya masih boleh nikmati rebat selama 3 bulan?

Jika kontrak peranti Easy360 iPhone 18 anda ditamatkan dalam tempoh 3 bulan pertama, rebat anda akan terbatal.


PERCUMA 1 bulan (30 Hari) MobileSHIELD Langganan 1 Peranti


20. Apakah syarat kelayakan untuk mendapatkan langganan MobileSHIELD 1 Peranti PERCUMA selama 1 Bulan (30 Hari)?

Anda layak menerima langganan MobileSHIELD 1 Peranti percuma selama 1 Bulan (30 Hari) jika anda membuat pra-tempahan iPhone 18 dan melengkapkan bayaran dalam tempoh pra-tempahan.

 

21. Adakah saya layak menerima tawaran ini jika saya sudah melanggan Langganan MobileSHIELD 1 Peranti?

Ya. Kelayakan dan manfaat anda bergantung pada sama ada anda merupakan pelanggan MobileSHIELD sedia ada atau pelanggan baharu:

  • Pelanggan MobileSHIELD 1 Peranti sedia ada: Anda akan menerima rebat bil RM10 dalam tempoh 30 hari selepas melengkapkan pra-tempahan iPhone 18.
  • Pelanggan MobileSHIELD 1 Peranti baharu: Anda akan menerima Langganan MobileSHIELD 1 Peranti percuma selama 1 Bulan (30 Hari).

 

22. Apakah yang berlaku selepas tempoh Langganan MobileSHIELD PERCUMA selama 1 Bulan (30 Hari) tamat?

Langganan MobileSHIELD 1 Peranti anda akan diteruskan secara automatik pada harga bulanan standard RM10/bulan selepas tempoh percuma 30 hari tamat. Jika anda tidak mahu meneruskan langganan, anda boleh membatalkannya pada bila-bila masa melalui Aplikasi CelcomDigi.


iPad A16 WiFi 128GB PERCUMA (RRP RM2,049)


23. Bagaimana cara untuk mendapatkan iPad A16 WiFi 128GB percuma?

Untuk dapatkan iPad A16 WiFi 128GB percuma, anda perlu:

  1. Pra-Tempah iPhone 18 dengan pelan yang layak (rujuk ke soalan no. 2); dan
  2. Tambah talian tambahan baharu atau naik taraf talian tambahan semasa ke mana-mana pelan yang layak berikut (dengan diskaun 50% untuk caj yuran bulanan) sebelum 31 Oktober 2026:
  • CelcomDigi Postpaid 5G Supp 100 2026 (caj yuran bulanan Pascabayar RM50)
  • CelcomDigi Postpaid 5G Supp 120 2026 (caj yuran bulanan Pascabayar RM60)
  • CelcomDigi Postpaid 5G Supp 140 2026 (caj yuran bulanan Pascabayar RM70)
  • CelcomDigi Postpaid 5G Supp 160 2026 (caj yuran bulanan Pascabayar RM80)
  • CelcomDigi Postpaid 5G Supp 190 2026 (caj yuran bulanan Pascabayar RM95)

 

24. Adakah talian tambahan saya akan Tertakluk kepada kontrak? 

Ya. Talian tambahan layak anda akan tertakluk ke kontrak servis 24 bulan dengan CelcomDigi.

Jika anda tamatkan talian tambahan sebelum kontrak tamat, caj penalty awal akan dikenakan.

Caj penalti awal akan dikira berdasarkan caj yuran bulanan talian tambahan x baki bulan kontrak.

 

25. Jika saya mengaktifkan beberapa talian tambahan semasa tempoh kempen, talian yang manakah akan tertakluk ke kontrak 24 bulan?

Talian tambahan pertama yang anda tambah / naik taraf ke pelan talian tambahan yang layak semasa tempoh kempen 12 September 2026 hingga 31 Oktober 2026 akan tertakluk ke kontrak servis 24 bulan.

 

26. Jika saya sudah mempunyai talian tambahan CelcomDigi Postpaid 5G Supp 100 & ke atas, adakah saya layak untuk iPad A16 WiFi 128GB percuma?

Tidak. Anda harus menaik taraf pelan semasa anda atau daftar talian tambahan baharu untuk layak. 

 

27. Bagaimanakah cara untuk menebus iPad A16 WiFi 128GB percuma saya?

iPad A16 WiFi 128GB percuma anda boleh ditebus di CelcomDigi Online Store dengan langkah-langkah berikut:

  • Terima baucar anda: Dalam tempoh 10 hari selepas anda menerima peranti dan melengkapkan naik taraf atau pendaftaran talian tambahan baharu anda (kedua-dua syarat mesti dipenuhi), anda akan menerima kod baucar melalui WhatsApp daripada 016-333 8888 pada nombor mudah alih yang anda gunakan untuk pra-tempah. 
  • Ikuti langkah-langkah penebusan yang diberi di dalam WhatsApp untuk menebus iPad A16 WiFi 128GB anda. Langkah-langkah menebus adalah seperti berikut:

Langkah 1: Log masuk ke CelcomDigi Online Store.

Langkah 2: Pilih produk Apple yang anda ingin beli.

Langkah 3: Sahkan nombor mudah alih anda dan teruskan ke pembayaran.

Langkah 4: Sahkan atau kemas kini maklumat penghantaran anda.

Langkah 5: Masukkan kod baucar anda dan pilih Bayar Sekarang.

Langkah 6: Lengkapkan pembayaran dan tunggu pengesahan pesanan anda.


Protect+ by AppleCare Services


28. Apakah Protect+ by AppleCare Services?

Protect+ by AppleCare Services ialah pelan penjagaan dan sokongan peranti yang memberikan lanjutan sokongan teknikal serta perlindungan pembaikan atau penggantian untuk beberapa peranti Apple, tertakluk kepada terma dan syarat Protect+ by AppleCare Services.

 

29. Siapakah yang layak untuk Protect+ by AppleCare Services?

Pelanggan yang pra-tempah iPhone 18 semasa tempoh pra-tempah (12–18 September 2026) layak untuk mendaftar pelan Protect+. Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang Protect+.


JetSet Roam Pass


30. Apakah itu JetSet Roam Pass?

JetSet Roam Pass ialah pas perantauan eksklusif yang hanya tersedia kepada pelanggan yang membuat pra-tempahan iPhone 18 dalam Tempoh Kempen Pra-tempah rasmi. Pas ini menawarkan kuota sekali sahaja sebanyak 15GB Internet berkelajuan tinggi untuk digunakan semasa anda melancong ke luar negara.

 

31. Apakah pilihan yang tersedia?


JetSet Roam Pass (SG, ID, TH)JetSet Roam Pass (Worldwide)
HargaRM49RM99
Tempoh Sah90 hari
Kuota
(untuk sepanjang tempoh sah)
15GB internet pantas
Negara yang mengambil bahagian

3 Negara

Singapore, Indonesia & Thailand

95 Negara

Argentina, Bulgaria, Chile, El Salvador, Georgia, Guatemala, Guernsey, Iraq, Jordan, Mexico, Peru, Puerto Rico, Slovakia, Albania, Armenia, Australia, Austria, Azerbaijan, Bahrain, Bangladesh, Belarus, Belgium, Bosnia and Herzegovina, Brazil, Brunei Darussalam, Cambodia, Canada, China, Congo Democratic, Croatia, Cyprus, Czech Republic, Denmark, East Timor, Egypt, Estonia, Finland, France, Germany, Ghana, Greece, Hong Kong, Hungary, Iceland, India, Indonesia, Ireland, Isle of Man, Italy, Japan, Jersey, Kazakhstan, Korea South, Kuwait, Kyrgyzstan, Laos, Latvia, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Macao China, Malta, Mozambique, Nepal, Netherlands, New Zealand, Norway, Oman, Pakistan, Philippines, Poland, Portugal, Qatar, Romania, Russia, Saudi Arabia, Serbia, Singapore, Slovenia, South Africa, Spain, Sri Lanka, Sweden, Switzerland, Taiwan, Tanzania, Thailand, Turkey, Ukraine, United Arab Emirates, United Kingdom, United States, Uruguay, Uzbekistan, Vietnam.


32. Bilakah saya boleh melanggan Pas ini?

Pas ini hanya tersedia sepanjang proses pra-tempah iPhone 18. Anda perlu memilih pas ini semasa membuat pra-tempah dan ia tidak akan tersedia selepas itu. Setiap pelanggan hanya layak melanggan satu (1) JetSet Roam Pass.

 

33. Bilakah Pas ini sah digunakan?

Pas ini akan diaktifkan mulai 1 Oktober 2026 dan sah selama 90 hari. Setelah diaktifkan, anda akan menerima pengesahan melalui SMS dan caj bagi Tawaran ini akan dicaj terus kepada akaun anda.

 

34. Apakah yang berlaku apabila saya telah menggunakan keseluruhan kuota 15GB?

Setelah keseluruhan kuota digunakan, perantauan data akan disekat. Untuk terus menggunakan data semasa berada di luar negara, anda perlu membeli pas perantauan standard pada kadar semasa.

 

35. Bagaimanakah cara untuk menyemak baki dan penggunaan saya?

Anda boleh menyemak dan mengurus penggunaan anda melalui aplikasi CelcomDigi di bahagian penggunaan.

 

36. Adakah Pas ini termasuk panggilan dan SMS?

Tidak. Panggilan dan SMS semasa perantauan akan dicaj secara berasingan pada kadar perantauan antarabangsa semasa yang dipaparkan di laman web CelcomDigi.


StreamMORE sooka Premium + 5GB


37. Apakah itu StreamMORE sooka Premium + 5GB?

Langganan bulanan yang merangkumi akses kepada sooka Premium dan 5GB Internet pantas.

 

38. Adakah langganan ini percuma dengan pra-tempahan Peranti?

Tidak. Ia merupakan langganan berbayar pilihan dan berasingan daripada pembelian Peranti serta kontrak Peranti.

 

39. Berapakah kos langganan ini?

RM44.90 akan dicaj melalui akaun CelcomDigi anda secara pembaharuan bulanan.

 

40. Bagaimanakah cara untuk melanggan?

Pilih StreamMORE sooka Premium semasa proses pra-tempah Peranti. CelcomDigi akan mengaktifkan langganan secara manual untuk nombor mudah alih anda yang berdaftar sebelum 1 Oktober 2026.

 

41. Bagaimanakah saya akan dimaklumkan jika langganan saya telah berjaya diaktifkan?

Anda akan menerima SMS dan notifikasi melalui aplikasi CelcomDigi daripada CelcomDigi dengan arahan pengaktifan.

 

42. Adakah saya masih perlu mengaktifkan akaun sooka saya?

Ya. Selepas langganan diaktifkan, ikuti arahan yang diberikan melalui aplikasi CelcomDigi untuk mengaktifkan akaun sooka anda sebelum mengakses perkhidmatan tersebut.

 

43. Bilakah saya akan dicaj?

Yuran langganan bulanan akan dicaj ke dalam bil pascabayar anda selepas langganan berjaya diaktifkan.

 

44. Siapakah yang tidak layak untuk melanggan?

Langganan ini tidak tersedia untuk:

  • Pelanggan CelcomDigi Business; atau
  • Pelanggan yang mempunyai langganan aktif untuk pakej StreamMORE terpilih, termasuk StreamMORE sooka Entertainment, Entertainment+, Sports & Entertainment, Premium, Asian & Sports Bundle, Sports Bundle atau Family Bundle.

 

45. Bolehkah saya melanggan jika saya sudah membayar sooka melalui kaedah pembayaran lain?

Jika anda mempunyai langganan sooka aktif yang dibeli secara terus daripada sooka, app store atau penyedia perkhidmatan lain, sila batalkan langganan tersebut sebelum memilih StreamMORE sooka Premium semasa proses pra-tempahan. Langkah ini diperlukan bagi memastikan langganan dapat diaktifkan.

 

46. Siapakah yang perlu saya hubungi jika saya mempunyai langganan sooka sedia ada atau menghadapi masalah pengaktifan?

Sila hubungi sooka secara terus melalui saluran khidmat pelanggan yang berkenaan untuk mendapatkan bantuan bagi:

  • pembatalan langganan sooka sedia ada
  • masalah akaun sooka sedia ada;
  • pengaktifan atau pemautan akaun; atau
  • akses kepada kandungan sooka.

 

47. Adakah langganan akan diperbaharui secara automatik?

Ya. Langganan akan diperbaharui secara automatik setiap bulan pada yuran langganan semasa, melainkan anda membatalkannya.

 

48. Bagaimanakah saya boleh membatalkan langganan?

Anda boleh membatalkan langganan melalui saluran atau proses pembatalan langganan CelcomDigi yang berkenaan.

 

49. Adakah pembatalan kontrak peranti iPhone 18 saya melalui Easy360 turut membatalkan langganan?

Tidak. Langganan ini adalah berasingan daripada kontrak peranti. Pembatalan, penamatan atau tamatnya kontrak peranti tidak akan membatalkan langganan StreamMORE sooka Premium anda secara automatik.

 

50. Apakah kandungan yang tersedia di sooka Premium?

Kandungan adalah tertakluk kepada terma sooka, peranti yang disokong dan ketersediaan kandungan. sooka boleh mengubah, menggantikan atau mengeluarkan kandungan dari semasa ke semasa.


Tawaran Port In eksklusif Pra-Tempah iPhone 18


51. Apakah itu Tawaran Port-In?

Pelanggan yang berjaya membuat port-in nombor mudah alih mereka ke pelan CelcomDigi Postpaid dan melengkapkan pra-tempahan dalam tempoh yang ditetapkan akan menikmati rebat tambahan RM20 sebulan untuk kontrak peranti selama 24 bulan.

 

52. Siapakah yang layak menerima Tawaran Port-In?

Anda layak jika anda:

  • Berjaya membuat port-in nombor mudah alih anda ke CelcomDigi; dan
  • Melengkapkan pra-tempahan iPhone 18 sebelum 17 September 2026.

 

53. Berapakah jumlah rebat yang akan saya terima?

Anda boleh menerima jumlah rebat Port-In sehingga RM600 sepanjang tempoh kontrak:

  • Tawaran Port-In Eksklusif Pra-tempahan iPhone 18: RM20/bulan selama 24 bulan = RM480
  • Rebat Port-In BAU: RM20/bulan selama 6 bulan = RM120

 

54. Bilakah saya akan menerima rebat tersebut?

Rebat anda akan diproses dalam tempoh 60 hari selepas peranti diterima.

 

55. Apakah yang berlaku jika saya menamatkan kontrak peranti Easy360 lebih awal?

Jika anda menamatkan Kontrak Peranti Easy360 sebelum melengkapkan tempoh 24 bulan, sebarang baki rebat akan terbatal.

 

56. Bolehkah saya memindahkan rebat kepada orang lain?

Tidak. Rebat tersebut tidak boleh dipindah milik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai atau perkhidmatan lain.


Eksklusif untuk pelanggan CelcomDigi Postpaid sedia ada: Rebat RM10/bulan selama 24 bulan


57. Siapakah yang layak menerima rebat RM10/bulan selama 24 bulan?

Anda layak menerima rebat peranti RM10/bulan selama 24 bulan jika anda merupakan pelanggan Postpaid sedia ada dengan akaun yang telah aktif selama lebih daripada 30 hari.

 

58. Adakah saya perlu melakukan apa-apa untuk mendapatkan rebat RM10/bulan selama 24 bulan?

Tidak perlu. Rebat bulanan RM10 akan dikreditkan secara automatik ke akaun anda dalam tempoh 60 hari dari tarikh pendaftaran anda.


Bonus Trade-In


59. Apakah tawaran trade-in yang boleh saya nikmati sepanjang tempoh pra-tempahan?

Buat pra-tempahan iPhone 18, penuhi kriteria kelayakan di bawah dan lengkapkan trade-in anda sebelum 31 Oktober 2026 untuk menikmati bonus trade-in sehingga RM1,150, selain nilai trade-in peranti anda.

 

60. Mengapakah anggaran nilai trade-in saya di aplikasi CelcomDigi Trade-In berbeza daripada nilai yang dipaparkan di laman web CelcomDigi?

Anggaran nilai trade-in yang dipaparkan di aplikasi CelcomDigi Trade-In tidak termasuk bonus trade-in yang berkenaan, kecuali Kredit ke Bil RM100.

 

Bonus trade-in yang anda layak terima akan dipaparkan apabila anda melengkapkan proses trade-in.

 

61. Bagaimanakah saya boleh layak menerima bonus trade-in RM1,150?

Untuk layak menerima bonus tersebut, anda perlu:

  • Membuat pra-tempahan iPhone 18;
  • Memenuhi kriteria kelayakan di bawah; dan
  • Melengkapkan trade-in anda sebelum 31 Oktober 2026.
Tawaran Trade-In
Kriteria Kelayakan
Bonus Trade-In
Trade-in model iPhone yang layak
iPhone 11, 11 Pro & Pro Max
iPhone 12, 12 Pro & Pro Max
iPhone 13
iPhone 14, 14 Plus
iPhone Air
RM50
iPhone 13 Pro & Pro Max
iPhone 14 Pro & Pro Max
iPhone 15, 15 Plus
RM100
iPhone 15 Pro & Pro Max
iPhone 16, 16 Plus
iPhone 17
RM200
iPhone 16 Pro & Pro Max
RM300
iPhone 17 Pro & Pro Max
RM400
Daftar untuk pelan CelcomDigi Postpaid yang layak
CelcomDigi Postpaid 5G 140 2026
CelcomDigi Postpaid 5G 160 2026
RM250
CelcomDigi Postpaid 5G 190 2026
CelcomDigi Postpaid One Pro 2026
CelcomDigi Postpaid One Ultra 2026
RM650
Pilih “Kredit ke Bil Pascabayar” sebagai pilihan Trade-In
Kredit ke Bil Pascabayar
RM100

 

Lihat contoh di bawah untuk mengetahui jumlah yang boleh anda nikmati berdasarkan kelayakan anda:


  • Senario 1 – Pelanggan A membuat pra-tempahan iPhone 18, mendaftar untuk pelan CelcomDigi Postpaid One Ultra 2026 dan bersetuju untuk membayar Caj Lock-in Trade-In RM10. Pelanggan A kemudiannya membuat trade-in iPhone 17 Pro Max dan memilih “Kredit ke Bil Pascabayar” sebagai pilihan trade-in melalui aplikasi CelcomDigi Trade-In sebelum atau pada 31 Oktober 2026.
    • Hasilnya: Pelanggan A layak menerima Bonus Trade-In RM1,150 seperti yang ditunjukkan di bawah, dan Caj Lock-In Trade-In RM10 akan dikembalikan.
Tawaran Trade-In
Kriteria Kelayakan
Bonus Trade-In
Trade-in model iPhone yang layak
iPhone 17 Pro Max
RM400
Daftar untuk pelan CelcomDigi Postpaid yang layak
CelcomDigi Postpaid One Ultra 2026
RM650
Pilih “Kredit ke Bil Pascabayar” sebagai pilihan Trade-In
Kredit ke Bil Pascabayar
RM100
Jumlah Bonus Trade-In
RM1,150

 

  • Senario 2 – Pelanggan B membuat pra-tempahan iPhone 18, mendaftar untuk pelan CelcomDigi Postpaid 5G 140 2026 dan tidak memilih Caj Lock-in Trade-In RM10. Pelanggan B kemudiannya membuat trade-in iPhone 14 dan memilih “Kredit ke Bil Pascabayar” sebagai pilihan trade-in melalui aplikasi CelcomDigi Trade-In sebelum atau pada 31 Oktober 2026.
    • Hasilnya: Pelanggan B layak menerima Bonus Trade-In RM400 seperti yang ditunjukkan di bawah, tetapi tidak layak menerima bayaran balik Caj Lock-in Trade-In RM10 kerana yuran tersebut tidak dibayar.
Tawaran Trade-In
Kriteria Kelayakan
Bonus Trade-In
Trade-in model iPhone yang layak
iPhone 14
RM50
Daftar untuk pelan CelcomDigi Postpaid yang layak
CelcomDigi Postpaid 5G 140 2026
RM250
Pilih “Kredit ke Bil Pascabayar” sebagai pilihan Trade-In
Kredit ke Bil Pascabayar
RM100
Jumlah Bonus Trade-In
RM400

 

  • Senario 3 – Pelanggan C membuat pra-tempahan iPhone 18, mendaftar untuk pelan CelcomDigi Postpaid 5G 100 2026 dan bersetuju untuk membayar Caj Lock-in Trade-In RM10. Pelanggan C kemudiannya membuat trade-in iPhone 8 Plus dan memilih “Kredit ke Bil Pascabayar” sebagai pilihan trade-in melalui aplikasi CelcomDigi Trade-In sebelum atau pada 31 Oktober 2026.
    • Hasilnya: Pelanggan C layak menerima Bonus Trade-In RM100 seperti yang ditunjukkan di bawah, dan Caj Lock-in Trade-In RM10 akan dikembalikan
Tawaran Trade-In
Kriteria Kelayakan
Bonus Trade-In
Trade-in model iPhone yang layak
iPhone 8 Plus
N/A
Daftar untuk pelan CelcomDigi Postpaid yang layak
CelcomDigi Postpaid 5G 100 2026
Pilih “Kredit ke Bil Pascabayar” sebagai pilihan Trade-In
Kredit ke Bil Pascabayar
RM100
Jumlah Bonus Trade-In
RM100

 

  • Senario 4 –Pelanggan D membuat pra-tempahan iPhone 18, mendaftar untuk pelan CelcomDigi Postpaid 5G 140 2026 dan bersetuju untuk membayar Caj Lock-in Trade-In RM10. Pelanggan D kemudiannya membuat trade-in iPhone 15 Pro Max dan memilih “Pindahan Bank” sebagai pilihan trade-in melalui aplikasi CelcomDigi Trade-In pada 1 November 2026.
    • Hasilnya: Pelanggan D tidak layak menerima Bonus Trade-In, dan Caj Lock-in Trade-In RM10 tidak akan dikembalikan kerana proses trade-in tidak diselesaikan sebelum tarikh akhir 31 Oktober 2026 seperti yang ditetapkan dalam Terma dan Syarat ini.

 

62. Apakah yang akan berlaku kepada caj Lock-In Trade-In RM10 saya jika saya tidak melengkapkan proses trade-in sebelum 31 Oktober 2026?

Caj Lock-in Trade-In RM10 tidak akan dikembalikan jika anda tidak melengkapkan proses trade-in.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang Caj Lock-in Trade-In RM10 di sini.

 

63. Bagaimanakah cara untuk saya membuat trade-in peranti?

Muat turun aplikasi CelcomDigi Trade-In versi terkini, lakukan pemeriksaan keadaan peranti dan dapatkan anggaran nilai trade-in anda dengan serta-merta. Selepas menerima nilai tersebut, ikuti langkah yang diberikan dalam aplikasi untuk melengkapkan proses trade-in. Klik di sini untuk panduan penuh.


Nota: Nilai yang dipaparkan dalam aplikasi CelcomDigi Trade-In adalah anggaran nilai trade-in. Nilai trade-in akhir akan disahkan selepas penilaian AI dan pemeriksaan fizikal apabila anda menyerahkan peranti anda di salah satu Kedai CelcomDigi atau kepada penghantar CompAsia. Sebarang pelarasan pada nilai trade-in akhir anda tidak akan menjejaskan bonus trade-in yang anda layak terima.

 

64. Bilakah saya akan menerima nilai trade-in dan bonus trade-in saya?

  • Kredit ke Bil: Dalam tempoh 60 hari (kitaran bil seterusnya)
  • Pindahan Bank: Dalam tempoh 4 hari bekerja

 

65. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang program CelcomDigi Trade-In?

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article