Soalan Lazim: Pengambilan, penghantaran, polisi pemulangan dan polisi DOA iPhone 18
Modified on Sat, 12 Sep at 8:00 PM
1. Bagaimanakah saya akan tahu apabila pesanan saya sedia untuk diambil?
Setelah pesanan anda sedia untuk diambil, anda akan menerima pemberitahuan “Sedia untuk Diambil” melalui WhatsApp CelcomDigi di 016-333 8888 dan alamat e-mel storepickup@celcomdigi.com. Pemberitahuan tersebut akan mengandungi kod QR dan ID pesanan anda.
2. Di manakah saya boleh mengambil pesanan jika saya memilih “Pengambilan di Kedai”?
Anda mesti mengambil pesanan dari kedai yang dipilih semasa proses pembayaran, seperti yang dinyatakan dalam pemberitahuan “Sedia untuk Diambil”.
3. Bolehkah saya mengambil pesanan dari kedai yang berbeza?
Tidak. Pesanan hanya boleh diambil dari kedai yang dipilih semasa proses pembayaran.
4. Apakah yang perlu saya bawa semasa mengambil pesanan?
Pelanggan yang berdaftar perlu mengemukakan:
- Kod QR atau ID pesanan
- Kad pengenalan asal yang sah
Nota: Pengambilan oleh pihak ketiga adalah tidak dibenarkan sama sekali.
5. Apakah proses pengambilan pesanan?
Semasa mengambil pesanan anda, kakitangan kedai akan:
- Mengesahkan butiran pesanan dan identiti anda
- Memeriksa peranti bersama anda dan membantu anda menghidupkan peranti
- Mendapatkan tandatangan anda sebagai pengesahan penerimaan peranti
- Menyerahkan pesanan kepada anda
6. Berapa lamakah pesanan saya akan disimpan di kedai?
iPhone anda akan ditempah untuk anda selama 7 hari dari tarikh anda menerima pemberitahuan WhatsApp rasmi: “Your Apple iPhone 18 is Ready for Pickup.” Sila ambil dalam tempoh 7 hari, jika tidak, anda perlu menunggu penghantaran stok seterusnya.
7. Bolehkah orang lain mengambil pesanan saya bagi pihak saya?
Tidak. Atas tujuan keselamatan, hanya pemilik pesanan yang berdaftar boleh mengambil iPhone tersebut. Pengambilan oleh pihak ketiga tidak dibenarkan.
Perubahan Pesanan, Pembatalan & Pertukaran
8. Bolehkah saya menukar lokasi pengambilan di kedai selepas membuat pesanan?
Tidak. Lokasi pengambilan di kedai tidak boleh ditukar selepas pesanan dibuat.
9. Bolehkah saya menukar model atau warna peranti selepas membuat pesanan?
Tidak. Perubahan kepada model atau warna peranti yang dipilih tidak dibenarkan selepas pesanan berjaya dibuat.
10. Bolehkah saya menukar hadiah percuma kepada wang tunai, kredit bil, diskaun atau barangan lain?
Tidak. Hadiah percuma tidak boleh ditukar kepada wang tunai, kredit bil, diskaun atau produk alternatif.
11. Bolehkah saya membatalkan pesanan saya?
Tidak. Pesanan tidak boleh dibatalkan selepas berjaya dibuat. Caj pemprosesan RM200 akan dikenakan jika berkenaan.
Penghantaran & Pengaktifan Peranti
12. Adakah saya akan menerima sebarang pemberitahuan selepas peranti saya dihantar?
Ya. Anda mungkin menerima peringatan melalui WhatsApp daripada CelcomDigi untuk mengaktifkan dan memeriksa peranti anda selepas penghantaran.
13. Apakah yang perlu saya lakukan selepas menerima iPhone saya?
Selepas menerima iPhone anda:
- Hidupkan peranti
- Sambungkan kepada Wi-Fi atau data mudah alih
- Lengkapkan proses persediaan dengan mengikuti arahan pada skrin
Kami mengesyorkan agar anda melengkapkan langkah-langkah ini dalam tempoh 24 jam selepas menerima peranti.
14. Berapa lamakah masa yang diberikan untuk saya memeriksa peranti saya?
Sila periksa dan uji peranti anda dalam tempoh 24 jam selepas menerimanya untuk memastikan ia berfungsi dengan baik.
Polisi Pemulangan, Bayaran Balik & Pra-tempahan
15. Bolehkah saya memulangkan, mendapatkan bayaran balik atau menukar peranti yang dibuat secara pra-tempahan?
Tidak. Peranti yang dibeli di bawah promosi pra-tempahan ini tidak boleh dipulangkan, tidak boleh dikembalikan bayaran dan tidak boleh ditukar, kecuali jika dikehendaki di bawah undang-undang yang berkenaan atau polisi DOA.
Polisi Dead on Arrival (DOA)
16. Apakah itu peranti Dead on Arrival (DOA)?
Peranti DOA ialah peranti yang:
- Tidak boleh dihidupkan; atau
- Mempunyai kecacatan fizikal/kemasan apabila diterima.
17. Bagaimanakah cara untuk melaporkan peranti DOA?
Anda mesti melaporkan isu tersebut kepada khidmat pelanggan CelcomDigi dalam tempoh 24 jam selepas menerima peranti melalui:
- Hubungi 016-333 1111
- Kunjungi Kedai CelcomDigi yang terdekat
Pasukan khidmat pelanggan kami akan membantu dengan proses pengesahan dan langkah seterusnya yang diperlukan.
18. Apakah dokumen atau barangan yang diperlukan untuk tuntutan DOA?
Sila sediakan:
- Resit pembelian asal
- Peranti
- Pembungkusan asal
- Semua aksesori yang disertakan
19. Adakah terdapat tempoh akhir untuk melaporkan tuntutan DOA?
Ya. Semua isu DOA mesti dilaporkan dalam tempoh 24 jam selepas menerima peranti.
20. Apakah yang berlaku jika saya melaporkan isu selepas tempoh DOA 24 jam?
Isu yang dilaporkan selepas tempoh DOA 24 jam akan dikendalikan mengikut terma dan syarat waranti pengilang yang berkenaan.
21. Adakah isu berkaitan perisian dilindungi di bawah polisi DOA?
Tidak. Isu berkaitan perisian tidak dilindungi di bawah polisi DOA. Sila rujuk kepada pengilang atau pusat servis yang diberi kuasa untuk mendapatkan bantuan.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article