Soalan Lazim: Polisi Penggunaan Saksama (FUP) untuk CelcomDigi Prepaid 5G Kuning
Modified on Tue, 22 Oct at 10:09 AM
1. Apakah yang perlu saya ketahui berkaitan Polisi Penggunaan Saksama (FUP) untuk Pas Tanpa Had baru?
Semua Pas Tanpa Had adalah tertakluk kepada Polisi Penggunaan Saksama (FUP). Setelah penggunaan sepenuhnya bagi Polisi Penggunaan Saksama (FUP), kelajuan Internet akan disekat kepada 512kbps sehingga tempoh pas tersebut tamat.
Berikut merupakan Polisi Penggunaan Saksama (FUP) yang dikenakan pada Pas Internet Tanpa Had:
Pas Tanpa Had | Kesahan | FUP | Setelah FUP Digunakan Sepenuhnya |
| 7 hari | 20GB | 512kbps sehingga Tamat Tempoh Pas Tanpa Had |
| 30 hari | 300GB | |
| 30 hari | 200GB |
2. Mengapakah kelajuan Tanpa Had dikurangkan kepada 512 kbps?
Di CelcomDigi, kepuasan pelanggan ialah keutamaan kami. Kami akan memastikan semua pelanggan di rangkaian CelcomDigi dapat menikmati pengalaman sama rata dengan kualiti tertinggi.
Dengan kelajuan Internet 512kbps, pengguna masih dapat menikmati pengalaman Internet yang lancar untuk aplikasi terpilih (YouTube, Instagram, TikTok, WhatsApp & Facebook) pada telefon mudah alih mereka dioptimumkan apabila kelajuan Internet ditukar kepada 512kbps.
Pelanggan CelcomDigi masih akan menikmati Internet tanpa had tetapi pada kelajuan yang dikurangkan iaitu 512kbps sehingga tamat tempoh pas.
3. Bagaimanakah pengalaman Internet dengan kelajuan 6Mbps, 3Mbps & 512kbps?
512 kbps | 2 - 4 Mbps | 4 - 6 Mbps | 6 - 10 Mbps |
Kelajuan 512 kbps memberikan pengalaman pengguna yang baik untuk penstriman video pada definisi standard, aplikasi media sosial, pelayaran internet, dan lain-lain asalkan aplikasi itu dioptimumkan. | Cukup untuk melayar web secara santai, termasuk membuka emel. Cukup untuk menyiarkan video definisi standard, tetapi tidak disyorkan untuk menyiarkan video atau memuat turun kandungan. | Kelajuan 4 - 6 Mbps akan memberikan pengalaman melayar web yang baik. Seringkali cukup cepat untuk menyiarkan video definisi tinggi 720p, dan boleh memuat turun beberapa video dalam masa 20 minit. | Umumnya, kelajuan 6 - 10 Mbps memberikan pengalaman melayar web yang sangat baik. Cukup laju untuk menyiarkan video definisi tinggi 1080p. |
4. Apakah yang akan berlaku apabila kuota Polisi Penggunaan Saksama (FUP) bagi Pas Bulanan Tanpa Had saya digunakan sebelum tarikh tamat tempoh? Adakah saya akan dikenakan bayaran mengikut penggunaan?
Apabila kuota Polisi Penggunaan Saksama (FUP) bagi Pas Bulanan Tanpa Had digunakan sepenuhnya, kelajuan sambungan akan dikurangkan kepada 512kbps sehingga tamat tempoh Pas Tanpa Had.
5. Apakah yang perlu saya ketahui mengenai Panggilan Tanpa Had ke semua rangkaian untuk Pas Tanpa Had baharu?
- Panggilan Tanpa Had terpakai pada semua rangkaian dan untuk penggunaan domestik sahaja (iaitu di rangkaian Malaysia) tanpa termasuk panggilan video, panggilan ke nombor bebas tol, atau nombor dengan caj khas (contohnya, 1-300/1-800/600, 121, TM100, 1MOCC, panggilan IDD ke Singapura & panggilan IDD sempadan ke Brunei).
- Panggilan Tanpa Had ke semua rangkaian adalah untuk panggilan antara individu secara standard dan bukan untuk penggunaan komersial dan/atau bukan peribadi. Penggunaan tidak standard termasuk tetapi tidak terhad kepada panggilan serentak tidak berganda, panggilan persidangan, penyediaan semula, penggunaan pusat panggilan, telepemasaran, penghantaran pesanan dalam jumlah besar, komunikasi aplikasi-ke-individu, penerusan panggilan secara berterusan, pemilihan automatik, komunikasi mesin-ke-mesin (termasuk menggunakan kad SIM anda dalam mana-mana peranti lain), Unit Penyambungan Selular (CTU), atau sebarang aktiviti lain yang dianggap sebagai penggunaan tidak standard. Penggunaan yang berlebihan, komersial dan/atau bukan peribadi akan tertakluk pada kadar panggilan bayar setiap penggunaan.
- CelcomDigi mempunyai hak untuk menggantung atau menamatkan Perkhidmatan, pelan, langganan data, suara atau panggilan anda pada bila-bila masa tanpa liabiliti sekiranya terdapat alasan munasabah yang anda melanggar terma dan syarat.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article