Soalan Lazim: CelcomDigi Tourist SIM
Modified on Fri, 2 Oct at 2:30 PM
1. Apakah CelcomDigi Tourist SIM?
CelcomDigi Tourist SIM ialah pelan prabayar yang direka khas untuk pelancong ke Malaysia. Ia menawarkan internet berkelajuan tinggi tanpa had, hotspot, dan panggilan, serta perkhidmatan perantauan dan IDD ke negara-negara ASEAN terpilih.
2. Siapakah yang layak untuk melanggan CelcomDigi Tourist SIM?
Semua pemegang pasport bukan warganegara Malaysia yang melancong ke Malaysia boleh melanggan CelcomDigi Tourist SIM.
3. Saya pelanggan CelcomDigi Prepaid 5G sedia ada, bolehkah saya tukar ke CelcomDigi Tourist SIM atau sebaliknya?
Tidak. CelcomDigi Tourist SIM ialah pek permulaan khas yang direka untuk pelancong dan tidak boleh ditukar daripada atau kepada pelan CelcomDigi Prepaid 5G sedia ada. Pelanggan yang ingin menggunakan Edisi Kuning perlu membeli dan mendaftarkan SIM CelcomDigi Prepaid 5G Edisi Kuning yang baharu, yang menawarkan pelbagai pilihan pas internet.
4. Di manakah saya boleh melanggan CelcomDigi Tourist SIM?
Anda boleh mendapatkan CelcomDigi Tourist SIM di semua Kedai CelcomDigi dan rakan niaga yang sah.
5. Apakah pelan yang tersedia untuk CelcomDigi Tourist SIM?
Pas 7-Day Unlimited Tourist | Pas 14-Day Unlimited Tourist | Pas 30-Day Unlimited Tourist | Pas 90-Day Unlimited Tourist | |
Harga | RM18 (Tawaran Masa Terhad) (Harga Biasa: RM25) | RM35 | RM60 | RM90 |
Tempoh Sah | 7 hari | 14 hari | 30 hari | 90 hari |
Kuota | Tanpa Had (18Mbps) FUP: 100GB | Tanpa Had (18Mbps) FUP: 200GB | Tanpa Had (Kelajuan Tanpa Had) FUP: 400GB | Tanpa Had (Kelajuan Tanpa Had) FUP: 400GB |
Hotspot | Ya | |||
Internet Perantauan | - | 10 Negara ASEAN Kuota: 3GB | 10 Negara ASEAN Kuota: 3GB | 10 Negara ASEAN Kuota: 3GB |
Panggilan IDD | - | 10 Negara ASEAN Panggilan: 15 minit | 10 Negara ASEAN Panggilan: 30 minit | 10 Negara ASEAN Panggilan: 30 minit |
Nota: Semua pelan termasuk panggilan domestik tanpa had dengan Polisi Penggunaan Saksama atau Fair Usage Policy (FUP) iaitu 100 minit dan 10 SMS domestik.
6. Apakah yang akan berlaku apabila kuota FUP dan panggilan habis digunakan?
Selepas kuota FUP digunakan sepenuhnya, kelajuan internet akan dikurangkan kepada 512Kbps sehingga tempoh sah tamat, dan panggilan akan dikenakan pada kadar standard.
Nota: Kuota atau panggilan yang tidak digunakan akan luput selepas tamat tempoh.7. Mengapakah saya tidak boleh membuat tambah nilai untuk Tourist SIM saya?
Tourist SIM tidak menyokong tambah nilai biasa. Anda boleh membeli pas Tourist yang baharu apabila pas semasa anda tamat tempoh atau apabila anda memerlukan lebih banyak data.
8. Bagaimanakah saya boleh memantau penggunaan internet dan panggilan suara saya?
Anda boleh mengurus dan memantau penggunaan melalui aplikasi CelcomDigi atau dengan mendail *118#.
9. Adakah pelan ini diperbaharui secara automatik selepas tamat tempoh?
Tidak, pas internet tidak diperbaharui secara automatik. Anda boleh melanggan semula melalui aplikasi CelcomDigi selepas pas tamat tempoh.
10. Negara manakah yang diliputi di bawah pas perantauan dan IDD ASEAN?
Negara ASEAN yang diliputi ialah Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor-Leste dan Vietnam. Walau bagaimanapun, liputan tertakluk kepada had rangkaian negara atau sekatan kerajaan. Sila baca di sini untuk kawasan pengecualian.
11. Bagaimanakah cara untuk mengaktifkan kuota perantauan apabila saya melancong ke negara ASEAN lain?
Tiada pengaktifan diperlukan apabila melancong ke negara ASEAN lain dengan CelcomDigi Tourist SIM. Kuota perantauan 3GB akan diaktifkan secara automatik apabila tiba di destinasi anda. Sila pastikan ‘Data Roaming’ diaktifkan dalam tetapan telefon anda di bawah ‘Mobile Network’. Rujuk di sini untuk langkah hidupkan/matikan data roaming.
12. Bagaimanakah cara untuk saya mengetahui jika pas perantauan saya telah diaktifkan?
Anda akan menerima notifikasi SMS selepas pas perantauan diaktifkan. Sebagai alternatif, anda boleh menyemak status pas perantauan melalui aplikasi CelcomDigi.
13. Apakah yang akan berlaku selepas saya menggunakan sepenuhnya kuota internet perantauan percuma 3GB?
Selepas kuota perantauan 3GB digunakan sepenuhnya, akses internet perantauan akan disekat.
14. Bolehkah saya membuat panggilan antarabangsa dari Malaysia menggunakan minit IDD percuma?
Ya. Minit IDD percuma hanya terpakai untuk panggilan dari Malaysia ke mana-mana 10 negara ASEAN.
15. Bolehkah saya melanggan lebih daripada satu pas?
Ya, tetapi hanya satu pas boleh aktif pada satu masa. Jika anda membeli pas baharu, ia akan menggantikan pas aktif sedia ada anda.
16. Saya merupakan warga asing. Berapakah bilangan akaun yang boleh saya daftarkan dan apakah prosesnya?
Warga asing yang mempunyai pasport yang sah boleh mendaftarkan maksimum dua (2) akaun di bawah pelan ini. Semasa pendaftaran, pelanggan perlu mengemukakan pasport asal yang masih sah untuk tujuan pengesahan dan melengkapkan proses pendaftaran yang diperlukan.
17. Bolehkah individu berumur 12 hingga 17 tahun mendaftar untuk pas ini? Apakah prosesnya?
Ya. Pelanggan berumur 12 hingga 17 tahun boleh mendaftar untuk pas ini dengan kebenaran ibu bapa atau penjaga sah. Ibu bapa atau penjaga sah perlu hadir semasa pendaftaran dan melengkapkan proses pengesahan biometrik yang diperlukan bersama pemohon bawah umur.
18. Berapa lamakah tempoh sah Tourist SIM dan apakah yang berlaku kepada baki kredit prabayar selepas tempoh sah tamat?
Tourist SIM sah untuk tempoh pas internet yang dilanggan. Setelah pas internet tamat tempoh, perkhidmatan Tourist SIM akan dinyahaktifkan secara automatik. Pelanggan tidak boleh membuat tambah nilai atau memperbaharui pelan seperti pelan prabayar biasa. Sebarang baki kredit prabayar adalah tidak boleh dipindahkan, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditebus untuk wang tunai.
19. Apakah yang perlu saya lakukan jika saya menghadapi masalah?
Jika anda menghadapi sebarang masalah, anda boleh menghubungi sokongan pelanggan 24 jam kami melalui WhatsApp untuk bantuan.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article