Soalan Lazim: Insentif Rebat RAHMAH Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2026

Modified on Wed, 19 Aug at 4:30 PM

1. Apakah Insentif Rebat RAHMAH?

Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, CelcomDigi akan memberikan 5GB data percuma pada 31 Ogos dan 16 September 2026.

 

2. Apakah yang ditawarkan melalui Insentif Rebat RAHMAH?

Insentif Rebat RAHMAH menawarkan 5GB internet berkelajuan tinggi secara percuma dengan tempoh sah selama 24 jam.

 

3. Siapakah yang layak menerima Insentif Rebat RAHMAH?

Semua rakyat Malaysia yang mempunyai pelan prabayar dan pascabayar CelcomDigi yang aktif dan layak, termasuk:

  • Semua pelan suara mudah alih prabayar CelcomDigi, Celcom dan Digi, termasuk ToneWow dan MBits, kecuali pelan untuk warga asing.
  • Semua pelan suara mudah alih pascabayar CelcomDigi, Celcom dan Digi.
  • Semua pelan suara mudah alih pascabayar perniagaan CelcomDigi, Celcom dan Digi.

 

4. Siapakah yang tidak layak menerima Insentif Rebat RAHMAH?

Pelanggan berikut tidak layak menerima insentif:

  • Prabayar: Pelan CelcomDigi Tourist SIM.
  • Pascabayar: Fiber, 5G Home WiFi, GadgetSIM, WatchSIM.


Pelanggan yang membuat pendaftaran baharu, pertukaran pelan, port-in atau port-out pada 31 Ogos atau 16 September 2026 tidak layak menerima insentif. Talian yang berstatus digantung, disekat atau telah tamat tempoh pada hari kempen juga tidak layak menerima insentif.

 

5. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan 5GB data percuma Insentif Rebat RAHMAH?

  • Bagi pelanggan prabayar, pastikan talian anda berstatus aktif.
  • Bagi pelanggan pascabayar, pastikan talian anda berstatus aktif dan tiada bil tertunggak.


Setelah anda disambungkan ke rangkaian Celcom atau Digi dan mula menggunakan internet mudah alih antara 5:00 pagi hingga 11:59 malam pada hari kempen, 5GB data percuma akan diberikan kepada anda dalam tempoh hari tersebut. Setelah diberikan, data percuma tersebut sah digunakan selama 24 jam.

 

6. Bilakah saya akan menerima data percuma tersebut?

Data percuma akan diberikan secara berperingkat mulai 5:00 pagi pada 31 Ogos dan 16 September 2026.


Untuk menerima data percuma tersebut, talian anda mestilah berstatus aktif, disambungkan ke rangkaian Celcom atau Digi, dan anda perlu mula menggunakan internet mudah alih antara 5:00 pagi hingga 11:59 malam pada hari kempen yang berkenaan5GB data percuma tersebut akan diberikan kepada anda dalam tempoh hari tersebut.

 

7. Jika talian saya berstatus aktif dan disambungkan ke WiFi, adakah saya akan menerima 5GB data percuma?

Untuk menerima 5GB data percuma tersebut, anda perlu memutuskan sambungan WiFi, menyambung ke rangkaian Celcom atau Digi, dan mula menggunakan internet mudah alih antara 5:00 pagi hingga 11:59 malam pada hari kempen yang berkenaan.

 

8. Untuk apakah data percuma ini boleh digunakan?

Data percuma ini boleh digunakan untuk penggunaan internet tempatan, termasuk melayari internet, penstriman video dan penstriman muzik.

 

9. Adakah saya akan menerima notifikasi apabila menerima 5GB data percuma?

Ya. Notifikasi akan dihantar melalui SMS apabila data percuma diberikan. Anda juga boleh menyemak baki 5GB data percuma melalui dashboard penggunaan dalam aplikasi CelcomDigi atau UMB, dengan syarat anda disambungkan ke rangkaian Celcom atau Digi dan telah mula menggunakan internet mudah alih antara 5:00 pagi hingga 11:59 malam.

 

10. Di manakah saya boleh menyemak penggunaan 5GB data percuma saya?

Anda boleh menyemak penggunaan 5GB data percuma melalui dashboard penggunaan dalam aplikasi CelcomDigi atau UMB. Bagi pelanggan Celcom dan Digi, baki kuota boleh disemak dengan mendail:

  • Prabayar: *118*2*5#
  • Pascabayar: *118*2*2*1#

 

11. Saya memenuhi kriteria kelayakan tetapi masih belum menerima 5GB data percuma saya. Apakah yang perlu saya lakukan?

5GB data percuma akan diberikan secara berperingkat. Jika anda masih belum menerimanya:

  • Refresh aplikasi CelcomDigi dan semak baki data anda sekali lagi.
  • Jika aplikasi CelcomDigi anda perlahan atau anda tidak dapat menyemak baki data, cuba semula selepas beberapa minit.
  • Sebagai alternatif, anda boleh menyemak baki data anda melalui UMB.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article