Insentif Rebat RAHMAH Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Modified on Wed, 6 Aug at 1:21 PM

1. Apakah Insentif Rebat RAHMAH untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM)? 

Insentif Rebat RAHMAH untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah insentif khas yang menawarkan kredit RM30 untuk pengguna prabayar atau rebat bil RM40 untuk pengguna pascabayar (hanya terpakai berdasarkan yuran komitmen berdasarkan pelan pengguna pada tarikh yang ditetapkan). Insentif sekali sahaja ini disediakan khas untuk PDRM sempena sambutan Hari Polis ke-218 pada 25 Mac 2025. 


2. Siapakah yang layak menerima Insentif Rebat RAHMAH untuk PDRM ini? 

Insentif Rebat RAHMAH untuk PDRM ini ditawarkan secara eksklusif kepada anggota PDRM yang merupakan pelanggan aktif pelan Pascabayar atau Prabayar Celcom, Digi & CelcomDigi. 

  • Bagi pelanggan Prabayar: Kredit RM30 dengan tempoh sah selama 30 hari akan diberikan dan boleh digunakan untuk pembelian pelan internet & penggunaan panggilan tempatan 
  • Bagi pelanggan Pascabayar: Sebanyak RM40 yuran komitmen akan tertera di dalam bil 


3. Saya anggota PDRM. Apakah yang perlu saya lakukan untuk menikmati Insentif Rebat RAHMAH untuk PDRM? 

Untuk memastikan kelayakan untuk menerima rebat ini, anggota PDRM dikehendaki mendaftar atau mengemas kini nombor telefon prabayar atau pascabayar anda dan menghantar maklumat tersebut kepada bahagian Sumber Manusia. Tarikh akhir pendaftaran dan pengemaskinian maklumat telah berlalu. Tiada permintaan baharu akan diterima.

Sila pastikan akaun anda kekal aktif sepanjang tempoh rebat untuk menerima insentif ini.
 


4.Siapa yang TIDAK layak mendapat Insentif Rebat Rahmah ini? 

  • Prabayar – Raja Kombo, pelan Juara Keren 
  • Prabayar/Pascabayar – Pelanggan mendaftar/tukar pelan atau bertukar pembekal perkhidmatan selepas 30 June 2025 
  • Pascabayar – Fiber, Home WiFi, GadgetSIM
      

5. Bilakah boleh saya menerima Insentif Rebat RAHMAH untuk PDRM ini?
Pemberian rebat akan bermula dan selesai dari bulan Ogos sehingga September 2025, pelanggan akan menerima SMS setelah pemberian berjaya.


6. Jika saya mempunyai kedua-dua talian prabayar & Pascabayar dengan Celcom, Digi, dan CelcomDigi, adakah saya akan menikmati Insentif Rebat RAHMAH untuk PDRM bagi kesemua talian tersebut? 

Tidak, anda hanya layak menerima satu (1) Insentif Rebat RAHMAH untuk PDRM sahaja. Ia mungkin akan diberikan sama ada pada talian prabayar atau pascabayar anda, dan anda tidak boleh memilih talian mana yang akan menerima rebat tersebut.

 

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article