Pakej Rahmah Siswa
Modified on Fri, 16 Aug at 10:35 AM
1. Apakah Pakej Rahmah Siswa?
Pakej Rahmah Siswa adalah tawaran prabayar khas yang direka untuk rakyat Malaysia, bertujuan untuk menangani peningkatan kos sara hidup dengan menyediakan perkhidmatan komunikasi asas yang penting, meningkatkan produktiviti, dan mengurangkan kos sambungan bagi mereka yang memerlukan, dengan tempoh sah yang lebih panjang (180 hari/ 6 bulan). Pakej ini tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh setiap pengendali rangkaian mudah alih yang mengambil bahagian, termasuk CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia, dan YTL Communications.
2. Apakah yang ditawarkan oleh Pakej Rahmah Siswa?
Pengguna boleh menikmati 30GB Internet berkelajuan tinggi tanpa had kelajuan selama 180 hari. Dengan pakej ini, pengguna dapat kekal berhubung dan melaksanakan aktiviti komunikasi dalam talian harian yang penting, seperti untuk tujuan pembelajaran, mengakses dan menghantar e-mel, mesej segera, melayari laman web, berinteraksi dengan media sosial, dan lain-lain.
3. Siapakah yang layak melanggan Pakej Rahmah Siswa?
Pakej Rahmah Siswa terbuka kepada belia berumur 25 tahun dan ke bawah.
Kelayakan secara automatik ditentukan berdasarkan tarikh lahir yang didaftarkan dalam sistem butiran pengguna setiap penyedia perkhidmatan.
Nota: Kelayakan adalah berdasarkan tarikh lahir, bukan tahun kelahiran.
4. Adakah Pakej Rahmah Siswa memerlukan bukti pengenalan (IC)?
Ya, bukti pengenalan (IC) diperlukan.
5. Bilakah tempoh langganan untuk Pakej Rahmah Siswa?
Anda boleh melanggan pakej ini bermula dari 16 Ogos 2024.
6. Adakah Pakej Rahmah Siswa hanya sah untuk pelan prabayar?
Ya, Pakej Rahmah Siswa hanya sah untuk pelanggan prabayar baru atau sedia ada.
7. Pelan prabayar mana yang layak melanggan Pakej Rahmah Siswa?
- CelcomDigi Prepaid Edisi Biru
- CelcomDigi Prepaid Edisi Kuning
8. Bolehkah pengguna mendaftar untuk Pakej Rahmah Siswa di laman web CelcomDigi seperti Pakej Remaja sebelum ini?
Tidak. Pakej Rahmah Siswa hanya boleh dilanggan melalui aplikasi Celcom Life dan MyDigi.
9. Bagaimanakah cara untuk melanggan Pakej Rahmah Siswa?
Melalui aplikasi Celcom Life:
Langkah 1: Log masuk ke aplikasi Celcom Life
Langkah 2: Pilih 'Add-Ons'
Langkah 3: Pilih 'Internet'
Langkah 4: Pilih 'One Time Pass'
Langkah 5: Pilih 'Pakej Rahmah Siswa' untuk melengkapkan transaksi pembelian.
Melalui aplikasi MyDigi:
Langkah 1: Log masuk ke aplikasi MyDigi
Langkah 2: Pilih 'Buy Add-Ons'
Langkah 3: Pilih 'Internet'
Langkah 4: Pilih 'On Demand'
Langkah 5: Pilih 'Pakej Rahmah Siswa' untuk melengkapkan transaksi pembelian.
Tawaran ini hanya akan tersedia untuk pembelian semula 180 hari selepas pembelian pertama.
10. Bagaimanakah saya boleh menyemak liputan perkhidmatan di kawasan kediaman saya sebelum melanggan Pakej Rahmah Siswa?
Anda boleh menyemak liputan rangkaian mudah alih di kawasan kediaman anda melalui laman web JENDELA.
11. Bagaimana jika saya ingin mengakses aplikasi lain selain daripada aplikasi asas yang dilindungi di bawah pakej ini, seperti penstriman video atau permainan dalam talian?
Pengguna boleh menggunakan 30GB Internet yang disediakan oleh Pakej Rahmah Siswa untuk penstriman video, permainan dalam talian, atau sebarang aktiviti mudah alih yang menggunakan data. Jika data tidak mencukupi, pengguna boleh memilih untuk melanggan mana-mana pas Internet yang ada.
12. Berapa kali saya boleh melanggan Pakej Rahmah Siswa?
Tiada had untuk melanggan Pakej Rahmah Siswa. Walau bagaimanapun, pengguna hanya boleh melanggan sekali pada satu masa.
13. Apakah yang berlaku jika data 30GB saya habis sebelum tempoh 180 hari berakhir?
Anda boleh melanggan mana-mana pas Internet yang tersedia.
14. Apakah yang berlaku selepas tempoh langganan 6 bulan berakhir?
Pengguna tidak akan dapat menggunakan baki data 30GB yang ada. Pengguna boleh memilih untuk melanggan semula Pakej Rahmah Siswa atau mana-mana pas Internet yang ada untuk kekal berhubung.
15. Adakah langganan berulang kali dibenarkan untuk Pakej Rahmah Siswa ini?
Ya, boleh.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article