Notis berkenaan Perubahan Tarikh Bil

Modified on Tue, 24 Feb at 10:00 AM

Ini adalah notis penting untuk pelanggan Celcom.


Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk menambah baik perkhidmatan dan memberikan pengalaman yang lebih baik, kami akan menyelaraskan kitaran pengebilan kami. Tarikh bil bulanan anda akan diawalkan bagi memastikan pemprosesan yang lebih lancar.

 

Nota Penting:

  • Auto-billing: Pembayaran automatik anda akan diselaraskan sewajarnya. Tiada tindakan diperlukan.
  • Pembayaran manual atau berulang (recurring): Jika anda membuat pembayaran secara manual atau telah menetapkan pembayaran automatik (cth: auto-bayar, potongan bank, GIRO), sila kemas kini tarikh pembayaran anda untuk memastikan transaksi anda sepadan dengan tarikh bil baharu dan untuk mengelakkan sebarang gangguan perkhidmatan.

Untuk makluman, penyata bil akan datang anda kekal tidak berubah. Anda boleh meneruskan pembayaran seperti biasa bagi mengelakkan sebarang gangguan perkhidmatan. Kitaran/tarikh bil baharu yang tertera/kelihatan di dalam aplikasi CelcomDigi hanya akan berkuat kuasa mengikut jadual di bawah.

 

Kitaran/Tarikh Bil Semasa

Kitaran/Tarikh Bil Baharu

Kitaran/Tarikh Bil Pertama

18 hari bulan

16 hari bulan

16 April 2026

Penggunaan dari 18 Mac hingga 15 April 2026

3 hari bulan

1 hari bulan

1 Mei 2026

Penggunaan dari 3 April hingga 31 April 2026

13 hari bulan

12 hari bulan

12 Mei 2026

Penggunaan dari 13 April hingga 11 Mei 2026

 

Lihat bil dan penggunaan anda dalam aplikasi CelcomDigi.


Nota: Muat turun aplikasi CelcomDigi untuk terus menikmati perkhidmatan tanpa gangguan. Aplikasi Celcom Life akan ditamatkan tidak lama lagi.


Terima kasih kerana terus setia bersama kami.


Soalan Lazim

 

1. Bilakah bil pertama saya dengan kitaran bil baharu akan bermula?

Bil pertama anda di bawah tarikh baharu akan dijana mengikut jadual di atas.

  

2. Bagaimanakah perubahan ini akan menjejaskan bil semasa saya?

Bil semasa anda kekal tidak berubah. Tarikh bil baharu berkuat kuasa anda akan disertakan caj prorata bagi menyelaraskannya dengan kitaran baharu. Sila rujuk jadual di atas untuk melihat maklumat tempoh penggunaan bagi bil baharu.

 

3. Adakah perubahan ini akan menjejaskan kontrak sedia ada saya?

Tidak, kontrak anda tidak akan terjejas dan akan kekal sama.

 

4. Adakah perkhidmatan saya akan terganggu semasa perubahan tarikh bil?

Tidak, tiada gangguan pada perkhidmatan atau penggunaan anda. Anda boleh terus menggunakan perkhidmatan anda seperti biasa.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article