Soalan Lazim: Kempen Midasbuy x Honor of Kings (HOK)
Modified on Thu, 1 Oct at 10:00 AM
1. Apakah promosi ini?
Beli token Honor of Kings (HOK) bernilai RM40 atau lebih melalui laman web Midasbuy dan buat bayaran menggunakan CelcomDigi untuk menikmati 10% pulangan tunai (cashback).
2. Bilakah tempoh kempen ini?
Tawaran ini sah dari 1 Oktober hingga 30 November 2026.
3. Siapakah yang layak untuk promosi ini?
Semua pelanggan CelcomDigi yang menetap di Malaysia layak untuk menyertai kempen ini, kecuali kategori berikut:
- Pelanggan pascabayar (postpaid) yang mempunyai tunggakan bil atau telah melebihi had transaksi.
- Pelanggan prabayar (prepaid) yang mempunyai baki kredit tidak mencukupi atau telah melebihi had transaksi.
- Bukan pemain HOK (tiada ID pemain) serta bukan pengguna Midasbuy.
4. Adakah promosi ini sah di semua platform?
Promosi ini hanya sah untuk peserta yang membeli kredit permainan HOK (token) melalui Midasbuy dan membuat bayaran menggunakan CelcomDigi direct operator billing.
5. Bagaimanakah saya akan dimaklumkan sekiranya saya menerima pulangan tunai?
Jika anda memenuhi semua kriteria kempen, anda akan menerima notifikasi melalui SMS dalam tempoh 2 jam untuk memaklumkan bahawa anda layak menerima pulangan tunai. Jika anda tidak menerima SMS, ini bermakna anda tidak memenuhi syarat kempen atau kuota pulangan tunai telah habis ditebus.
6. Jika saya menerima SMS pulangan tunai, bagaimana saya akan menerima pulangan tunai tersebut?
- Untuk pengguna prabayar, pulangan tunai akan dikreditkan sebagai kredit prabayar selepas pembayaran berjaya dibuat. Pulangan tunai ini boleh digunakan untuk langganan perkhidmatan CelcomDigi dan/atau pembelian melalui direct operator billing.
- Untuk pengguna pascabayar, pulangan tunai akan ditolak dalam kitaran bil yang seterusnya.
7. Adakah pulangan tunai ini boleh dipindah milik atau ditukar kepada wang tunai?
Pulangan tunai ini tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai.
8. Adakah terdapat had atau batasan bagi kempen ini?
- Promosi ini hanya terpakai untuk pembelian 800, 1,200, 2,400, 4,000 and 8,000 token HOK yang dibuat melalui tambah nilai terus di laman web Midasbuy.
- Ia tidak terpakai untuk tawaran pakej lain HOK, baucar, atau sebarang item selain daripada kredit permainan (game credits).
- Hanya transaksi/pembelian yang dibuat melalui Midasbuy dengan bayaran menggunakan direct operator billing CelcomDigi akan diterima.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article