Soalan Lazim: Kempen Pulangan Tunai MLBB x Codashop
Modified on Thu, 4 Jun at 10:00 AM
1. Apakah kempen ini?
Dapatkan 10% pulangan tunai apabila anda membeli 716 MLBB Diamonds dan ke atas melalui Codashop menggunakan CelcomDigi. Tertakluk pada terma dan syarat.
2. Bilakah tempoh kempen ini?
Tawaran ini sah dari 4 Jun hingga 3 Ogos 2026.
3. Siapakah yang layak untuk promosi ini?
Semua pelanggan CelcomDigi yang menetap di Malaysia layak untuk menyertai kempen ini, kecuali kategori berikut:
- Pelanggan pascabayar (postpaid) yang mempunyai tunggakan bil atau telah melebihi had transaksi.
- Pelanggan prabayar (prepaid) yang mempunyai baki kredit tidak mencukupi atau telah melebihi had transaksi.
- Bukan pemain MLBB (tiada ID pemain) serta bukan pengguna Codashop.
4. Adakah terdapat had atau batasan bagi kempen ini?
- Promosi ini hanya terpakai untuk pembelian MLBB Diamonds (716, 1,084, 1,446 dan 2,976) melalui tambah nilai terus di laman web Codashop.
- Ia tidak terpakai untuk tawaran pakej lain PUBG Mobile, baucar, atau sebarang item selain daripada kredit permainan (game credits).
- Hanya transaksi/pembelian yang dibuat melalui Codashop dengan bayaran menggunakan CelcomDigi direct operator billing.
5. Berapakah jumlah pulangan tunai yang boleh saya terima daripada kempen ini?
Tiada had untuk jumlah pulangan tunai yang boleh diterima oleh pengguna, selagi transaksi memenuhi terma dan syarat kempen.
6. Bagaimanakah saya akan dimaklumkan sekiranya saya menerima pulangan tunai?
Peserta yang memenuhi semua kriteria kempen akan menerima SMS pemberitahuan pulangan tunai dalam tempoh 2 jam. Jika anda tidak menerima SMS tersebut, ini bermakna sama ada keperluan kempen tidak dipenuhi atau jumlah pulangan tunai telah ditebus sepenuhnya.
7. Jika saya menerima SMS pulangan tunai, bagaimana saya akan menerima pulangan tunai tersebut?
- Untuk pengguna prabayar, pulangan tunai akan dikreditkan sebagai kredit prabayar selepas pembayaran berjaya dibuat. Pulangan tunai ini boleh digunakan untuk langganan perkhidmatan CelcomDigi dan/atau pembelian melalui direct operator billing.
- Untuk pengguna pascabayar, pulangan tunai akan ditolak dalam kitaran bil yang seterusnya.
8. Adakah pulangan tunai boleh dipindah milik atau ditukar kepada wang tunai?
Tidak, pulangan tunai tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article