Soalan Lazim: Kempen Pulangan Tunai Google Bounty

Modified on Tue, 14 Apr at 10:04 AM

1. Apakah kempen Pulangan Tunai Google Play Store?

Dari 14 April 2026 hingga 14 Jun 2026, kami memberi ganjaran kepada pelanggan CelcomDigi yang berbelanja RM10 atau lebih untuk pembelian pertama mereka di Google Play Store, dengan pulangan tunai RM3. 

 

2. Siapakah yang layak untuk kempen Pulangan Tunai Google Play?

Ini tersedia untuk pelanggan yang layak dan terpilih* dalam langganan CelcomDigi dari 14 April 2026 hingga 14 Jun 2026. 

 

*Pelanggan terpilih adalah pelanggan yang tidak pernah membeli atau melanggan mana-mana perkhidmatan di Google Play Store menggunakan pengebilan CelcomDigi, dalam tempoh 12 bulan yang lalu dan terpulang kepada budi bicara mutlak CelcomDigi Berhad.

 

3. Bagaimanakah saya akan menerima pulangan tunai RM3?

Jika layak, anda akan menerima notifikasi dari aplikasi CelcomDigi tentang kempen ini. Hanya buat pembelian atau melanggan mana-mana perkhidmatan di Google Play Store dengan nilai RM10 atau lebih dalam satu transaksi dan RM3 akan dikreditkan ke akaun anda.

  • Bagi pelanggan prabayar, RM3 akan ditambah ke dalam baki anda. 
  • Bagi pelanggan pascabayar, RM3 akan dimasukkan ke dalam kitaran bil yang seterusnya.

 

4. Bagaimanakah saya boleh membuat pembelian di Google Play Store menggunakan CelcomDigi sebagai kaedah pembayaran?

Jangan risau, prosesnya percuma. Pergi ke Google Play Store dan klik profil anda di penjuru kanan sebelah atas. Pilih "Payment and subscriptions" dan " Payment methods". Di halaman "Payment methods", pilih "Add Celcom billing" atau "Add Digi billing" dan "Enable". Anda kini mempunyai Celcom/Digi sebagai kaedah pembayaran.

 

5. Di manakah saya boleh membelanjakan RM3 yang diterima jika saya pelanggan prabayar?

RM3 ditambah pada baki utama anda. Ia boleh digunakan untuk sebarang tujuan seperti SMS, panggilan, membeli kredit permainan dan sebagainya.

 

6. Setelah menerima pulangan tunai saya, adakah RM3 saya akan tamat tempoh selepas tempoh kempen tamat pada 14 Jun 2026?

Tidak, tamat tempoh RM3 tidak akan mengikuti tempoh kempen. 

  • Bagi pelanggan prabayar, RM3 akan tamat tempoh mengikut tarikh luput prabayar anda.
  • Bagi pelanggan pascabayar, RM3 secara automatik ditunjukkan dalam bil anda. 

 

7. Adakah terdapat langkah tambahan untuk saya menerima pulangan tunai?

Tidak, hanya belanjakan RM10 atau lebih untuk mana-mana aplikasi di Google Play Store menggunakan CelcomDigi sebagai kaedah pembayaran dan terima pulangan tunai RM3 secara automatik ke akaun Celcom atau Digi anda tanpa mengira langganan, tempoh anda menjadi pelanggan dan lain-lain.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article