Soalan Lazim: Tambah Nilai dan Tempoh Sah CelcomDigi Prepaid 5G Kuning
Modified on Wed, 28 Jan at 10:00 AM
1. Apakah tempoh sah kredit untuk CelcomDigi Prepaid 5G Kuning?
Tempoh sah kredit berdasarkan jadual di bawah:
| Jumlah Tambah Nilai (RM) | Tempoh Sah Akaun |
| 5 | 5 hari |
| 10 | 10 hari |
| 15 | 15 hari |
| 30 | 30 hari |
| 50 | 50 hari |
| 100 | 120 hari |
Nota: Tempoh sah kredit akaun prabayar akan dilanjutkan bermula pada tarikh tambah nilai yang berjaya. Bukan warganegara Malaysia akan dikenakan 6% SST apabila tambah nilai kredit
2. Apakah denominasi tambah nilai kredit?
Nilai tambah minimum ialah RM5 dan maksimum ialah RM100.
3. Dimanakah saya boleh menambah nilai akaun prabayar saya?
- Aplikasi CelcomDigi
- Laman sesawang CelcomDigi
- Platform eCommerce atau e-Wallet
- Kios CelcomDigi
- Mesin ATM dan Perbankan Dalam Talian
4. Berapakah jumlah maksimum yang boleh saya simpan dalam akaun prabayar saya?
Anda boleh menyimpan sehingga RM1,000 dalam akaun prabayar anda pada bila-bila masa.
5. Apakah yang dimaksudkan dengan Tambah Nilai Automatik?
Tambah Nilai Automatik merupakan kemudahan tambah nilai kredit tanpa kerumitan, yang membolehkan anda tambah nilai akaun prabayar anda secara automatik menggunakan kad kredit atau debit berdasarkan tarikh dan jumlah tambah nilai terpilih. Tambah Nilai Automatik tersedia untuk semua pengguna prabayar dengan kad debit atau kredit Visa atau MasterCard keluaran tempatan. Langgan sekarang melalui aplikasi kami!
6. Bagaimanakah cara untuk melanggan atau membatalkan perkhidmatan Tambah Nilai Automatik?
Ikuti langkah mudah di bawah untuk melanggan/membatalkan Tambah Nilai Automatik:
Langkah 1: Log masuk ke aplikasi CelcomDigi
Langkah 2: Di halaman utama, pilih ‘Lihat Semua’ di bawah bahagian ‘Keperluan Anda’
Langkah 3: Pilih ‘Tambah Nilai Automatik’
Langkah 4: Aktifkan pilihan ‘Tambah nilai automatik bulanan’
Langkah 5: Pilih tarikh tambah nilai yang anda inginkan
Langkah 6: Pilih jumlah tambah nilai yang dikehendaki.
Untuk langkah lanjut, sila rujuk soalan lazim di sini.
7. Bolehkah saya memilih tarikh dan jumlah yang diingini untuk Tambah Nilai Automatik?
Ya. Anda boleh menambah nilai daripada RM5 hingga RM100 pada mana-mana tarikh antara 1 hingga 28 hari bulan. Anda boleh menukar jumlah dan tarikh tambah nilai pada bila-bila masa dan Tambah Nilai Automatik akan berkuat kuasa pada tarikh baru tersebut.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article