Apakah kaedah untuk saya tambah nilai?

Modified on Fri, 23 Jan at 12:55 PM

Saluran

Butiran

Tambah Nilai Automatik melalui Aplikasi CelcomDigi
Langkah 1: Di halaman utama, klik ‘Lihat Semua’ di bawah bahagian ‘Keperluan Anda’, kemudian, pilih ‘Tambah Nilai Automatik’


Langkah 2: Aktifkan pilihan ‘Tambahan Nilai Automatik Bulanan’


Langkah 3: Pilih tarikh dan jumlah tambah nilai bulanan anda untuk melengkapkan tetapan.
 

Aplikasi CelcomDigiTambah Nilai untuk Diri Saya

Langkah 1: Di halaman utama, pilih ‘Tambah Nilai’


Langkah 2: Pilih jumlah tambah nilai dan klik ‘Seterusnya’


Langkah 3: Pilih kaedah pembayaran dan klik ‘Seterusnya’ untuk melengkapkan pembayaran.



Tambah Nilai bagi Pihak Orang Lain

Langkah 1: Di halaman utama, klik ‘Lihat Semua’ di bawah bahagian ‘Keperluan Anda’. Seterusnya, pilih ‘Tambah Nilai untuk Nombor Lain’
   


Langkah 2: Pilih atau masukkan nombor telefon yang anda ingin tambah nilai


Langkah 3: Pilih jumlah tambah nilai dan klik 'Seterusnya’


Langkah 4: Pilih kaedah pembayaran dan klik ‘Seterusnya’ untuk melengkapkan pembayaran.
 

Laman Web CelcomDigi

Langkah 1: Pergi ke laman web CelcomDigi

Langkah 2: Klik 'Tambah Nilai Prabayar'

Langkah 3: Masukkan nombor telefon anda

Langkah 4: Pilih jumlah tambah nilai

Langkah 5: Teruskan dengan pembayaran.

Kiosk CelcomDigi

Cari Kiosk CelcomDigi terdekat dan ikuti langkah-langkah yang dipaparkan di skrin untuk membeli tambah nilai.

e-Dompet atau e-Dagang

Tambahan nilai boleh dibuat di platform berikut:

  • Grab
  • Shopee
  • Lazada
  • Boost
  • Touch 'n Go eWallet
  • Z City

Kedai CelcomDigi

Kunjungi Kedai CelcomDigi terdekat untuk tambah nilai.

Perbankan dalam Talian

Bank-bank utama di Malaysia seperti Maybank dan CIMB biasanya menawarkan ciri ini dalam aplikasi perbankan mereka. Sila semak aplikasi perbankan pilihan anda untuk tambah nilai akaun prabayar anda.

Tambah Nilai melalui PIN

Anda boleh tambah nilai dengan menggunakan PIN dari kad tambah nilai prabayar Celcom atau Digi, kupon atau baucar. Setiap PIN mengandungi 15-digit nombor PIN.

 

1. Aplikasi CelcomDigi, Celcom Life atau MyDigi:

  • CelcomDigi
    Langkah 1: Pada laman utama, pilih 'Semua Perkhidmatan'

    Langkah 2: Pilih 'Pin Tambah Nilai'
    Langkah 3: Pilih
    a. 'Tambah Nilai untuk Saya sendiri', masukkan nombor pin atau
    b. 'Tambah Nilai untuk Nombor Lain', masukkan nombor telefon dan nombor pin
    Langkah 4: Klik 'Seterusnya'

  • Celcom Life:
Langkah 1: Pada laman utama, pilih 'Tambah Nilai'
Langkah 2: Klik 'Tambah Nilai melalui PIN'
Langkah 3: Masukkan nombor PIN
Langkah 4: Klik 'Seterusnya'.

  • MyDigi:
Langkah 1: Pada laman utama, pilih 'Tambah Nilai'
Langkah 2: Klik 'PIN'
Langkah 3: Masukkan nombor PIN
Langkah 4: Klik 'Tambah Nilai'.

 

2. UMB (Celcom dan Digi)

  • Dail *122*<nombor PIN 15-digit>#


Nota: Tambah nilai melalui kod UMB *123# masih tersedia untuk tambah nilai PIN Digi sehingga diberitahu.

 

Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila hubungi kami di WhatsApp.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article