Tambah nilai saya tidak berjaya, apa yang perlu saya lakukan?
Modified on Mon, 9 Mar at 12:00 PM
Kemungkinan sebab percubaan tambah nilai anda gagal:
- Jika anda tambah nilai menggunakan PIN, anda mungkin telah memasukkan PIN yang salah.
- Percubaan gagal berulang kali dalam menambah nilai menggunakan PIN boleh menyebabkan akaun anda dikunci.
- Nombor PIN tidak sah/ PIN telah digunakan sebelum ini.
- Jenis nombor PIN yang dibeli tidak sesuai dengan akaun anda.
- Jika anda ingin melakukan tambah nilai melalui PIN, sila pastikan anda membeli nombor PIN yang betul untuk sistem akaun anda (sama ada Celcom atau Digi). Untuk mengenal pasti sistem akaun anda:
Langkah 1: Buka aplikasi CelcomDigi dan klik pada 'Nombor Saya'
Langkah 2: Nama pelan anda akan dipaparkan di sini. Jika 'Edisi Biru' dipaparkan, anda berada di bawah sistem Celcom. Jika 'Edisi Kuning' dipaparkan, anda berada di bawah sistem Digi. Dot berwarna di sebelah nombor anda juga menunjukkan sistem akaun anda: biru untuk Celcom dan kuning untuk Digi.
Tambah nilai yang berjaya akan dikemas kini dalam akaun prabayar anda dalam masa 2 jam. Jika percubaan tambah nilai semula gagal, jumlah tersebut akan dikreditkan semula secara automatik ke akaun bank/ e-Wallet anda. Jika perkara ini berlaku, sila cuba sekali lagi.
Jika anda memerlukan bantuan, sila hubungi kami di WhatsApp.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article