Soalan Lazim: CelcomDigi Prepaid 5G Pembaharuan Automatik

Modified on Tue, 30 Apr at 12:18 PM

1. Apakah ciri-ciri pembaharuan automatik?

  • Pembaharuan automatik memberi kesenangan kepada pelanggan dan sambungan berterusan tanpa perlu melanggan pas Internet secara manual sekali lagi untuk menikmati perkhidmatan.
  • Tempoh sah Internet, tempoh sah akaun dan kuota Internet akan diset semula apabila pembaharuan telah berjaya dan baki kredit akan ditolak secara automatik dengan jumlah yang sama dengan bayaran langganan pembaharuan automatik bulanan terpilih anda.


2. Apakah yang berlaku apabila baki kredit saya mencukupi selepas tamat tempoh sah pas Internet bulanan?

Pembaharuan automatik pas bulanan akan berjaya apabila tamat tempoh sehingga anda berhenti melanggan pas Internet bulanan semasa anda atau apabila anda melanggan pas Internet bulanan yang lain secara manual.

 

3. Apakah yang berlaku apabila baki kredit saya tidak mencukupi selepas tamat tempoh sah pas Internet bulanan?  

Pembaharuan automatik tidak akan berjaya. Apabila gagal untuk memperbaharui semula secara automatik, sistem akan cuba memperbaharui semula secara automatik apabila pelanggan telah menambah nilai dan baki kredit yang mencukupi.

 

4. Jika saya melanggan beberapa pas Internet dengan fungsi pembaharuan automatik baru, pas Internet manakah yang akan diperbaharui?  

Jika anda melanggan langganan kedua pas Internet yang layak, pas Internet pertama anda akan dialih keluar tetapi tempoh sah akan kekal sehingga ia tamat tempoh. Pembaharuan automatik akan mengikuti langganan pas Internet terkini.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article