Soalan Lazim: iQIYI Bundle CelcomDigi Prepaid 5G - StreamMORE iQIYI (Standard) 5GB
Modified on Thu, 13 Feb at 10:05 AM
1. Apakah itu iQIYI?
iQIYI ialah perkhidmatan penstriman video dalam talian terkemuka dari Asia yang menawarkan pelbagai kandungan, termasuk siri asal, filem dan kandungan yang dihasilkan oleh pengguna. Ia menawarkan pelbagai rancangan seperti drama asal, rancangan hiburan, filem, program kanak-kanak, dokumentari dan animasi. Antara drama asal iQIYI termasuk The Knockout, Destined, dan Story of Kunning Palace.
2. Di manakah saya boleh memuat turun aplikasi iQIYI?
Anda boleh memuat turun aplikasi iQIYI dari Google Play Store, Apple App Store atau laman web iQIYI untuk peranti lain.
3. Peranti apakah yang serasi dengan iQIYI?
iQIYI serasi dengan telefon pintar, tablet, desktop, TV pintar, dan peranti penstriman tertentu.
Telefon Pintar & Tablet |
|
PC/Laptop |
|
Apple TV, Smart TV, Android TV |
|
4. Apakah akses yang tersedia dalam iQIYI?
Dengan langganan Standard VIP, iQIYI menawarkan pengalaman penstriman yang dipertingkatkan dengan ciri-ciri eksklusif berikut:
iQIYI Standard VIP | |
Menonton serentak pada pelbagai skrin | 2 |
Iklan langkau VIP | Iklan langkau |
Kualiti aliran | 1080p |
Dolby Atmos | ✓ |
Muat turun VIP | ✓ |
Tontonan awal | ✓ |
Kandungan eksklusif | ✓ |
Blockbuster | ✓ |
5. Di manakah saya boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai iQIYI?
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di iQIYI.
6. Bagaimanakah saya boleh menikmati iQIYI?
Pelanggan CelcomDigi yang melanggan pas penstriman berikut boleh menikmati iQIYI secara automatik sebagai sebahagian daripada langganan mereka.
Pass iQIYI | Harga | Internet Pantas (5G+4G) | Internet Tanpa Had (5G+4G) | Hotspot (5G/4G) | Panggilan | Tempoh Sah Kuota | Tempoh Sah Akses iQIYI | Pembaharuan Auto |
StreamMORE iQIYI (Standard VIP) + 5GB | RM11.90 | 5GB* | N/A | N/A | N/A | 30 hari | N+31 hari (akhir hari) | Ya |
*Kuota 5GB berkelajuan tinggi (5G+4G) boleh digunakan untuk tethering / hotspot.
7. Adakah saya layak untuk melanggan StreamMORE iQIYI (Standard) 5GB ini?
Pelanggan CelcomDigi Prabayar dengan pelan-pelan berikut layak untuk melanggan Pas Pembaharuan Auto ini:
Pass Add-On | Pelan Celcom | Pelan Digi |
StreamMORE iQIYI (Standard) + 5GB |
|
|
8. Bagaimanakah saya boleh melanggan CelcomDigi iQIYI Bundle?
Langganan boleh dilakukan melalui aplikasi Celcom Life / MyDigi.
Saluran | Langkah Melanggan |
Aplikasi Celcom Life | Langkah 1: Log masuk ke aplikasi Celcom Life Langkah 2: Pilih ‘Shop’ Langkah 3: Pilih Bundle yang diingini ‘StreamMORE iQIYI (Standard) 5GB' Langkah 4: Klik untuk mengesahkan pembelian pas bundle iQIYI yang diingini |
Aplikasi MyDigi | Langkah 1: Log masuk ke aplikasi MyDigi Langkah 2: Pilih 'Shop' Langkah 3: Pilih ‘StreamMORE iQIYI (Standard) 5GB’ Langkah 4: Klik untuk mengesahkan pembelian pas bundle iQIYI yang diingini |
9. Adakah saya akan menerima sebarang notifikasi selepas pengaktifan bundle berjaya?
Ya, anda akan menerima SMS Selamat Datang selepas langganan berjaya dan juga SMS yang mengandungi butiran log masuk untuk akses iQIYI. SMS ini akan dihantar ke nombor mudah alih utama anda.
Jika anda tidak menerima SMS tersebut, anda masih boleh mencuba untuk log masuk ke aplikasi iQIYI. Jika log masuk gagal, lawati laman Bantuan kami.
10. Bagaimanakah saya boleh mengakses akaun iQIYI saya?
Anda boleh log masuk melalui OTP yang dihantar ke nombor telefon CelcomDigi anda semasa log masuk. Sila rujuk soalan #12 untuk maklumat lanjut.
11. Saya tidak menerima OTP pada telefon bimbit saya untuk mengaktifkan iQIYI. Apakah yang perlu saya lakukan?
Sila pastikan nombor mudah alih anda adalah nombor CelcomDigi yang digunakan semasa langganan. OTP hanya akan dihantar ke nombor mudah alih CelcomDigi tersebut. Untuk bantuan lanjut, lawati laman Bantuan kami.
12. Selepas pengaktifan bundle berjaya, bagaimanakah saya log masuk ke iQIYI?
Untuk pelayar web:
Langkah 1: Masuk ke laman iQIYI dan pilih ‘Login’.
Langkah 2: Masukkan nombor telefon bimbit anda untuk log masuk (nombor yang sama digunakan semasa melanggan).
Langkah 3: Sila setuju dengan Syarat Penggunaan, Dasar Privasi, dan Dasar Privasi Tambahan untuk Malaysia.
Langkah 4: Anda akan menerima kod 4 digit melalui SMS; masukkan kod tersebut pada pelayar.
Langkah 5: Masukkan alamat e-mel anda dan sahkan dengan OTP yang dihantar ke e-mel anda (langkah ini boleh diabaikan).
Langkah 6: Jika ini kali pertama anda log masuk ke iQIYI, lengkapkan maklumat pendaftaran dan klik ‘Create account’.
Langkah 7: Pilih penarafan kandungan untuk Profil anda.
Langkah 8: Pilih bahasa kandungan pilihan anda.
Langkah 9: Mula Menstrim!
Untuk aplikasi mudah alih iOS / Android:
Langkah 1: Muat turun aplikasi iQIYI.
Langkah 2: Sila setuju dengan Syarat Penggunaan, Dasar Privasi, dan Dasar Privasi Tambahan untuk Malaysia.
Langkah 3: Masukkan nombor telefon bimbit anda untuk log masuk.
Langkah 4: Anda akan menerima kod 4 digit melalui SMS; masukkan kod tersebut pada aplikasi.
Langkah 5: Masukkan alamat e-mel anda dan sahkan dengan OTP (langkah ini boleh diabaikan).
Langkah 6: Jika ini kali pertama anda log masuk ke iQIYI, lengkapkan maklumat pendaftaran dan klik ‘Create account’.
Langkah 7: Pilih penarafan kandungan untuk Profil anda.
Langkah 8: Pilih bahasa kandungan pilihan anda.
Langkah 9: Mula Menstrim!
Untuk peranti ruang tamu:
Langkah 1: Buka aplikasi iQIYI dari peranti ruang tamu.
Langkah 2: Klik ‘Agree and Continue’.
Langkah 3: Masukkan nombor telefon anda untuk log masuk.
Langkah 4: Masukkan OTP yang dihantar ke nombor anda.
Langkah 5: Anda kini telah log masuk ke peranti ruang tamu anda.
13. Saya telah melanggan CelcomDigi iQIYI Bundle. Bilakah bundle ini akan tamat tempoh?
- Tempoh Sah Pas Kuota Internet: Langganan kuota Internet iQIYI akan sah sehingga waktu langganan pada hari ke-30 dari tarikh langganan. Sebarang kuota yang tidak digunakan akan dilupuskan.
- Tempoh Sah Akses iQIYI: Akses iQIYI akan sah sehingga jam langganan pada hari ke-31 langganan. Contoh seperti berikut:
Akses iQIYI Bermula | Akses iQIYI Tamat |
1 Disember 2024 3.00pm | 1 Januari 2025 2.59pm |
14. Bolehkah saya melanggan CelcomDigi iQIYI bundle pass yang sama berkali-kali?
Tidak, anda tidak dibenarkan untuk melanggan CelcomDigi iQIYI bundle pass yang sama berkali-kali. Walaubagaimanapun, jika anda membeli bundle iQIYI yang berbeza (StreamMORE iQIYI dinaik taraf ke SpeedStream iQIYI bundle), langganan iQIYI sebelum ini akan dibatalkan dan tidak akan diperbaharui. Pembaharuan akan diteruskan dengan langganan terkini sahaja iaitu SpeedStream iQIYI (Standard) 55GB + Unlimited 12Mbps bundle.
15. Saya telah melanggan pakej CelcomDigi iQIYI bundle. Apakah yang akan berlaku jika saya tamatkan talian atau pindah keluar?
Jika anda menamatkan talian atau pindah keluar, anda tidak akan dapat mengakses iQIYI dengan serta-merta. Tiada prorata caj dan caj penuh akan dikenakan.
16. Saya telah melanggan pas CelcomDigi iQIYI bundle. Apakah yang akan berlaku jika saya memindahkan talian saya ke nama pemilik lain (Transfer of Ownership)?
Akses kandungan akan dipindahkan kepada pemilik baru nombor telefon tersebut. Kami menyarankan supaya anda membatalkan langganan perkhidmatan tersebut sebelum melakukan pemindahan pemilikan ke nama pemilik lain.
17. Saya telah habiskan kuota internet saya untuk menstrim kandungan di iQIYI. Apakah yang perlu saya lakukan?
Anda boleh melanggan Pas One-Time CelcomDigi atau melanggan Pas Bulanan dengan kuota internet yang mencukupi untuk terus menikmati kandungan di iQIYI.
18. Apakah yang akan terjadi dengan pembaharuan automatik pas iQIYI bundle saya jika baki talian saya tidak mencukupi?
Pembaharuan automatik pas iQIYI bundle akan dibatalkan dan anda perlu melanggan semula pas iQIYI bundle tersebut.
19. Saya mempunyai langganan iQIYI yang lain melalui pelbagai saluran pembayaran (Pengebilan Operator / Kad Perbankan). Bolehkah saya masih melanggan CelcomDigi iQIYI Bundles menggunakan nombor telefon yang sama?
Sila ambil perhatian, jika kedua-dua langganan aktif, kedua-duanya akan dikenakan caj secara serentak. Untuk mengelakkan perkara ini, anda perlu memastikan langganan yang dikehendaki kekal aktif dan membatalkan langganan yang lain.
20. Saya mempunyai lebih dari satu nombor telefon CelcomDigi, bolehkah saya tukar log masuk iQIYI saya ke nombor lain?
Tidak, akses iQIYI tidak boleh dipindahkan ke nombor telefon lain. Pelanggan hanya boleh log masuk ke iQIYI menggunakan nombor telefon CelcomDigi yang digunakan semasa melanggan.
Jika anda mempunyai nombor telefon CelcomDigi yang lain, anda perlu melanggan pas CelcomDigi iQIYI bundle yang baru menggunakan nombor telefon baru melalui aplikasi Celcom Life / MyDigi.
21. Bolehkah saya menggunakan pas CelcomDigi iQIYI bundle saya pada peranti lain?
Ya, anda boleh log masuk pada peranti yang serasi menggunakan nombor telefon CelcomDigi yang digunakan semasa langganan.
22. Saya bukan pelanggan CelcomDigi, bolehkah saya melanggan pas iQIYI bundle?
Hanya pelanggan CelcomDigi yang layak untuk membeli CelcomDigi iQIYI bundle pass. Anda perlu menjadi pelanggan CelcomDigi sebelum dapat melanggan iQIYI bundle pass dan menikmati penstriman dengan nilai dan penjimatan yang lebih baik.
23. Bolehkah saya menggunakan kuota CelcomDigi iQIYI bundle pass saya semasa merantau?
Tidak. Kuota ini hanya boleh digunakan untuk kegunaan domestik sahaja (di dalam Malaysia).
24. Saya mempunyai pertanyaan lanjut atau masalah dengan langganan CelcomDigi iQIYI bundle. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan?
Sila lawati laman Bantuan kami.
25. Apakah terma akses saya ke iQIYI?
Melalui langganan iQIYI, sama ada anda log masuk atau melengkapkan proses pendaftaran untuk iQIYI, pelanggan (anda) bersetuju dan mengesahkan bahawa dia (anda) telah membaca, memahami, menerima dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat berikut:
- Terma & syarat CelcomDigi: Celcom | Digi
- Terma Penggunaan iQIYI
- Dasar Privasi iQIYI
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article