Soalan Lazim: StreamMORE Asian Bundle (Prepaid)
Modified on Fri, 29 May at 10:00 AM
Umum
1. Apakah itu StreamMORE Asian Bundle?
StreamMORE Asian Bundle adalah add-on untuk pelanggan CelcomDigi Prepaid yang memberikan anda akses kepada pelbagai perkhidmatan penstriman Asia dalam satu langganan, berserta dengan kuota Internet tambahan.
2. Apakah yang termasuk dalam StreamMORE Asian Bundle?
Bundle ini termasuk:
- iQIYI (Standard VIP)
- Viu (Premium)
- Vision+ (Premium)
- Kuota Internet bulanan 5GB
3. Siapakah yang boleh melanggan bundle ini?
StreamMORE Bundle tersedia untuk semua pelanggan CelcomDigi Prepaid yang layak, kecuali pelanggan dengan langganan Power+ 55 kerana pelan ini sudah termasuk Viu.
Pelanggan masih boleh melanggan StreamMORE Bundle atau perkhidmatan lain selagi tiada perkhidmatan penstriman yang bertindih (overlap).
4. Apakah akses yang saya akan dapat dengan perkhidmatan penstriman ini?
Anda akan menikmati akses bagi semua perkhidmatan penstriman yang disertakan seperti berikut:
a. iQIYI (Standard VIP)
| Akses | |
| Menonton serentak pada pelbagai skrin | 2 |
| Iklan langkau VIP | ✓ |
| Kualiti aliran | 1080P |
| Dolby Atmos | ✓ |
| Muat turun VIP | ✓ |
| Tontonan awal | ✓ |
| Kandungan eksklusif | ✓ |
| Blockbusters | ✓ |
| Peranti Serasi | Telefon, Tablet, Laptop, Smart TV, Android TV |
| Pautan Bantuan | iQIYI Help Page |
| Versi Terkini | 28 Mei 2026 |
b. Vision+ (Premium) Malaysia
| Akses | |
| Tonton semua drama | ✓ |
| Muat turun kandungan terpilih | ✓ |
| Iklan | x |
| Cipta Profil | Sehingga 8 |
| Penstriman serentak | 2 Skrin |
| Maksimum log masuk peranti | 5 peranti |
| Cast/Airplay | ✓ |
| Kualiti Video Maksimum | Sehingga Full HD (1080p) |
| Kualiti Audio Maksimum | Sehingga Dolby Atmos |
| Peranti serasi | Telefon, Tablet, Laptop, Smart TV, Android TV |
| Nota penting | Saluran sukan dan tontonan awam tidak termasuk. |
| Pautan bantuan | Vision+ Help |
| Versi terkini | 28 Mei 2026 |
c. Viu (Premium)
| Akses | |
| Iklan | x |
| Bilangan peranti | Strim sehingga 5 peranti |
| Akses kandungan | Akses penuh |
| Viu Originals eksklusif | ✓ |
| Akses awal | ✓ |
| Filem | ✓ |
| Muat turun tanpa had | ✓ |
| Peranti serasi | Telefon, Tablet, Laptop/PC, Smart TV |
| Pautan bantuan | Viu Help Centre |
| Versi Terkini | 28 Mei 2026 |
Langganan
5. Bagaimanakah cara untuk melanggan?
Anda boleh melanggan melalui:
- Aplikasi CelcomDigi
- Laman web CelcomDigi
- Kedai CelcomDigi
6. Bolehkah saya melanggan lebih daripada satu StreamMORE Bundle?
Ya, anda boleh melanggan lebih daripada satu StreamMORE Bundle selagi perkhidmatan penstriman yang disertakan tidak bertindih (overlap).
Jika anda melanggan bundle lain yang mengandungi perkhidmatan penstriman yang sama seperti bundle sedia ada, langganan semasa anda akan diganti serta-merta. Bundle baru akan berkuat kuasa serta-merta dan tiada bayaran balik akan diberikan untuk sebarang tempoh yang tidak digunakan.
Contoh:
- Jika anda melanggan StreamMORE Asian Bundle semasa anda masih melanggan StreamMORE Sports Bundle, bundle semasa anda akan digantikan memandangkan kedua-dua bundle mengandungi Viu dan iQIYI.
- Jika anda melanggan StreamMORE Asian Bundle semasa anda melanggani StreamMORE Viu, langganan StreamMORE Viu sedia ada anda akan digantikan dengan StreamMORE Asian Bundle.
7. Saya telah melanggan SpeedSTREAM atau Power+. Bolehkah saya masih melanggan StreamMORE Bundle?
- Pelanggan SpeedSTREAM masih boleh melanggan StreamMORE Bundle. Namun, jika terdapat perkhidmatan penstriman yang bertindih (overlap), kelayakan SpeedSTREAM sedia ada akan ditamatkan dan digantikan dengan StreamMORE Bundle. Sebarang kelayakan di bawah langganan SpeedSTREAM, termasuk penstriman tanpa had atau kuota data yang disertakan, juga akan ditamatkan.
- Pelanggan Power+ tidak layak untuk melanggan StreamMORE Bundle yang mengandungi perkhidmatan penstriman yang sama seperti yang sudah disertakan dalam langganan Power+ semasa mereka.
8. Adakah saya akan dimaklumkan sebelum perubahan tersebut dibuat?
Ya, mesej pengesahan akan dipaparkan sebelum anda meneruskan sebarang langganan atau perubahan bundle.
9. Apakah tempoh sah bundle ini?
Bundle ini sah selama 30 hari dari tarikh langganan.
10. Apakah yang akan terjadi kepada kuota Internet saya yang telah habis digunakan?
Setelah kuota anda digunakan sepenuhnya, penggunaan akan diteruskan daripada pelan data Prabayar asas anda.
11. Adakah ini langganan pembaharuan automatik?
Ya, bundle ini akan diperbaharui secara automatik setiap 30 hari melainkan anda membatal langganan.
12. Bilakah saya akan dikenakan caj?
- Caj dikenakan semasa langganan dibuat
- Caj berulang akan dikenakan setiap 30 hari
Pengaktifan
13. Bagaimanakah cara untuk mengaktif setiap perkhidmatan penstriman?
Selepas langganan berjaya, anda akan menerima notifikasi pengaktifan melalui SMS dan Push Notification di aplikasi CelcomDigi. Untuk mula menonton:
- Pergi ke Lifestyle → My Subscriptions
- Pilih StreamMORE Bundle yang diingini
- Klik “Access Via” untuk mengaktifkan perkhidmatan penstriman anda
Nota penting:
Pelanggan perlu menggunakan nombor telefon yang sama digunakan semasa langganan untuk proses pengaktifan dan log masuk.
14. Bilakah saya boleh mula menonton?
Anda boleh mula menonton sebaik sahaja pengaktifan berjaya dilakukan.
Urus Langganan Anda
15. Bagaimanakah cara membatal atau hentikan langganan Asian Bundle?
Anda boleh membatal melalui: CelcomDigi App → My Subscriptions → Pilih Asian Bundle → Unsubscribe
16. Bolehkah saya membatal perkhidmatan penstriman tertentu dalam bundle terpilih?
Tidak. Bundle perlu dibatalkan secara keseluruhan dan perkhidmatan penstriman individu tidak boleh dibatalkan secara berasingan.
17. Di manakah saya boleh membuat pembatalan atau hentikan langganan bundle?
Pembatalan hanya boleh dilakukan melalui aplikasi CelcomDigi dan tidak boleh dibuat melalui penyedia perkhidmatan penstriman.
18. Apakah yang akan berlaku selepas pembatalan atau hentikan langganan?
Langganan anda akan kekal aktif sehingga tamat kitaran bil semasa. Tiada caj tambahan akan dikenakan selepas itu.
Nota Penting:
- Pelanggan boleh melanggan lebih daripada satu StreamMORE Add-Ons (single atau bundle) selagi perkhidmatan penstriman tidak bertindih (overlap).
- Bundle dengan perkhidmatan penstriman yang bertindih (overlap) akan menggantikan langganan sedia ada serta-merta.
- Perkhidmatan penstriman individu tidak boleh diurus secara berasingan.
- Semua perubahan langganan perlu dibuat melalui aplikasi CelcomDigi
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article