Soalan Lazim: StreamMORE Family Bundle (Prepaid)
Modified on Fri, 29 May at 10:00 AM
Umum
1. Apakah itu StreamMORE Family Bundle?
StreamMORE Family Bundle adalah add-on untuk pelanggan CelcomDigi Prepaid yang memberi akses kepada pelbagai perkhidmatan penstriman keluarga dan hiburan dalam satu langganan, berserta dengan kuota Internet tambahan.
2. Apakah yang termasuk dalam StreamMORE Family Bundle?
Bundle ini termasuk:
- Disney+ (Premium)
- sooka (Premium)
- Viu (Premium)
- Kuota Internet bulanan 10GB
3. Siapakah yang boleh melanggan bundle ini?
StreamMORE bundle ini tersedia untuk semua pelanggan CelcomDigi Prepaid yang layak, kecuali pelanggan dengan langganan Power+ 55 kerana pelan ini sudah termasuk Viu.
Pelanggan masih boleh melanggan StreamMORE Bundle atau perkhidmatan lain selagi tiada perkhidmatan penstriman yang bertindih (overlap).
4. Apakah akses yang saya akan dapat dengan perkhidmatan penstriman ini?
Anda akan menikmati akses bagi semua perkhidmatan penstriman yang disertakan seperti berikut:
a. Disney+ (Premium)
| Akses | |
| Tonton semua tajuk Disney+ | ✓ |
| Muat turun kandungan terpilih | ✓ |
| Profil | Sehingga 7 |
| Penstriman Serentak | 3 |
| Log masuk peranti maksimum | 10 |
| Kualiti Video maksimum | Sehingga 4K |
| Peranti yang serasi | Telefon, Tablet, Komputer Riba, TV |
| Pautan bantuan | Disney+ Helpdesk |
| Versi Terkini | 28 Mei 2026 |
b. sooka (Premium)
| Akses | |
| Iklan | x |
| Sukan | ✓ |
| Rancangan TV, Filem & Siaran Langsung | ✓ |
| Peranti Serentak | 3 Peranti |
| Log masuk peranti maksimum | 4 |
| Resolusi | 1080p Full HD |
| Peranti yang serasi | Telefon Pintar, Tablet, Komputer dan TV |
| Pautan bantuan | sooka Help Center |
| Versi Terkini | 28 Mei 2026 |
c. Viu (Premium)
| Akses | |
| Iklan | x |
| Bilangan peranti | Strim sehingga 5 peranti |
| Akses kandungan | Akses penuh |
| Viu Originals eksklusif | ✓ |
| Akses awal | ✓ |
| Filem | ✓ |
| Muat turun tanpa had | ✓ |
| Peranti serasi | Telefon, Tablet, Laptop/PC, Smart TV |
| Pautan bantuan | Viu Help Centre |
| Versi Terkini | 28 Mei 2026 |
Langganan
5. Bagaimanakah cara untuk melanggan?
Anda boleh melanggan melalui:
- Aplikasi CelcomDigi
- Laman web CelcomDigi
- Kedai CelcomDigi
6. Bolehkah saya melanggan lebih daripada satu StreamMORE Bundle?
Ya, anda boleh melanggan lebih daripada satu StreamMORE Bundle selagi perkhidmatan penstriman yang disertakan tidak bertindih (overlap).
Jika anda melanggan bundle lain yang mengandungi perkhidmatan penstriman yang sama seperti bundle sedia ada, langganan semasa anda akan diganti serta-merta. Bundle baru akan berkuat kuasa serta-merta dan tiada bayaran balik akan diberikan untuk sebarang tempoh yang tidak digunakan.
Contoh:
- Jika anda melanggan StreamMORE Family Bundle semasa anda masih melanggan StreamMORE Asian Bundle, bundle semasa anda akan digantikan memandangkan kedua-dua bundle mengandungi Viu.
- Jika anda melanggan StreamMORE Viu semasa anda melanggani StreamMORE Family Bundle, langganan StreamMORE Viu sedia ada anda akan digantikan memandangkan kedua-dua langganan mengandungi Viu.
7. Saya telah melanggan SpeedSTREAM atau Power+. Bolehkah saya masih melanggan StreamMORE Bundle?
- Pelanggan SpeedSTREAM masih boleh melanggan StreamMORE Bundle. Namun, jika terdapat perkhidmatan penstriman yang bertindih (overlap), kelayakan SpeedSTREAM sedia ada akan ditamatkan dan digantikan dengan StreamMORE Bundle. Sebarang kelayakan di bawah langganan SpeedSTREAM, termasuk penstriman tanpa had atau kuota data yang disertakan, juga akan ditamatkan.
- Pelanggan Power+ tidak layak untuk melanggan StreamMORE Bundle yang mengandungi perkhidmatan penstriman yang sama seperti yang sudah disertakan dalam langganan Power+ semasa mereka.
8. Adakah saya akan dimaklumkan sebelum perubahan tersebut dibuat?
Ya, mesej pengesahan akan dipaparkan sebelum anda meneruskan sebarang langganan atau perubahan bundle.
9. Apakah tempoh sah bundle ini?
Bundle ini sah selama 30 hari dari tarikh langganan.
10. Apakah yang akan terjadi kepada kuota Internet saya yang telah habis digunakan?
Setelah kuota anda digunakan sepenuhnya, penggunaan akan diteruskan daripada pelan data Prabayar asas anda.
11. Adakah ini langganan pembaharuan automatik?
Ya, bundle ini akan diperbaharui secara automatik setiap 30 hari melainkan anda membatal langganan.
12. Bilakah saya akan dikenakan caj?
- Caj dikenakan semasa langganan dibuat
- Caj berulang akan dikenakan setiap 30 hari
Pengaktifan
13. Bagaimanakah cara untuk mengaktif setiap perkhidmatan penstriman?
Selepas langganan berjaya, anda akan menerima notifikasi pengaktifan melalui SMS dan Push Notification di aplikasi CelcomDigi. Untuk mula menonton:
- Pergi ke Lifestyle → My Subscriptions
- Pilih StreamMORE Bundle yang diingini
- Klik “Access Via” untuk mengaktifkan perkhidmatan penstriman anda
Nota penting:
Pelanggan perlu menggunakan nombor telefon yang sama digunakan semasa langganan untuk proses pengaktifan dan log masuk.
14. Bilakah saya boleh mula menonton?
Anda boleh mula menonton sebaik sahaja pengaktifan berjaya dilakukan.
Urus Langganan Anda
15. Bagaimanakah cara membatal atau hentikan langganan Family Bundle?
Anda boleh membatal melalui: CelcomDigi App → My Subscriptions → Pilih Family Bundle → Unsubscribe
16. Bolehkah saya membatal perkhidmatan penstriman tertentu dalam bundle terpilih?
Tidak. Bundle perlu dibatalkan secara keseluruhan dan perkhidmatan penstriman individu tidak boleh dibatalkan secara berasingan.
17. Di manakah saya boleh membuat pembatalan atau hentikan langganan bundle?
Pembatalan hanya boleh dilakukan melalui aplikasi CelcomDigi dan tidak boleh dibuat melalui penyedia perkhidmatan penstriman.
18. Apakah yang akan berlaku selepas pembatalan atau hentikan langganan?
Langganan anda akan kekal aktif sehingga tamat kitaran bil semasa. Tiada caj tambahan akan dikenakan selepas itu.
Nota Penting:
- Pelanggan boleh melanggan lebih daripada satu StreamMORE Add-Ons (single atau bundle) selagi perkhidmatan penstriman tidak bertindih (overlap).
- Bundle dengan perkhidmatan penstriman yang bertindih (overlap) akan menggantikan langganan sedia ada serta-merta.
- Perkhidmatan penstriman individu tidak boleh diurus secara berasingan.
- Semua perubahan langganan perlu dibuat melalui aplikasi CelcomDigi.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article