Soalan Lazim: Polisi Penggunaan Saksama (FUP) untuk CelcomDigi Prepaid 5G Biru

Modified on Tue, 22 Oct at 10:05 AM

1. Apakah yang saya perlu ketahui mengenai Polisi Penggunaan Saksama (FUP) untuk Pas Tanpa Had baharu?

Semua Pas Tanpa Had tertakluk kepada Polisi Penggunaan Saksama (FUP). Setelah penggunaan sepenuhnya bagi Polisi Penggunaan Saksama (FUP), kelajuan Internet akan disekat kepada 512kbps sehingga tempoh pas tersebut tamat.

 

Berikut merupakan Polisi Penggunaan Saksama (FUP) yang dikenakan pada Pas Internet Tanpa Had:

Pas Tanpa Had
FUP
Setelah Digunakan Sepenuhnya FUP  
Mingguan
20GB
512kbps sehingga Pas Tanpa Had tamat
Bulanan
(Internet Tanpa Had ≤ 6Mbps)
80GB
Bulanan
(Internet Tanpa Had > 6Mbps)
200GB

 

2. Mengapakah kelajuan Tanpa Had dikurangkan menjadi 512 kbps?

Di CelcomDigi, kepuasan pelanggan ialah keutamaan kami. Kami akan memastikan semua pelanggan yang menggunakan rangkaian CelcomDigi dapat menikmati pengalaman sama rata dengan kualiti tertinggi.

 

Dengan kelajuan Internet 512kbps, pengguna masih boleh menikmati Internet yang lancar dengan aplikasi terpilih (YouTube, Instagram, Tik Tok, WhatsApp & Facebook) pada peranti mereka yang dioptimumkan apabila kelajuan Internet diturunkan kepada 512kbps.

 

Pelanggan CelcomDigi masih akan menikmati Internet tanpa had, tetapi pada kelajuan yang dikurangkan kepada 512kbps sehingga tamat tempoh pas tersebut.

 

3. Apakah pengalaman Internet dengan kelajuan 6Mbps, 3Mbps & 512kbps?

512 kbps
2 - 4 Mbps
4 - 6 Mbps
6 - 10 Mbps 
512 kbps membolehkan pengalaman pengguna yang baik untuk penstriman video pada definisi standard, aplikasi media sosial, pelayaran internet, dll dengan syarat aplikasi tersebut dioptimumkan.

Cukup untuk melayari web secara santai, termasuk menyemak e-mel. Cukup untuk menstrim video definisi standard, tetapi tidak disyorkan untuk menstrim video atau memuat turun kandungan.
Akan memberikan pengalaman melayari web yang baik. Biasanya cukup pantas untuk menstrim video definisi tinggi 720p, dan dapat memuat turun beberapa video dalam masa 20 minit pada kelajuan ini.
Biasanya memberikan pengalaman melayari web yang sangat baik. Secara umumnya, cukup pantas untuk menstrim video 1080p (definisi tinggi).

 

4. Apakah yang akan berlaku apabila Polisi Penggunaan Saksama (FUP) Pas Tanpa Had bulanan digunakan sepenuhnya sebelum tamat tempoh? Adakah saya akan dikenakan bayaran berdasarkan penggunaan?

Apabila FUP telah digunakan sepenuhnya untuk Pas Tanpa Had Bulanan, kelajuan akan dikurangkan kepada 512kbps sehingga Pas Tanpa Had tamat tempoh.

 

5. Apakah yang perlu saya ketahui berkaitan Panggilan Tanpa Had ke semua rangkaian bagi Pas Tanpa Had baharu?

  • Panggilan Tanpa Had terpakai kepada semua rangkaian dan untuk penggunaan domestik sahaja (iaitu pada rangkaian Malaysia) tidak termasuk panggilan video, panggilan kepada nombor bebas tol, atau pun nombor dengan caj khas (iaitu 1-300/1-800/600, 121, TM100, 1MOCC, panggilan IDD ke Singapura & panggilan IDD/sempadan ke Brunei).
  • Panggilan Tanpa Had ke semua rangkaian untuk Pas Tanpa Had adalah untuk panggilan atau mesej standard antara individu dan bukan untuk sebarang penggunaan komersial dan/atau bukan peribadi. Penggunaan tidak standard juga termasuk tetapi tidak terhad kepada panggilan tidak serentak, panggilan persidangan, penyediaan semula, penggunaan pusat panggilan, telepemasaran, penghantaran pesanan dalam jumlah besar, komunikasi aplikasi-ke-individu, penjanaan panggilan secara automatik, komunikasi mesin-ke-mesin (termasuk menggunakan kad SIM anda dalam sebarang peranti lain), Unit Pemintal Selular (CTU), atau sebarang aktiviti lain yang Celcom menganggap sebagai penggunaan bukan standard. Penggunaan yang berlebihan, komersial dan/atau bukan peribadi akan tertakluk pada kadar panggilan bayar setiap penggunaan.
  • CelcomDigi mempunyai hak untuk menggantung atau menamatkan Perkhidmatan, pelan, langganan data, suara atau panggilan anda pada bila-bila masa tanpa liabiliti  sekiranya terdapat alasan munasabah yang anda melanggar terma dan syarat.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article