Soalan Lazim: 5G Power 45 (3 bulan) dan 5G Power 45 (12 bulan)

Modified on Tue, 7 Jul at 11:16 AM

1. Siapakah yang layak melanggan 5G Power 45 (3 Months) dan 5G Power 45 (12 Months)?

5G Power 45 (3 Months) dan 5G Power 45 (12 Months) ialah pas tempoh sah panjang yang ditawarkan kepada pelanggan pelan prabayar CelcomDigi 5G Biru dan Kuning. 

 

2. Bagaimanakah saya boleh melanggan 5G Power 45 (3 Months) dan 5G Power 45 (12 Months)? 

Anda boleh melanggan melalui:

  • Dail *118# (UMB)
  • Aplikasi CelcomDigi
  • Kunjungi mana-mana kedai CelcomDigi yang sah 

 

3. Apakah tawaran yang disediakan?

Produk

5G Power 45 (3 Months)

5G Power 45 (12 Months)

Harga

RM109

RM389

Tempoh sah

90 hari

360 hari

Kuota Internet

Tanpa Had
 (FUP 250GB setiap bulan)

Tanpa Had
 (FUP 250GB setiap bulan)

Kelajuan

48Mbps

48Mbps

Panggilan

Tanpa Had

Tanpa Had

Hotspot

Tanpa Had (daripada kuota FUP data utama) 

Tanpa Had (daripada kuota FUP data utama)

 

4. Bilakah pas ini akan tamat tempoh selepas melanggan?

  • 5G Power 45 (3 Months): Pas akan tamat pada jam 11:59:59 malam pada hari ke-90 dari tarikh langganan.
  • 5G Power 45 (12 Months): Pas akan tamat pada jam 11:59:59 malam pada hari ke-360 dari tarikh langganan.

Sebarang baki manfaat yang tidak digunakan akan ditamatkan selepas pas ini tamat tempoh.

 

5. Adakah pembaharuan automatik tersedia untuk pas ini?

Ya. Pas ini akan diperbaharui secara automatik apabila tempoh sah tamat. Untuk memastikan pembaharuan yang berjaya, sila pastikan baki kredit anda cukup sebelum pas tamat tempoh.

 

6. Bagaimanakah FUP Internet bulanan 250GB berfungsi?

Tawaran ini tersedia dengan Internet Tanpa Had, tertakluk kepada Polisi Penggunaan Saksama (FUP) sebanyak 250GB setiap bulan. Kuota FUP 250GB akan diperbaharui setiap 30 hari bermula daripada tarikh langganan sepanjang tempoh sah pas.

 

7. Bilakah FUP Internet 250GB akan diperbaharui?

Kuota FUP Internet 250GB akan diperbaharui setiap 30 hari bermula dari tarikh langganan. Sebagai contoh, jika anda melanggan pada 15 Julai:

  • Kitaran pertama: 15 Julai – 13 Ogos
  • Kitaran kedua: 14 Ogos– 12 September
  • Kitaran ketiga: 13 September – 11 Oktober

Kitaran pembaharuan ini akan berterusan sehingga tawaran tamat tempoh.


8. Jika saya tidak menggunakan kuota FUP 250GB saya sepenuhnya dalam tempoh 30 hari, adakah baki yang tidak digunakan akan dibawa ke hadapan?

Tidak. Sebarang baki kuota FUP 250GB bulanan yang tidak digunakan tidak akan dibawa ke kitaran seterusnya. Baki tersebut akan ditamatkan dan kuota baharu sebanyak 250GB akan diberikan apabila kitaran diperbaharui.


9. Bolehkah saya mengumpul baki FUP Internet yang tidak digunakan daripada beberapa kitaran?

Tidak. Sebarang baki FUP Internet yang tidak digunakan daripada kitaran sebelumnya tidak boleh dikumpulkan atau dibawa ke hadapan.


10. Adakah saya boleh melakukan tethering / hotspot kepada peranti lain atau desktop?  

Ya. Penggunaan tethering/hotspot adalah dibenarkan dan akan ditolak daripada kuota Internet yang tersedia di bawah pas Internet anda.  

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article