Soalan Lazim: Tambah Nilai dan Tempoh Sah CelcomDigi Prepaid 5G Biru

Modified on Tue, 19 Mar at 2:42 PM

1. Apakah tempoh sah kredit untuk CelcomDigi Prepaid 5G Biru?

Setiap tambah nilai kredit RM1 bersamaan dengan 1 hari tempoh sah. Sila rujuk jadual di bawah:   

Jumlah Tambah Nilai (RM)
Tempoh Sah Akaun
5
5 hari
10
10 hari
30
30 hari
50
50 hari
200
1200 hari


Nota: Tempoh sah kredit akaun Prepaid akan dilanjutkan bermula pada tarikh tambah nilai yang berjaya. Bukan warganegara Malaysia akan dikenakan 6% SST apabila tambah nilai kredit. 

 

2. Apakah denominasi tambah nilai kredit?

Tambah nilai minimum ialah RM5 dan maksimum ialah RM200.

 

3. Di manakah saya boleh tambah nilai akaun Prepaid saya?

  1. Aplikasi Celcom Life
  2. Celcom Life Hub
  3. Platform eCommerce atau e-Wallet   
  4. Kios CelcomDigi Layan Diri
  5. Mesin ATM dan Perbankan Dalam Talian

 

4. Berapakah jumlah maksimum yang boleh saya simpan dalam akaun Prepaid saya?

Anda boleh menyimpan sehingga RM1,000 dalam akaun Prepaid anda pada bila-bila masa.


5. Apakah yang dimaksudkan dengan Tambah Nilai Automatik?

Tambah Nilai Automatik merupakan kemudahan tambah nilai kredit tanpa kerumitan, yang membolehkan anda tambah nilai akaun Prepaid anda secara automatik menggunakan kad kredit atau debit berdasarkan tarikh dan jumlah tambah nilai terpilih. Tambah Nilai Automatik tersedia untuk semua pengguna Prepaid dengan kad debit atau kredit Visa atau MasterCard keluaran tempatan. Langgan sekarang melalui aplikasi kami!

 

6. Bagaimanakah cara untuk melanggan atau membatalkan perkhidmatan Tambah Nilai Automatik?

Ikuti langkah mudah di bawah untuk melanggan/membatalkan Tambah Nilai Automatik:

Langkah 1: Log masuk ke aplikasi Celcom Life.

Langkah 2: Klik 'Penggunaan' dan pilih 'Kredit'

Langkah 3: Klik 'Auto-Reload'.

 

7. Bolehkah saya memilih tarikh dan jumlah yang diingini untuk Tambah Nilai Automatik?

Ya. Anda boleh menambah nilai daripada RM5 hingga RM100 pada mana-mana tarikh antara 1 hingga 28 haribulan. Anda boleh menukar jumlah dan tarikh tambah nilai pada bila-bila masa dan Tambah Nilai Automatik akan berkuat kuasa pada tarikh baru tersebut.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article