Panduan Penyelesaian

Modified on Thu, 12 Sep at 10:01 AM

1. Muat turun lampiran di bawah jika anda menggunakan iOS 12.1.2

Jika anda pengguna Yoodo (oleh CelcomDigi) yang sedang menggunakan iOS 12.1.2 dan ingin menggunakan Roam Like Home, muat turun lampiran di bawah terlebih dahulu.


Buat masa sekarang, iOS 12.1.2 terkunci pada APN Celcom.


Dengan memuat turun fail ini, APN anda akan ditukarkan kepada APN Yoodo dan akan menyelesaikan apa-apa isu yang anda mungkin hadapi jika anda mahu menggunakan Roam Like Home di masa hadapan.

  1. Untuk memuat turun, ia perlu dilakukan melalui pelayar Safari. Muat turun melalui Chrome atau sebarang pelayar lain tidak akan berjaya dilakukan (dan sudah tentu, muat turun perlu dilakukan menggunakan peranti iOS).
  2. Setelah muat turun, anda perlu menekan pilihan 'Install'.


2.  Bagaimana boleh saya mengehadkan penggunaan data saya?

Berikut adalah beberapa cara anda boleh mengurus penggunaan data anda dengan mudah:

  • Tutup mana-mana aplikasi yang anda tak guna
  • Buang aplikasi-aplikasi yang jarang anda guna atau tak guna lagi
  • Tonton filem dalam talian menggunakan sambungan Wi-Fi rumah anda
  • Dapatkan sambungan ke hotspot Wi-Fi (lebih selamat gunakan data jika anda membuat perbankan dalam talian)
  • Tutup data talian bimbit apabila kuota data anda makin berkurangan
  • Padamkan pengemaskinian automatik untuk aplikasi-aplikasi anda (sebaliknya, gunakan sambungan Wi-Fi untuk pengemaskinian)
  • Ubah tetapan email anda ke 'Fetch' dari 'Push' dalam tetapan sistem telefon/email anda


3. Cepatnya data saya habis! Apa yang terjadi?

Ada beberapa kemungkinan. Data digunakan bila anda:

  • Strim video atau muzik dari Facebook, YouTube atau Spotify
  • Ada banyak aplikasi yang tidak ditutup
  • Bermain aplikasi mainan yang mengandungi iklan-iklan pop-up
  • Menggunakan aplikasi-aplikasi seperti Waze dan Google Maps
  • Menonton filem dalam talian
  • Gunakan telefon anda sebagai hotspot Wi-Fi
  • Mengirim email yang mengandungi lampiran saiz besar
  • Membenarkan aplikasi-aplikasi seperti Instagram untuk memuatnaik gambar dan video
  • Bertukar ke data secara automatik apabila anda meninggalkan sambungan Wi-Fi


4. Kenapa telefon saya tidak mendapat isyarat?

Jika anda sedang mengalami gangguan dengan rangkaian Yoodo (oleh CelcomDigi), ambil langkah-langkah berikut:

Langkah 1Periksa status rangkaian anda - mungkin ada isu perkhidmatan atau penyelenggaran sedang dilakukan.

Langkah 2: Reset sambungan rangkaian anda dengan memadamkan telefon anda seketika.

Langkah 3: Periksa SIM anda untuk sebarang kerosakan dengan mecubanya dalam telefon yang lain.

Langkah 4: Pesan SIM ganti dari aplikasi Yoodo (oleh CelcomDigi).


Penting: Menukar-ganti SIM anda tidak akan menyelesaikan sebarang masalah dengan rangkaian talian anda. Sebab itu anda perlu memeriksa sambungan dan status rangkaian talian anda terlebih dahulu.


5. Saya telah kehilangan SIM dan/atau telefon saya. Apakah yang perlu saya lakukan?

Anda boleh menyahaktifkan SIM anda dengan memuat turun aplikasi Yoodo (oleh CelcomDigi) pada peranti yang lain, dan log masuk ke akaun anda untuk menguruskan talian atau dengan memaklumkan kepada pasukan khidmat pelanggan kami.


6. Kenapa saya tak boleh memasuki akaun saya di laman web/aplikasi Yoodo (oleh CelcomDigi)?

Ia mungkin terjadi disebabkan 2 perkara:

  • Tiada liputan rangkaian buat masa tersebut
    Sila periksa jika telefon anda menerima liputan rangkaian 3G/4G.
  • Anda mungkin terlupa kata laluan anda
    Klik 'Terlupa kata laluan?' dan ikuti langkah yang diberikan untuk mendapatkan kata laluan yang baru. Sila gunakan pelayar Chrome untuk membuka e-mel yang dihantar oleh Yoodo (oleh CelcomDigi) bagi penetapan kata laluan yang baru.
    Sekiranya gagal, hubungi pasukan khidmat pelanggan kami.


7. Bagaimana saya mengubah tetapan profil saya?

Maaf, tetapan profil anda (termasuk nama, alamat anda) tidak boleh ditubah melalui aplikasi Yoodo (oleh CelcomDigi). Sila hubungi pasukan khidmat pelanggan kami untuk bantuan.

 

8. Aplikasi tidak dapat memadankan gambar kad pengenalan saya dengan swafoto saya walaupun saya telah cuba beberapa kali. Tolong!

Anda hanya perlu mengikut langkah-langkah ini untuk menyelesaikannya:

  • Sila pastikan terdapat pencahayaan yang mencukupi di tempat yang anda berada.
  • Sila pastikan juga fungsi autofokus pada kamera telefon anda telah diaktifkan semasa melakukan swafoto.
  • Tanggalkan topi atau cermin mata yang anda sedang pakai.
  • Pastikan anda meletakkan kad pengenalan anda di dalam kotak yang disediakan dalam aplikasi dengan betul.
  • Baca arahan yang disediakan dengan teliti.

Jika anda masih mengalami masalah dalam pengesahan identiti anda, sila hubungi pasukan khidmat pelanggan kami untuk bantuan.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article