Apakah tips dan bantuan perantauan yang perlu saya ketahui?

Modified on Thu, 18 Dec at 2:41 PM

Sebelum Perjalanan


1. Beli Pas Perantauan yang sesuai dengan keperluan anda

  • Cari Pas perantauan anda di laman web CelcomDigi atau aplikasi CelcomDigi.
  • Beli Pas perantauan pilihan anda melalui aplikasi CelcomDigi. 


Jika tiada pas perantauan dibeli, Daily Roaming Pass akan diaktifkan secara automatik untuk pelanggan Pascabayar apabila data roaming dikesan. Ini membantu melindungi anda daripada caj “pay-as-you-use”.

Nota: Anda boleh membeli pas perantauan seawal 14 hari sebelum perjalanan melalui aplikasi CelcomDigi. 

2. Matikan mel suara untuk mengelakkan sebarang caj

Mel suara boleh dikenakan caj perantauan walaupun panggilan tidak dijawab. Jika anda tidak menjangkakan panggilan atau tidak mahu menerima panggilan semasa melancong, kami menggalakkan untuk mematikan mel suara anda. Klik di sini untuk mengetahui cara-cara untuk mematikan mel suara.


3. Pastikan anda mempunyai had kredit yang mencukupi

Sebelum memulakan perjalanan, sila pastikan anda mempunyai had kredit yang mencukupi untuk mengelakkan talian anda disekat semasa di luar negara. 

  • Prabayar: Pastikan anda mempunyai baki kredit yang mencukupi
  • Pascabayar: Pastikan had kredit anda tidak melebihi. 


Kami syorkan semak baki kredit atau had kredit melalui aplikasi CelcomDigi sebelum perjalanan. Jika perlu, anda boleh memohon peningkatan had kredit melalui WhatsApp. Proses ini mengambil masa sehingga 24 jam untuk berkuat kuasa.


4. Sila peka terhadap sekatan perantauan di negara yang anda lawati

Jika anda tidak dapat mengakses perkhidmatan Internet atau panggilan suara semasa perantauan, ini mungkin disebabkan oleh sekatan yang dikenakan oleh rangkaian negara atau sekatan kerajaan. Sila baca disini untuk kawasan pengecualian.


5. Fahami Caj Panggilan Suara 

  • Nikmati 15 minit panggilan suara percuma, termasuk panggilan ke Malaysia, panggilan dalam negara destinasi, dan panggilan masuk.
  • Selepas 15 minit digunakan, caj standard “pay-per-use” akan dikenakan. Lihat senarai penuh kadar panggilan roaming di sini


Semasa Perjalanan


1. Mulakan Perantaun

Pengaktifan Pas perantauan adalah automatik. Pastikan Data Roaming dihidupkan apabila tiba di negara destinasiKlik di sini untuk panduan cara mengaktifkan roaming.


Sekiranya anda belum membeli Pas perantauan, anda masih boleh beli sebaik tiba di destinasti:

  • Jika anda mempunyai Wi-Fi: Beli Pas perantauan melalui aplikasi CelcomDigi.
  • Jika anda tidak mempunyai akses Internet: Beli Pas perantauan dengan mendail *800#.


Nota: Jika anda pelanggan Pascabayar dan tidak bercadang membeli pas Perantauan, kami sarankan untuk matikan Data Roaming. Jika Data Roaming dihidupkan tanpa pas Perantauan aktif, Daily Roaming Pass (RM39/hari) akan diaktifkan secara automatik apabila data roaming dikesa

 

2. Panggilan ke luar negara

Untuk membuat panggilan semasa roaming, dail +<Kod Negara><Nombor Telefon>, kemudian tekan panggil. Ini memastikan panggilan tersambung dengan betul.  Klik di sini untuk melihat kadar caj.

 

3. Penyelesaian kendiri

Jika anda menghadapi masalah melayari Internet semasa perantauan, pastikan Nama Titik Akses atau "Access Point Name" (APN) pada peranti anda adalah betul dan data roaming diaktifkan. Jika anda masih tidak dapat menggunakan roaming, sila rujuk di sini untuk panduan penyelesaian masalah kendiri.


4. Hubungi kami untuk bantuan semasa perantauan

Sekiranya anda menghadapi sebarang isu semasa perantauan, sila hubungi khidmat pelanggan 24 jam kami dengan mendail *125# atau chat dengan kami melalui WhatsApp.


5. Mengoptimumkan penggunaan data perantauan anda  

Mod Data Rendah (iOS) dan Penjimat Data (Android) membantu kawal penggunaan data dengan mengurangkan aktiviti latar belakang dan mengehadkan penggunaan data oleh aplikasi. Sesuai untuk pelan terhad, sambungan perlahan, atau jika ingin data roaming tahan lebih lama.  


Cara untuk aktifkan:

  • iOS: Pergi ke 'Tetapan' > 'Selular' > 'Pilihan Data Selular' > 'Mod Data' > 'Mod Data Rendah'.  
  • Android: Pengaktifan 'Penjimat Data’ adalah berbeza mengikut model peranti. Sila rujuk panduan untuk jenama peranti anda bagi arahan lanjut.


6. Roaming Pass & Add-On
Semua Pas Perantauan Unlimited datang dengan kuota Internet berkelajuan tinggi harian. Jika kuota habis, anda boleh beli Roaming Add-On semasa pass masih aktif. Caj tambahan akan dikenakan mengikut add-on dipilih.

 
Selepas Perjalanan


1. Matikan data roaming

Jika anda tinggal berhampiran kawasan sempadan seperti Singapura, Thailand atau Indonesia, sila pastikan data roaming dalam tetapan peranti anda dimatikan bagi mengelakkan dikenakan caj kerana disambungkan ke rangkaian roaming. Klik di sini untuk mengetahui cara mematikan data roaming pada peranti anda.


2. Tidak perlu membatalkan langganan pas perantauan sekali guna (one-time roaming pass)

Jika anda telah membeli pas perantauan sekali guna, tiada tindakan lanjut diperlukan selepas perjalanan kerana pas tidak diperbaharui secara automatik. 


Untuk elakkan sambungan ke rangkaian luar negara, pastikan Data Roaming dimatikan, terutamanya di kawasan sempadan.


Untuk maklumat lanjut mengenai perantauan, sila klik di sini.


Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article