Soalan Lazim: Pas Perantauan Haji Tanpa Had 50-Hari

Modified on Wed, 1 Apr at 2:03 PM

1. Apakah itu Pas Perantauan Haji Tanpa Had 50-Hari?

Pas Perantauan Haji Tanpa Had 50-Hari adalah tawaran perantauan terhad yang menyediakan ketersambungan lancar selama 50 hari sepanjang musim Haji.


Tawaran ini boleh dilanggan dari 1 April sehingga 30 Jun 2026.

HargaRM148
Kuota DataData tanpa had (150GB internet laju, sah selama 50 hari)
Panggilan SuaraPercuma 30-Minit panggilan suara termasuk: 
  • Panggilan balik ke Malaysia
  • Panggilan diterima dari Malaysia
Negara
Saudi Arabia
Operator RangkaianSTC
Mobily
Zain
Tempoh Sah50 Hari

Nota: Tempoh sah bermula apabila sambungan pertama dengan rangkaian roaming di Arab Saudi dikesan.


2. Siapakah yang boleh melanggan tawaran ini?

Pas Perantauan Haji tersedia untuk:

  • Pelanggan CelcomDigi sedia ada(Pascabayar dan Prabayar). 
  • Pelanggan baru, dapatkan Pelan Haji Tanpa Had 50 Hari CelcomDigi Prepaid melalui eSIM atau kad fizikal di sini.


3. Bagaimana untuk membeli Pas Perantuan Haji dan bila saya boleh membelinya?

  • Pelanggan CelcomDigi sedia ada boleh membeli pas ini melalui Aplikasi CelcomDigi. 
  • Anda boleh melanggan dari 1 April hingga 30 Jun dan pas hanya akan diaktifkan apabila penggunaan pertama dibuat di Arab Saudi. 


Saluran Cara Pembelian
Aplikasi CelcomDigi

Langkah 1: Log masuk ke Aplikasi CelcomDigi 

Langkah 2: Klik ‘Shop’ 

Langkah 3: Di bawah bahagian ‘Connecting Across Border’, pilih ‘Hajj’ 

Langkah 4: Klik Pas Haji Tanpa Had 50 Hari untuk pembelian 

Langkah 5: Klik ‘Confirm’ 


Sebagai alternatif, anda boleh membelinya dengan mendail *800# selepas tiba di negara destinasi. Tiada fungsi pra-tempahan melalui *800#.

Anda boleh melanggan lebih awal semasa masih berada di Malaysia. Pas hanya akan diaktifkan apabila sambungan pertama dengan rangkaian roaming di Arab Saudi dikesan
dan tempoh sah akan bermula dari tarikh pengaktifan tersebut.


Pelanggan baru boleh membeli Pakej Haji melalui saluran berikut:

  1. Kedai CelcomDigi di acara Kursus Perdana
  2. Mana-mana Kedai CelcomDigi di seluruh negara
  3. Kedai Atas Talian CelcomDigi (pembelian eSIM tersedia)

Nota: Caj SIM RM5 dikenakan untuk pembelian Pakej SIM Haji.


4. Jika saya telah mencapai kuota 150GB internet pantas, adakah saya masih boleh menggunakan Internet semasa perantauan tanpa caj tambahan?
Ya, anda masih boleh menikmati Internet tanpa had tanpa caj tambahan. Setelah kuota berkelajuan tinggi 150GB digunakan sepenuhnya, kelajuan Internet akan dikurangkan kepada 1Mbps.  


5. Adakah Pas Haji Tanpa Had 50 Hari diperbaharui secara automatik? Boleh beli lebih dari satu pas?
Tidak, pas ini tidak diperbaharui secara automatik selepas 50 hari dan perlu dibeli semula. Anda boleh membeli lebih daripada satu pas, dan tempoh sah semua pas akan berjalan serentak. 


6. Bolehkah saya menggunakan pas ini jika transit di Singapura atau negara lain?

Tidak. Tawaran ini hanya sah digunakan di Arab Saudi.

Jika penggunaan Internet dikesan semasa transit di negara lain, Daily Roaming Pass RM39 akan diaktifkan secara automatik.


7. Adakah terdapat sebarang add-on tambahan untuk pas ini?
Ya, anda boleh membeli add-on untuk data dan panggilan suara tambahan:

  • Add-on Data: RM10 untuk 5GB sah selama 24 jam
  • Add-on Suara: RM20 untuk 15 minit panggilan ke Malaysia dan dalam Arab Saudi sah selama 24 jam

Nota: Panggilan dikira berdasarkan blok 60 saat.


8. Bolehkah saya membeli pas perantauan lain? Apa akan berlaku kepada pas sedia ada saya?

Ya, anda boleh. Pas sedia ada anda akan kekal aktif.


9. Apakah yang perlu saya lakukan jika menghadapi masalah semasa perantauan?

Jika anda menghadapi sebarang masalah semasa perantauan, anda boleh menghubungi Sokongan pelanggan 24 jam percuma melalui saluran berikut:

  • Hubungi melalui WhatsApp untuk bantuan pantas
  • Dail *125# untuk bantuan

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article