Soalan Lazim: Pelan CelcomDigi Postpaid 5G 2026
Modified on Thu, 5 Feb at 3:00 PM
1. Apakah pelan CelcomDigi Postpaid yang baharu?
CelcomDigi Postpaid 5G 2026 menawarkan Internet tanpa had pada kelajuan tanpa had bermula dari RM120/sebulan, telefon 5G percuma, diskaun 50% untuk pas perantauan, serta faedah keselamatan dan hiburan terbina dalam. Pelanggan boleh memilih mana-mana pelan baharu CelcomDigi Postpaid 5G 2026 sebagai pelan talian tambahan, dengan talian tambahan tersebut menikmati faedah yang sama seperti pelan talian utama, tidak termasuk Pakej MegaJimat dan Easy360. Pelanggan juga boleh menikmati diskaun sehingga 50% bagi pelan talian tambahan, selain akses kepada rangkaian peranti 5G premium yang paling luas.
2. Apakah kelajuan muat turun untuk setiap tahap kelajuan 5G di bawah pelan CelcomDigi Postpaid 5G 2026?
Berikut adalah kelajuan muat turun untuk tahap kelajuan 5G Essential, Advance, Premium & Ultimate.
Tahap Kelajuan 5G | Kelajuan Muat Turun Maksimum |
Essential | 100Mbps |
Advance | 300Mbps |
Premium | 500Mbps |
Ultimate | Maximum |
3. Dengan pelancaran pelan CelcomDigi Postpaid 5G 2026, adakah anda akan hentikan pelan CelcomDigi Postpaid 5G terdahulu?
Ya, kesemua pelan CelcomDigi Postpaid 5G terdahulu akan dihentikan. Kami mencadangkan anda untuk mendaftar dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G 2026 yang baharu untuk menikmati nilai terbaik pada pelan pascabayar anda. Pelan CelcomDigi Postpaid 5G baharu tersedia dengan harga permulaan RM45/bulan.
4. Saya telah melanggan ke pelan CelcomDigi Postpaid sebelum 5 Februari 2026. Bolehkah saya melanggan peranti baharu dengan Pakej MegaJimat atau Easy360?
Tidak, anda perlu menaik taraf pelan anda kepada pelan CelcomDigi 5G 2026 untuk melanggan peranti baharu.
5. Apakah caj pelan bulanan dan pilihan kontrak yang ditawarkan?
Pelan CelcomDigi Postpaid 5G baharu bermula denga harga serendah RM45 sehingga RM190 sebulan, dengan pilihan kontrak peranti, Freedom Add-Ons & Mega Add-Ons. Sila layari laman web CelcomDigi Postpaid untuk maklumat lanjut.
6. Pelan Family tidak lagi kelihatan di laman web. Bagaimanakah pelan tambahan berfungsi dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G 2026 yang baharu?
Seiring dengan pengenalan pelan Postpaid 2026 yang baharu:
- Semua pelan Keluarga sedia ada telah dihentikan.
- Anda kini boleh memilih mana-mana pelan CelcomDigi Postpaid 5G 2026 yang baharu sebagai pelan tambahan anda.
- Pelanggan yang melanggan pelan tambahan CelcomDigi Postpaid 5G 2026 baharu akan menikmati semua manfaat pelan yang sepadan, kecuali akses kepada Pakej MegaJimat, Easy360 dan talian tambahan seterusnya.
- Pelan Utama CelcomDigi Postpaid 5G 2026 yang layak untuk diskaun talian tambahan, akan menikmati potongan sehingga 50% untuk komitmen bulanan bagi talian tambahan.
- Talian tambahan harus didaftar dibawah pelan Utama CelcomDigi Postpaid 5G 2026 yang aktif.
Pelan CelcomDigi Postpaid 5G 2026 | ||||||||
Pelan Utama | 45 SE | 65 SE | 80 | 100 | 120 | 140 | 160 | 190 |
Jumlah Talian Tambahan | N/A | N/A | 3 talian | 6 talian | 6 talian | |||
Pelan yang layak untuk Talian Tambahan | N/A | N/A | Mana-mana pelan Postpaid SE atau Postpaid 5G 2026 | |||||
Diskaun Talian Tambahan | N/A | N/A | 10% | 50% | ||||
7. Adakah pelanggan talian tambahan menikmati faedah yang sama seperti pelanggan talian utama?
Ya, semua talian tambahan menikmati faedah yang sama seperti talian utama dengan nilai yang setara, termasuk diskaun perantauan 50%, keselamatan dan hiburan yang disertakan, kecuali faedah kontrak peranti yang hanya ditawarkan kepada talian utama. Sila layari laman web CelcomDigi Postpaid untuk maklumat lanjut.
8. Pelan CelcomDigi Postpaid 5G 2026 yang manakah boleh menambah talian tambahan, dan pelan manakah yang boleh dipilih sebagai talian tambahan?
Hanya pelan CelcomDigi Postpaid 5G 80 2026 dan ke atas layak untuk mendaftar talian tambahan. Setelah anda mempunyai pelan utama yang aktif dan layak, semua pelan CelcomDigi Postpaid 5G 2026 boleh ditambah sebagai talian tambahan, dengan diskaun yang berkenaan.
9. Saya baru melanggan ke pelan tambahan GadgetSIM. Adakah saya layak untuk menikmati faedah diskaun talian tambahan?
Tidak, hanya pelan tambahan CelcomDigi Postpaid 5G layak untuk menikmati diskaun talian tambahan.
10. Saya merupakan pelanggan Digi sedia ada dengan tawaran Roam Like Home tanpa kontrak. Adakah saya masih boleh menikmati tawaran ini jika menukar kepada pelan CelcomDigi Postpaid 5G 2026?
Tidak, tawaran Roam Like Home akan ditamatkan sekiranya anda menukar kepada pelan CelcomDigi Postpaid 5G 2026. Sebagai gantinya, anda boleh menikmati Pas Perayauan Tanpa Had selama 3 hari dengan hanya RM24(HRD: RM48) bagi pelan CelcomDigi Postpaid 5G 120 2026 dan ke atas. Sila rujuk pada Terma & Syarat di sini untuk senarai penuh pas perantauan yang layak.
11. Bolehkah saya melanggan WatchSIM pada jam pintar saya dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G 2026?
Ya, anda boleh melanggan WatchSIM dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G 2026. Jika anda mempunyai langganan NUMBERshare atau AirSIM sedia ada, anda perlu menamatkan langganan tersebut dan mendaftar WatchSIM baharu sebelum boleh terus menikmati perkhidmatan ini dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G 2026.
12. Bagaimana cara untuk menikmati faedah Sekuriti & Hiburan?
Sila rujuk disini.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article