Soalan Lazim: Pelancaran Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra/Fold8/Flip8 5G
Modified on Mon, 17 Aug at 10:00 AM
1. Bilakah saya boleh membuat pembelian Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra/Fold8/Flip8 5G?
Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra/Fold8/Flip8 5G dengan Easy360 akan tersedia untuk pembelian dari 10:00 pagi pada 14 Ogos 2026 melalui laman web CelcomDigi, selagi stok masih ada.
2. Apakah manfaat mendaftar sepanjang tempoh pelancaran?
Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra/Fold8/Flip8 5G tersedia untuk pembelian daripada pelan CelcomDigi Postpaid 5G 100 2026 dan ke atas. Pelanggan yang melanggan pelan CelcomDigi terpilih akan menikmati pakej eksklusif pelancaran (selagi stok masih ada) seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah. CelcomDigi berhak untuk menggantikan atau menukar hadiah promosi tanpa notis terlebih dahulu.
a. Samsung Galaxy Z Flip8 5G
| Pakej A | Pakej B |
Pelan yang Layak |
|
|
Pakej Tawaran
|
|
|
b. Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra 5G atau Samsung Galaxy Z Fold8 5G
| Pakej A | Pakej B |
Pelan yang Layak |
|
|
Pakej Tawaran – Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra 5G |
|
|
Pakej Tawaran – Samsung Galaxy Z Fold8 5G
|
|
|
Ganjaran Tambahan Kempen
Pelanggan yang mendaftar untuk mana-mana Samsung Galaxy Z Flip8 atau siri Samsung Galaxy Z Fold8 bersama CelcomDigi Postpaid 5G 140 2026 dan ke atas dalam tempoh pra-tempahan juga layak menyertai Kempen Mega Gegar 20 Juta serta menikmati rebat peranti RM20 sebulan selama 24 bulan, tertakluk kepada terma dan syarat kempen.
3. Siapakah yang layak untuk kempen ini?
Kempen ini terbuka kepada:
- Pelanggan baharu (termasuk pelanggan port-in dan pelanggan yang bertukar daripada prabayar ke pascabayar).
- Pelanggan sedia ada CelcomDigi yang tidak mempunyai kontrak aktif serta tiada sekatan akaun atau sekatan panggilan.
4. Bolehkah pelanggan sedia ada yang masih mempunyai kontrak aktif membuat pembelian?
Tidak. Pelanggan yang masih terikat dengan kontrak aktif tidak layak untuk menikmati tawaran ini.
5. Bagaimanakah saya boleh menebus tawaran ini?
Anda boleh menebus tawaran ini dengan mengunjungi Kedai CelcomDigi yang berdekatan atau laman web CelcomDigi.
6. Jika saya layak untuk menerima Samsung 55" UHD 4K Smart TV 2026, bagaimanakah cara untuk saya menebusnya?
Anda akan menerima kod baucar daripada CelcomDigi menerusi WhatsApp (016-333 8888) daripada 1 September 2026. Sebaik sahaja anda menerima kod baucar tersebut, sila ikuti arahan yang diberikan dalam mesej WhatsApp berkenaan untuk menebus Samsung 55" UHD 4K Smart TV 2026 anda dalam tempoh 30 hari.
7. Bila saya akan menerima Samsung 55" UHD 4K Smart TV 2026?
TV tersebut akan dihantar dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh anda berjaya melengkapkan penebusan, mengikut arahan yang diberikan dalam mesej WhatsApp.
8. Adakah TV Samsung ini dilindungi waranti?
Ya. TV Samsung 55" UHD 4K Smart TV 2026 ini dilengkapi dengan 24 bulan waranti daripada pengilang Samsung.
Untuk pertanyaan mengenai waranti, sila hubungi Samsung:
- Careline Samsung: 1800-88-9999
- Kunjungi mana-mana Pusat Perkhidmatan Samsung
Diskaun Sehingga 50% untuk Produk Samsung Terpilih dengan Samsung Endless Aisle
9. Bagaimanakah saya boleh menikmati diskaun sehingga 50% untuk produk Samsung terpilih?
Pelanggan yang membeli mana-mana Samsung Galaxy Z Flip8 atau siri Samsung Galaxy Z Fold8 bersama Easy360 layak membeli aksesori Samsung terpilih dengan diskaun sehingga 50% melalui Samsung Endless Aisle (EA) di Kedai CelcomDigi.
10. Bagaimanakah cara untuk menebus tawaran ini?
Selepas melengkapkan pesanan anda, anda akan menerima e-mel pengesahan daripada CelcomDigi (no-reply@support.celcomdigi.com) dengan subjek "Payment Successful".
Untuk menebus tawaran Purchase with Purchase (PWP) anda, kunjungi mana-mana kedai CelcomDigi yang berkenaan dan tunjukkan resit pra-tempahan anda.
Nota:
- Penebusan mesti dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh pembelian.
- Setiap resit pembelian hanya layak untuk satu kali penebusan.
11. Bagaimanakah cara untuk saya menebus tawaran ini sekiranya saya membeli peranti di Kedai CelcomDigi?
Sila berhubung dengan pakar jualan Kedai CelcomDigi kami untuk maklumat lanjut tentang cara menebus tawaran tersebut.
Bonus Tukar Beli RM100 Kredit ke Bil Pascabayar
12. Bagaimanakah saya boleh menikmati tambahan RM100 pada nilai tukar beli (trade-in) saya?
Pilih pilihan "Drop-Off" dan "Credit to Postpaid Bill" dalam aplikasi CelcomDigi Trade-In untuk menerima tambahan RM100 di atas nilai tukar beli peranti anda. Lengkapkan proses tukar beli anda selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2026 untuk mengekalkan nilai tukar beli yang telah dikunci.
Contoh: Jika nilai tukar beli peranti anda ialah RM900 dan anda memilih untuk mengkreditkan nilai tersebut ke bil pascabayar anda, anda akan menerima tambahan RM100, menjadikan jumlah keseluruhan nilai tukar beli anda RM1,000.
13. Bagaimanakah cara untuk tukar beli peranti saya?
Muat turun aplikasi CelcomDigi Trade-In yang terkini, jalankan pemeriksaan kesihatan peranti dan anda akan menerima anggaran nilai tukar beli dengan serta-merta. Selepas anda bersetuju dengan nilai yang ditawarkan, ikuti sahaja langkah-langkah dalam aplikasi untuk melengkapkan proses tukar beli anda.
14. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program tukar beli CelcomDigi?
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article