Soalan Lazim: Peraduan CelcomDigi Mega Gegar 20 Juta
Modified on Thu, 23 Jul at 10:00 AM
Soalan Lazim Umum
1. Apakah Peraduan CelcomDigi Mega Gegar 20 Juta?
Peraduan CelcomDigi Mega Gegar 20 Juta adalah peluang anda untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM20 Juta! Hanya lengkapkan transaksi yang layak semasa tempoh peraduan dan ikuti mekanik peraduan untuk peluang anda menang. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Terma dan Syarat Peraduan.
2. Apakah tempoh kempen bagi peraduan CelcomDigi Mega Gegar 20 Juta?
Peraduan akan berlangsung dari 23 Julai hingga 30 September 2026. Pastikan anda melengkapkan transaksi yang layak dalam tempoh peraduan untuk berpeluang memenangi hadiah.
3. Siapakah yang boleh menyertai peraduan CelcomDigi Mega Gegar 20 Juta?
Semua pelanggan CelcomDigi warganegara Malaysia yang:
- berumur sekurang-kurangnya 18 tahun;
- melengkapkan sekurang-kurangnya 1 transaksi yang layak sepanjang tempoh peraduan;
- tidak mempunyai sebarang bayaran tertunggak dengan CelcomDigi; dan
- memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan dalam Terma dan Syarat Peraduan.
4. Bagaimana jika saya mempunyai bayaran tertunggak pada akaun CelcomDigi saya?
Untuk kekal layak, akaun CelcomDigi anda mestilah aktif dan berada dalam status yang baik. Pelanggan yang mempunyai bayaran tertunggak, akaun yang digantung, disekat atau ditamatkan, atau yang tidak memenuhi syarat kelayakan tidak layak untuk menyertai peraduan.
5. Bagaimanakah cara untuk menyertai peraduan ini?
Langkah 1: Lengkapkan transaksi semasa tempoh peraduan.
Langkah 2: Muat turun dan log masuk ke aplikasi CelcomDigi menggunakan nombor telefon yang digunakan semasa membuat transaksi.
Langkah 3: Pastikan anda tidak mempunyai sebarang tunggakkan bayaran dengan CelcomDigi.
Langkah 4: Semak SMS daripada 22228MYCD untuk mengetahui sama ada anda telah dipilih untuk menyertai peraduan ini. Kami akan memaklumkan kitaran penyertaan anda serta masa yang ditetapkan untuk anda menjawab soalan kelayakan.
Langkah 5: Jawab soalan kelayakan dengan betul dalam aplikasi CelcomDigi dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Langkah 6: Peserta terpantas yang menjawab semua soalan dengan betul akan memenangi hadiah!
6. Bagaimanakah tempoh transaksi dan kitaran peraduan berfungsi?
Setiap kitaran mempunyai tempoh transaksi yang layak tersendiri. Hanya lakukan transaksi yang layak dalam tempoh yang ditetapkan untuk melayakkan diri menyertai kitaran tersebut.
| Kitaran | Tempoh Transaksi yang Layak | Tarikh Kitaran |
| Kitaran 1 | 23 Julai 2026 hingga 9 Ogos 2026 (termasuk kedua-dua tarikh) | 13 Ogos 2026 |
| Kitaran 2 | 10 Ogos 2026 hingga 30 Ogos 2026 (termasuk kedua-dua tarikh) | 3 September 2026 |
| Kitaran 3 | 31 Ogos 2026 hingga 20 September 2026 (termasuk kedua-dua tarikh) | 23 September 2026 |
| Kitaran 4 | 21 September 2026 hingga 30 September 2026 (termasuk kedua-dua tarikh) | 7 Oktober 2026 |
| Kitaran 5 | 23 Julai 2026 hingga 30 September 2026 (termasuk kedua-dua tarikh) | 9 Oktober 2026 |
6. Apakah transaksi yang layak untuk menyertai peraduan ini?
Anda boleh menyertai peraduan ini dengan melengkapkan mana-mana transaksi yang layak daripada Nationwide Sale CelcomDigi Mega Gegar 20 Juta dan/atau transaksi berikut:
- CelcomDigi Prepaid: Pendaftaran baharu, MNP atau naik taraf pelan kepada tawaran prepaid mobile internet yang layak dengan nilai transaksi minimum RM30, tidak termasuk pembaharuan langganan.
- CelcomDigi Postpaid dan CelcomDigi One: Pendaftaran baharu, MNP, pertukaran daripada prepaid ke postpaid atau naik taraf pelan kepada pelan CelcomDigi Postpaid 5G 2026 atau CelcomDigi One 2026 yang layak dengan bayaran komitmen bulanan minimum RM50.
- Kontrak Peranti dan Perkhidmatan: Langganan baharu atau pengaktifan kontrak peranti Easy360, kontrak peranti Pakej MegaJimat, Freedom Add-Ons atau Mega Add-Ons.
- Add-Ons Perkhidmatan Lain dan Perkhidmatan Nilai Tambah (Value-Added Services): Pembelian baharu pas internet, pas perantauam sekali guna (one-time roaming pass), langganan hiburan, keselamatan atau PhoneCARE dengan nilai transaksi minimum RM20.
7. Apakah hadiah yang saya boleh menangi dan berapa kerap saya boleh memenanginya?
Terdapat banyak hadiah menarik untuk dimenangi sepanjang peraduan ini. Pemenang akan dipilih berdasarkan kitaran peraduan berikut:
Kitaran | Hadiah | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Kitaran 1 hingga 4 | Jumlah Pemenang yang Layak: 74,224 Pemenang
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kitaran 5 – Senarai Peserta Terpilih ke Grand Finale | Jumlah Pemenang yang Layak: 40 Pemenang
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Untuk maklumat lanjut berkenaan hadiah, sila rujuk Terma dan Syarat Peraduan.
8. Bolehkah saya menyertai atau memenangi hadiah lebih daripada sekali?
Setiap peserta yang layak hanya boleh memenangi 1 hadiah sepanjang Kitaran 1 hingga 4. Kitaran Grand Finale 5 akan melibatkan semua peserta yang layak dan pemenang peraduan daripada Kitaran 1 hingga 4.
9. Bagaimanakah pemenang dipilih?
Pemenang berpotensi akan dipilih berdasarkan:
- Menjawab soalan yang dikemukakan oleh CelcomDigi dengan betul;
- Menghantar jawapan yang betul dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Jawapan betul yang diterima paling pantas akan menerima kedudukan tertinggi dan mempunyai peluang terbaik untuk memenangi hadiah yang tersedia bagi kitaran berkenaan.
10. Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk menerima hadiah saya?
Semua hadiah akan diserahkan selepas tempoh peraduan tamat, selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2026.
11. Di manakah saya boleh mendapatkan Terma dan Syarat penuh peraduan?
Anda boleh mendapatkan Terma dan Syarat Peraduan yang penuh di sini.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article