Soalan Lazim: CelcomDigi Mega Gegar 20 Juta Nationwide Sales
Modified on Thu, 23 Jul at 10:00 AM
Soalan Lazim Umum
1. Apakah CelcomDigi Mega Gegar 20 Juta Nationwide Sale?
Kempen ini merupakan kempen untuk tempoh terhad yang menawarkan pelanggan CelcomDigi Malaysia yang layak dan menetap di Malaysia tawaran eksklusif bagi produk dan perkhidmatan CelcomDigi terpilih sepanjang tempoh kempen. Transaksi yang layak di bawah Jualan Seluruh Negara juga melayakkan pelanggan menyertai Peraduan CelcomDigi Mega Gegar 20 Juta, tertakluk kepada Terma & Syarat Peraduan.
2. Apakah tempoh kempen bagi CelcomDigi Nationwide Sale?
Nationwide Sale akan berlangsung dari 23 Julai 2026 hingga 30 September 2026.
3. Apakah tawaran yang tersedia dibawah CelcomDigi Mega Gegar 20 Juta Nationwide Sale?
- Tawaran 1: Rebat Peranti Easy360 CelcomDigi Postpaid 5G 2026 & CelcomDigi One 2026
- Tawaran 2: Rebat Peranti Pakej MegaJimat CelcomDigi Postpaid 5G
- Tawaran 3: Rebat Bulanan CelcomDigi Fibre & 5G Home WiFi RM20
- Tawaran 4: CelcomDigi Prepaid – RM5 Kredit Pengenalan RM5
- Tawaran 5: StreamMORE Asian Bundle – Percuma untuk Bulan Pertama bagi Pelanggan yang Melanggan buat Kali Pertama
- Tawaran 6: MobileSHIELD – 30-hari percubaan percuma bagi Pelanggan yang Melanggan buat Kali Pertama
- Tawaran 7: PhoneFIX – RM1 bagi bulan pertama
- Tawaran 8: RM100 Bonus Trade-In pindahan Kredit Bil
Untuk maklumat lanjut, Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di bawah.
4. Adakah tawaran Nationwide Sale hanya tersedia di Kedai CelcomDigi atau boleh juga dinikmati secara dalam talian?
Tawaran Nationwide Sale tersedia melalui saluran CelcomDigi terpilih, termasuk Kedai CelcomDigi, CelcomDigi Express, CelcomDigi Express Lite dan saluran dalam talian terpilih. Walau bagaimanapun, ketersediaan setiap tawaran mungkin berbeza bergantung pada promosi. Sila rujuk Soalan Lazim khusus bagi tawaran berkenaan atau bahan promosi berkaitan untuk mengetahui saluran yang terlibat serta syarat kelayakan yang berkenaan.
5. Siapakah yang layak menikmati tawaran Nationwide Sale?
Semua pelanggan CelcomDigi Malaysia yang layak dan menetap di Malaysia layak menikmati tawaran Nationwide Sale, kecuali mereka yang dinyatakan dalam Terma & Syarat di sini.
Tawaran 1: Rebat Peranti Easy360 CelcomDigi Postpaid 5G 2026 & CelcomDigi One 2026
1. Berapakah rebat peranti yang saya akan terima dan untuk berapa lama?
Bergantung pada model peranti yang dibeli semasa tempoh kempen, pelanggan yang layak akan menerima rebat peranti bulanan RM20 atau RM10 selama 24 bulan:
Rebat | Model Peranti Easy360 yang Layak |
Rebat Peranti RM20 x 24 bulan | Samsung Galaxy S26 5G (256GB) Samsung Galaxy S26 5G (512GB) Samsung Galaxy S26+ 5G (512GB) Samsung Galaxy S26 Ultra 5G (512GB) Samsung Galaxy Z Flip 8 5G (512GB) Samsung Galaxy Z Fold 8 5G (256GB) Samsung Galaxy Z Fold 8 5G (512GB) Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra 5G (256GB) Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra 5G (512GB) Samsung A37 5G Samsung A57 5G Samsung 55'' UHD 4K Smart TV (2026) Samsung 65'' UHD 4K Smart TV (2026) Samsung 65" Mini LED 4K Smart TV (2026) Samsung 85" Neo QLED 4K Smart TV (2026) |
Rebat Peranti RM10 x 24 bulan | OPPO Reno 16F 5G (256GB) Xiaomi 17T 5G (512GB) HONOR 600 5G (512GB) OPPO Reno 16 5G (256GB) Vivo V70 5G (512GB) Xiaomi 17T Pro 5G (512GB) HONOR 600 Pro 5G (512GB) OPPO Find X9s 5G 512GB vivo X300 FE 5G (512GB PlayStation 5 Disc Console (Slim) |
2. Siapakah yang layak menerima rebat peranti selama 24 bulan ini?
Anda layak sekiranya anda:
- Melanggan atau menaik taraf ke pelan CelcomDigi Postpaid 5G 140 2026 dan ke atas;
- Membeli peranti yang layak di bawah kontrak peranti Easy360 selama 24 bulan atau 36 bulan dalam Tempoh Kempen; dan
- Mengekalkan akaun yang aktif serta dalam kedudukan yang baik sepanjang tempoh rebat 24 bulan.
3. Bilakah saya akan menerima rebat peranti selama 24 bulan saya?
Rebat peranti selama 24 bulan akan dipaparkan dalam bil bulanan CelcomDigi anda. Rebat pertama akan dikreditkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kontrak peranti Easy360 anda diaktifkan.
4. Adakah saya akan kehilangan rebat saya jika saya menukar pelan atau menamatkan talian saya?
Ya. Rebat selama 24 bulan akan terbatal sekiranya anda menurunkan taraf pelan CelcomDigi Postpaid atau menamatkan talian anda. Untuk terus menikmati rebat tersebut, anda perlu memastikan akaun anda kekal aktif serta dalam kedudukan yang baik sepanjang tempoh rebat.
Tawaran 2: Rebat Peranti Pakej MegaJimat CelcomDigi Postpaid 5G
1. Berapakah rebat peranti yang saya akan terima dan untuk berapa lama?
Bergantung pada model peranti yang dibeli semasa tempoh kempen, pelanggan yang layak akan menerima rebat peranti bulanan RM20 selama 24 bulan:
- Samsung Galaxy A57 5G (12+512GB)
- Samsung Galaxy A37 5G (12+256GB)
- Samsung Galaxy A27 5G (256GB)
- Samsung A07 5G (8+256GB)
2. Siapakah yang layak menerima rebat peranti selama 24 bulan ini?
Anda layak sekiranya anda:
- Melanggan atau menaik taraf ke pelan CelcomDigi Postpaid 5G 140 2026 dan ke atas;
- Membeli peranti yang layak di bawah kontrak peranti Easy360 selama 24 bulan atau 36 bulan dalam Tempoh Kempen; dan
- Mengekalkan akaun yang aktif serta dalam kedudukan yang baik sepanjang tempoh rebat 24 bulan.
3. Bilakah saya akan menerima rebat peranti selama 24 bulan saya?
Rebat peranti selama 24 bulan akan dipaparkan dalam bil bulanan CelcomDigi anda. Rebat pertama akan dikreditkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kontrak peranti Easy360 anda diaktifkan.
4. Adakah saya akan kehilangan rebat saya jika saya menukar pelan atau menamatkan talian saya?
Ya. Rebat selama 24 bulan akan terbatal sekiranya anda menurunkan taraf pelan CelcomDigi Postpaid atau menamatkan talian anda. Untuk terus menikmati rebat tersebut, anda perlu memastikan akaun anda kekal aktif serta dalam kedudukan yang baik sepanjang tempoh rebat.
Tawaran 3: Rebat Bulanan CelcomDigi Fibre & 5G Home WiFi RM20
1. Berapakah rebat peranti yang saya akan terima dan untuk berapa lama?
Pelanggan yang layak akan menerima rebat RM20 selama 3 bulan.
2. Siapakah yang layak untuk menerima rebat 3 bulan ini?
Anda akan layak jika anda adalah pelanggan baharu pelan CelcomDigi Fibre 300Mbps atau CelcomDigi 5G Home WiFi 99.
3. Bilakah saya akan menerima rebat peranti selama 3 bulan?
Rebat peranti selama 3 bulan akan dipaparkan dalam bil bulanan CelcomDigi anda. Rebat pertama akan dikreditkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kontrak pelan anda diaktifkan.
Tawaran 4: CelcomDigi Prepaid – RM5 Kredit Pengenalan RM5
1. Siapakah yang layak untuk menerima Kredit Pengenalan RM5?
Anda layak jika anda:
- Mendaftar talian baharu CelcomDigi Prepaid atau bertukar ke CelcomDigi melalui MNP.
- Melanggan CelcomDigi Prepaid 5G Edisi Biru atau Edisi Kuning.
- Mengaktifkan mana-mana Pas Internet yang layak seperti berikut:
- 5G Hyper 30
- 5G Hyper 35
- 5G Power 35
- 5G Power 45
- 5G Power+ 55 dengan Viu Premium
- 5G Power+ 65 dengan Prime Video
2. Apakah yang saya akan terima dibawah tawaran ini?
Pelanggan yang layak akan menerima kredit Internet RM5.
3. Bilakah saya akan menerima kredit Internet RM5 saya?
Kredit Internet anda akan dikreditkan dalam masa 4 hari selepas anda berjaya mengaktifkan Pas Internet yang layak.
4. Bagaimanakah cara saya boleh menggunakan Kredit Internet RM5 saya?
Kredit Internet hanya boleh digunakan untuk membeli Pas Internet layak dari aplikasi CelcomDigi atau menu USSD (*118#).
Tawaran 5: StreamMORE Asian Bundle – Percuma untuk Bulan Pertama bagi Pelanggan yang Melanggan buat Kali Pertama
1. Siapakah yang layak untuk tawaran StreamMORE Asian Bundle – Percuma untuk Bulan Pertama?
Tawaran ini tersedia kepada pelanggan CelcomDigi Postpaid dan Prepaid yang layak yang melanggan StreamMORE Asian Bundle + 5GB buat kali pertama sepanjang Tempoh Kempen.
2. Saya pernah melanggan ke StreamMORE Asian Bundle + 5GB sebelum ini. Bolehkah saya menikmati tawaran ini?
Tidak. Tawaran ini hanya tersedia bagi pelanggan yang melanggan ke StreamMORE Asian Bundle + 5GB buat kali pertama.
3. Apakah akan terjadi selepas bulan pertama?
Selepas tamat tempoh percubaan, langganan anda akan diperbaharui secara automatik pada caj langganan semasa sebanyak RM19.90 sebulan, melainkan anda membatalkannya sebelum tarikh pembaharuan.
4. Bolehkah saya batalkan langganan saya semasa tempoh percubaan percuma?
Boleh. Anda boleh membatalkan langganan anda pada bila-bila masa, termasuk semasa tempoh percubaan percuma.
5. Bagaimanakah saya akan mengetahui jika langganan saya telah berjaya diaktifkan?
Anda akan menerima notifikasi SMS yang mengesahkan bahawa langganan StreamMORE Asian Bundle + 5GB anda telah berjaya diaktifkan.
Tawaran 6: MobileSHIELD – Percuma untuk Bulan Pertama bagi Pelanggan yang Melanggan buat Kali Pertama (30 Hari)
1. Siapakah yang layak menikmati tawaran MobileSHIELD – Percuma untuk Bulan Pertama?
Pelanggan CelcomDigi Pascabayar dan Prabayar yang layak yang melanggan MobileSHIELD 1-Device, 3-Device atau 5-Device buat kali pertama dalam Tempoh Kempen layak menikmati tawaran ini. Sila ambil perhatian bahawa tawaran percubaan percuma ini tidak terpakai untuk langganan Mega Add-Ons MobileSHIELD.
2. Bilakah tempoh percubaan percuma 30 hari saya bermula?
Tempoh percubaan percuma 30 hari anda bermula dari tarikh anda melanggan langganan MobileSHIELD yang layak. Setelah pengaktifan berjaya, anda akan menerima SMS pengesahan.
3. Apakah yang berlaku selepas tempoh percubaan percuma 30 hari saya tamat?
Melainkan anda membatalkan langganan sebelum tempoh percubaan percuma tamat, langganan MobileSHIELD anda akan diperbaharui secara automatik. Anda akan dikenakan bayaran mengikut yuran langganan yang dipilih.
4. Bolehkah saya membatalkan langganan semasa tempoh percubaan percuma?
Ya, anda boleh membatalkan langganan MobileSHIELD anda pada bila-bila masa sepanjang tempoh percubaan percuma 30 hari. Jika anda membatalkannya sebelum tempoh percubaan percuma tamat, anda tidak akan dikenakan sebarang yuran langganan.
Tawaran 7: PhoneFIX – RM1 bagi bulan pertama
1. Apakah yang termasuk dalam tawaran ini?
Pelanggan baharu PhoneFIX yang melanggan melalui Aplikasi CelcomDigi akan menikmati bulan pertama dengan harga hanya RM1, tanpa komitmen kontrak, apabila mereka mendaftar sepanjang tempoh kempen.
2. Bilakah tempoh kempen berlangsung?
Tempoh kempen berlangsung dari 23 Julai 2026 hingga 30 September 2026.
3. Siapakah yang layak menikmati tawaran ini?
Tawaran ini tersedia kepada semua pelanggan CelcomDigi yang melanggan PhoneFIX buat kali pertama sepanjang tempoh kempen.
4. Apakah yang berlaku kepada langganan PhoneFIX saya selepas bulan pertama tamat?
Langganan PhoneFIX anda akan diperbaharui secara automatik selepas bulan pertama bagi memastikan perlindungan peranti berterusan, melainkan anda memilih untuk berhenti melanggan sebelum tarikh pembaharuan. Selepas bulan pertama, langganan akan diteruskan pada harga standard apabila diperbaharui.
5. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai CelcomDigi PhoneFIX?
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai CelcomDigi PhoneFIX di sini.
Tawaran 8: RM100 Bonus Trade-In pindahan Kredit Bil
1. Bagaimanakah saya boleh menikmati tambahan RM100 pada nilai trade-in saya?
Mudah sahaja. Pilih pilihan "Drop-Off" dan pilih "Kredit ke Bil Postpaid" dalam aplikasi CelcomDigi Trade-In untuk menerima tambahan RM100 di atas nilai trade-in peranti anda.
Contoh: Jika nilai trade-in peranti anda ialah RM900 dan anda memilih untuk mengkreditkan jumlah tersebut ke bil Postpaid anda, anda akan menerima tambahan RM100, menjadikan jumlah keseluruhan nilai trade-in anda sebanyak RM1,000.
2. Bagaimanakah cara untuk trade-in peranti saya?
Muat turun versi terkini aplikasi CelcomDigi Trade-In, jalankan pemeriksaan kesihatan peranti, dan anda akan menerima anggaran nilai trade-in dengan serta-merta. Setelah anda bersetuju dengan nilai yang ditawarkan, ikuti sahaja langkah-langkah dalam aplikasi untuk melengkapkan proses trade-in. Klik di sini untuk panduan penuh.
3. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program CelcomDigi Trade-In?
Anda boleh klik di sini untuk mengetahui maklumat lanjut.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article