Soalan Lazim: CelcomDigi PhoneFIX

Modified on Thu, 20 Nov at 4:09 PM

Soalan Lazim: CelcomDigi PhoneFIX


1. Apakah itu PhoneFIX?

PhoneFIX ialah langganan perlindungan peranti yang berpatutan, eksklusif untuk pelanggan CelcomDigi. Ia membantu pelanggan membaiki telefon yang rosak tanpa beban kos yang tinggi. Perkhidmatan ini terbuka kepada peranti baharu atau sedia ada daripada jenama dan model utama, tertakluk kepada terma dan syarat PhoneFIX oleh CelcomDigi.


2. Siapakah yang layak untuk PhoneFIX?

PhoneFIX terbuka kepada semua pelanggan CelcomDigi selagi peranti tersebut tersenarai sebagai model yang layak dan melepasi semua ujian diagnostik yang diperlukan. Sila ambil perhatian bahawa hanya satu peranti boleh didaftarkan bagi setiap nombor mudah alih atau pelan CelcomDigi.


3. Bagaimanakah saya boleh melanggan PhoneFIX?

Anda boleh melanggan melalui Aplikasi CelcomDigi > Shop > Security > PhoneFIX.


4. Saya pelanggan sedia ada CelcomDigi. Berapa banyak peranti yang boleh saya daftarkan di bawah PhoneFIX?

Anda boleh mendaftarkan satu peranti bagi setiap nombor mudah alih, tanpa mengira di mana peranti itu dibeli.


5. Saya mempunyai peranti dengan kad SIM berganda (multi-SIM). Bolehkah saya mendaftar untuk PhoneFIX?

Ya. IMEI utama bagi peranti anda akan digunakan sebagai rujukan untuk perlindungan PhoneFIX anda.


6. Bolehkah saya melanggan PhoneFIX untuk peranti boleh pakai dengan SIM seperti jam tangan pintar?

Tidak. Buat masa ini, peranti boleh pakai dengan SIM tidak layak untuk PhoneFIX.


7. Apakah bayaran yang perlu saya buat apabila melanggan PhoneFIX?

Terdapat dua jenis bayaran:

  1. Caj Langganan – Dikenakan setiap bulan dan akan dibilkan ke akaun pascabayar anda.
  2. Caj Permohonan Perkhidmatan – Dikenakan setiap kali anda membuat permohonan pembaikan. Bayaran ini perlu dibayar terus kepada rakan kongsi kami, SwapAsia, melalui Pemindahan Bank, Kad Kredit/Debit atau Dompet Elektronik (E-Wallet).


Harga Runcit Disyorkan (HRD)
Caj Langganan
(Bulanan)

Caj Permohonan Perkhidmatan

(Setiap Permohonan)
RM0 - RM500
RM3
RM30
RM501 – RM1,000
RM5
RM50
RM1,001 – RM1,500
RM6
RM100
RM1,501 – RM3,000
RM10
RM200
RM3,001 – RM6,000
RM17
RM330
Above RM6,001
RM20
RM470

 

8. Adakah PhoneFIX mempunyai tempoh kontrak?

Tidak. PhoneFIX ialah langganan bulanan yang diperbaharui secara automatik tanpa sebarang kontrak.

  1. Pelanggan Pascabayar – Perkhidmatan akan diteruskan bersama pelan mudah alih anda.



9. Apa yang akan berlaku kepada PhoneFIX saya jika saya tidak membayar bil?

  1. Pelanggan Pascabayar – Perkhidmatan akan ditamatkan sekiranya akaun anda digantung atau disekat.


10. Adakah langganan PhoneFIX saya akan diteruskan jika saya menukar pelan mudah alih?

Ya. Langganan PhoneFIX anda akan diteruskan ke pelan CelcomDigi baharu anda.


11. Bolehkah saya mengekalkan langganan PhoneFIX sedia ada jika saya menukar nombor telefon mudah alih saya?

Tidak. Langganan PhoneFIX anda akan ditamatkan. Anda boleh mendaftar semula dengan nombor baharu melalui Aplikasi CelcomDigi, tertakluk kepada syarat pendaftaran.


12. Saya telah melanggan PhoneFIX dan ingin membeli peranti baharu. Apa yang perlu saya lakukan?

Anda boleh memilih untuk:

  • Mengekalkan PhoneFIX pada peranti sedia ada, atau
  • Mendaftar peranti baharu untuk PhoneFIX dengan membatalkan langganan semasa dan mendaftar PhoneFIX untuk peranti baharu, tertakluk kepada syarat pendaftaran.

Sebaik sahaja peranti baharu didaftarkan, perlindungan untuk peranti lama akan tamat dan langganan baharu akan diaktifkan berdasarkan harga pasaran peranti baharu anda.

 

13. Apa akan berlaku kepada pelan PhoneFIX saya jika peranti diganti di bawah jaminan pengeluar?

Anda perlu mengemukakan bukti pertukaran peranti daripada pengeluar semasa membuat permohonan perkhidmatan. Tanpa bukti ini, permohonan anda akan ditolak kerana peranti baharu tidak akan didaftarkan secara automatik di bawah PhoneFIX. Walau bagaimanapun, anda boleh mendaftar semula peranti baharu anda di bawah PhoneFIX, tertakluk kepada syarat pendaftaran.

 

14. Bagaimana cara untuk membuat permohonan perkhidmatan pembaikan?

Anda perlu mengemukakan permohonan dalam tempoh 7 hari selepas kerosakan berlaku dan sebelum langganan tamat. 

  1. Dalam Aplikasi CelcomDigi, pergi ke Lifestyle -> My Subscriptions -> PhoneFIX -> Submit Service Request.
  2. Sebagai alternatif, anda boleh mengemukakan permohonan perkhidmatan melalui laman web rakan kongsi kami di sini


Rakan kongsi kami akan menghubungi anda untuk kutipan Caj Permohonan Perkhidmatan dan akan membimbing anda ke Pusat Servis Bertauliah terdekat. Anda perlu menyerahkan peranti yang didaftarkan untuk dibaiki di sana.

Nota: Semua perkhidmatan disediakan oleh rakan kongsi kami, Swap Device Solutions Sdn. Bhd.


15. Siapa yang akan membaiki peranti saya di bawah PhoneFIX?

Semua pembaikan dilakukan di pusat servis bertauliah rakan kongsi kami menggunakan alat ganti tulen atau yang setara untuk memastikan integriti peranti anda terpelihara. Setiap pembaikan juga disertakan dengan jaminan selama 6 bulan untuk ketenangan anda.

 

16. Adakah terdapat caj tambahan selain Caj Permohonan Perkhidmatan?

Tiada caj tambahan selain caj Permohonan Perkhidmatan. Bagi peranti Oppo dan Vivo, anda mungkin perlu membayar kos pembaikan penuh terlebih dahulu. Sebarang lebihan bayaran akan dipulangkan oleh rakan kongsi kami selepas pembaikan siap.


17. Apa akan berlaku jika saya mengemukakan permohonan pembaikan selepas tujuh (7) hari dari tarikh kerosakan?

Permohonan anda tidak akan diterima dan tiada perkhidmatan pembaikan akan diberikan.

 

18. Skrin peranti saya retak dan tidak boleh diakses, bolehkah saya membuat permohonan pembaikan menggunakan peranti lain?

Ya. Anda boleh mengemukakan permohonan pembaikan melalui portal web kami di sini.


19. Adakah saya perlu menyediakan dokumen untuk membuat permohonan pembaikan?

Tidak perlu, selagi:

  • Langganan PhoneFIX anda masih aktif,
  • Akaun CelcomDigi anda tidak disekat panggilan, dan
  • Peranti anda belum diganti di bawah jaminan pengeluar.

 

20. Apa akan berlaku jika peranti saya dicuri atau hilang?

PhoneFIX tidak melindungi peranti yang hilang atau dicuri. Anda perlu membatalkan langganan anda untuk mengelakkan caj bulanan seterusnya.


21. Peranti saya tidak boleh dihidupkan atau IMEI tidak dapat dikesan, adakah permohonan saya masih diterima?

Ya. Kami akan menerima berdasarkan jenama dan model yang sama seperti peranti yang didaftarkan. Namun, jika IMEI didapati berbeza kemudian, permohonan pembaikan akan ditolak.


22. Berapa kali saya boleh membaiki peranti saya?

Anda boleh membuat sehingga tiga (3) permohonan pembaikan dalam tempoh 12 bulan bergulir dari tarikh permohonan pertama.

Contoh: Jika permohonan pertama dibuat pada 1 Oktober 2025, anda boleh membuat permohonan ke-2 dan ke-3 sebelum 1 Oktober 2026. Permohonan ke-4 hanya boleh dibuat selepas 1 Oktober 2026.


23. Saya telah menghantar permintaan perkhidmatan tetapi tidak menerima panggilan selepas 2 hari. Apa yang perlu saya lakukan?

Sila hubungi talian bantuan rakan kongsi kami di 03-7940 2099 (Isnin–Jumaat, 9 pagi–6 petang, kecuali cuti umum) untuk bantuan lanjut.


24. Saya berubah fikiran selepas menghantar dan membayar permohonan pembaikan. Bolehkah saya dapatkan bayaran balik sebelum menghantar peranti rosak?

Ya. Anda boleh memohon bayaran balik caj Permohonan Perkhidmatan jika anda membatalkan sebelum menghantar peranti untuk dibaiki.


25. Saya tidak dapat menghantar peranti rosak ke lokasi pusat servis bertauliah yang ditetapkan. Adakah terdapat pilihan lain untuk saya?

Anda boleh menghubungi rakan kongsi kami untuk menukar ke lokasi pusat servis bertauliah yang lain.


26. Berapa lama masa yang diambil untuk pembaikan selepas saya menyerahkan peranti?

Tempoh pembaikan bergantung pada keadaan peranti dan ketersediaan alat ganti. pusat servis bertauliah akan memberikan anggaran masa yang tepat selepas menerima peranti anda.


27. Apa akan berlaku jika peranti saya tidak dapat dibaiki?

Jika peranti anda dinilai sebagai tidak boleh dibaiki, sila hubungi rakan kongsi kami, Swap Asia, selepas peranti anda diambil. Swap Asia akan memulangkan caj Permohonan Perkhidmatan dan menawarkan pilihan alternatif untuk Permintaan Perkhidmatan anda.


28. Bolehkah saya menamatkan langganan PhoneFIX?

Ya. Anda boleh membatalkan langganan PhoneFIX pada bila-bila masa melalui aplikasi CelcomDigi.


29. Saya telah membatalkan langganan PhoneFIX saya. Adakah saya masih boleh membuat permintaan perkhidmatan?

Ya. Perlindungan PhoneFIX anda akan kekal aktif sehingga tamat tempoh langganan semasa, jadi anda masih boleh menghantar permintaan perkhidmatan sebelum ia tamat.


30. Bolehkah saya melanggan semula PhoneFIX selepas membatalkannya?

Ya. Anda boleh melanggan semula tertakluk kepada Terma & Syarat PhoneFIX CelcomDigi.


Tawaran: RM1 untuk Bulan Pertama untuk Pengguna Baharu

 

1. Apakah yang saya nikmati dengan tawaran ini?

Promosi ini eksklusif untuk langganan melalui Aplikasi CelcomDigi, di mana pelanggan dapat menikmati bulan pertama PhoneFIX hanya pada harga RM1, tanpa sebarang komitmen kontrak, apabila mendaftar sebelum 31 Mac 2026.

 

2. Bilakah tempoh kempen ini?

20 November 2025 hingga 31 Mac 2026.

 

3. Siapakah yang layak menikmati tawaran ini?

Tawaran ini terbuka kepada semua pelanggan Pascabayar CelcomDigi yang melanggan PhoneFIX buat kali pertama antara 20 November 2025 hingga 31 Mac 2026.

 

4. Apa yang akan berlaku kepada langganan PhoneFIX saya selepas bulan pertama?

Langganan PhoneFIX anda akan diperbaharui secara automatik pada akhir bulan bagi memastikan perlindungan peranti anda tidak terganggu, kecuali anda membatalkannya sebelum tarikh pembaharuan. Selepas bulan pertama, langganan PhoneFIX akan diteruskan pada harga standard semasa pembaharuan.


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim PhoneFIX di atas.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article