Soalan Lazim: Pra-Tempah Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra/Fold8/Flip8 5G
Modified on Wed, 22 Jul at 4:40 PM
1. Bilakah saya boleh membuat pra-tempahan Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra/Fold8/Flip8 5G?
Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra/Fold8/Flip8 5G dengan Easy360 akan tersedia untuk pra-tempah dari 9:00 malam pada 22 Julai 2026 hingga 11:59 malam pada 13 Ogos 2026 melalui laman web CelcomDigi, selagi stok masih ada.
2. Apakah manfaat mendaftar sepanjang tempoh pra-tempahan?
Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra/Fold8/Flip8 5G tersedia untuk pra-tempahan daripada pelan CelcomDigi Postpaid 5G 100 2026 dan ke atas. Pelanggan yang melanggan pelan CelcomDigi terpilih akan menikmati pakej eksklusif pra-tempahan (selagi stok masih ada) seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah. CelcomDigi berhak untuk menggantikan atau menukar hadiah promosi tanpa notis terlebih dahulu.
a. Samsung Galaxy Z Flip8 5G
| Pakej A | Pakej B |
Pelan yang Layak |
|
|
Pakej Tawaran
|
|
|
b. Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra 5G atau Samsung Galaxy Z Fold8 5G
| Pakej A | Pakej B |
Pelan yang Layak |
|
|
Pakej Tawaran – Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra 5G |
|
|
Pakej Tawaran – Samsung Galaxy Z Fold8 5G
|
|
|
Ganjaran Tambahan Kempen
Pelanggan yang mendaftar untuk mana-mana Samsung Galaxy Z Flip8 atau siri Samsung Galaxy Z Fold8 bersama CelcomDigi Postpaid 5G 140 2026 dan ke atas dalam tempoh pra-tempahan juga layak menyertai Kempen Mega Gegar 20 Juta serta menikmati rebat peranti RM20 sebulan selama 24 bulan, tertakluk kepada terma dan syarat kempen.
3. Siapakah yang layak membuat pra-tempahan?
Pra-tempahan ini terbuka kepada:
- Pelanggan baharu (termasuk pelanggan port-in dan pelanggan yang bertukar daripada prabayar ke pascabayar).
- Pelanggan sedia ada CelcomDigi yang tidak mempunyai kontrak aktif serta tiada sekatan akaun atau sekatan panggilan.
4. Bolehkah pelanggan sedia ada yang masih mempunyai kontrak aktif membuat pra-tempahan?
Tidak. Pelanggan yang masih terikat dengan kontrak aktif tidak layak untuk menikmati tawaran ini.
5. Bagaimanakah cara untuk membuat pra-tempahan?
Ikuti langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Kunjungi laman web CelcomDigi
Langkah 2: Pilih model Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra/Fold8/Flip8 serta pelan yang layak
Langkah 3: Lengkapkan pembayaran pendahuluan (tertakluk kepada kelayakan).
6. Apakah kaedah pembayaran yang diterima?
Anda boleh membuat pembayaran dalam talian menggunakan kad kredit atau kad debit.
7. Bagaimanakah peranti saya akan dihantar?
Peranti anda akan dihantar melalui perkhidmatan kurier ke alamat penghantaran yang telah didaftarkan. Tempoh penghantaran mungkin berbeza bergantung pada lokasi anda, jadual kurier, kaedah penghantaran dan ketersediaan stok.
8. Bilakah saya akan menerima peranti saya?
Penghantaran peranti akan bermula pada 14 Ogos 2026.
9. Jika saya layak menerima Samsung 55" UHD 4K Smart TV 2026, adakah ia akan dihantar bersama peranti saya?
Tidak. TV tersebut akan dihantar secara berasingan daripada peranti Samsung anda.
10. Bilakah saya akan menerima Samsung 55" UHD 4K Smart TV 2026?
- TV akan dihantar dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh anda menerima peranti.
- Anda juga akan menerima nombor penjejakan penghantaran melalui WhatsApp daripada CelcomDigi (+6016-333 8888) dalam tempoh 5 hari bekerja selepas anda menerima peranti.
11. Adakah Samsung TV diserta dengan waranti?
Ya. Samsung 55" UHD 4K Smart TV 2026 ini berserta dengan waranti pengeluar Samsung selama 24 bulan.
Untuk pertanyaan berkaitan waranti, sila hubungi Samsung:
- Samsung Careline: 1800-88-9999
- Atau kunjungi mana-mana Pusat Servis Samsung.
Baucar Diskaun 50% untuk Samsung Galaxy Z Flip8 512GB
12. Bagaimanakah saya akan menerima baucar diskaun 50%?
Pelanggan yang membeli mana-mana model Samsung Galaxy Z Fold8 berikut bersama Easy360 akan menerima kod baucar melalui WhatsApp daripada CelcomDigi (+6016-333 8888) dalam tempoh 3 hari bekerja selepas menerima peranti mereka.
Peranti yang layak:
- Samsung Galaxy Z Fold8 5G (256GB)
- Samsung Galaxy Z Fold8 5G (512GB)
- Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra 5G (256GB)
- Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra 5G (512GB)
13. Bagaimanakah cara untuk menebus baucar?
Langkah 1: Log masuk ke CelcomDigi Online Store
Langkah 2: Pilih warna Samsung Galaxy Z Flip8 512GB pilihan anda
Langkah 3: Sahkan nombor telefon mudah alih anda menggunakan OTP dan pilih “Checkout”
Langkah 4: Sahkan alamat penghantaran anda dan masukkan kod baucar
Langkah 5: Lengkapkan pembayaran anda
Langkah 6: Samsung Galaxy Z Flip8 512GB akan dihantar kepada anda.
Tempoh Penebusan: 14 Ogos 2026 hingga 30 September 2026.
14. Bilakah tempoh sah baucar tamat?
Baucar mesti ditebus selewat-lewatnya pada 30 September 2026, sementara stok masih ada.
Diskaun Sehingga 50% untuk Produk Samsung Terpilih dengan Samsung Endless Aisle
15. Bagaimanakah saya boleh menikmati diskaun sehingga 50% untuk produk Samsung terpilih?
Pelanggan yang membuat pra-tempahan mana-mana Samsung Galaxy Z Flip8 atau siri Samsung Galaxy Z Fold8 bersama Easy360 layak membeli aksesori Samsung terpilih dengan diskaun sehingga 50% melalui Samsung Endless Aisle (EA) di CelcomDigi Store.
16. Bagaimanakah cara untuk menebus tawaran ini?
Selepas melengkapkan pesanan anda, anda akan menerima e-mel pengesahan pra-tempahan daripada CelcomDigi (no-reply@support.celcomdigi.com) dengan subjek "Payment Successful".
Untuk menebus tawaran Purchase with Purchase (PWP) anda, kunjungi mana-mana kedai CelcomDigi yang berkenaan dan tunjukkan resit pra-tempahan anda.
Nota: Penebusan mesti dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh pembelian. Setiap resit pra-tempahan hanya layak untuk satu kali penebusan.
Bonus Tukar Beli RM100 Kredit ke Bil Pascabayar
1. Bagaimanakah saya boleh menikmati tambahan RM100 pada nilai tukar beli saya?
Pilih pilihan "Drop-Off" dan "Credit to Postpaid Bill" dalam aplikasi CelcomDigi Trade-In untuk menerima tambahan RM100 di atas nilai tukar beli peranti anda. Lengkapkan proses tukar beli anda selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2026 untuk mengekalkan nilai tukar beli yang telah dikunci.
Contoh: Jika nilai tukar beli peranti anda ialah RM900 dan anda memilih untuk mengkreditkan nilai tersebut ke bil pascabayar anda, anda akan menerima tambahan RM100, menjadikan jumlah keseluruhan nilai tukar beli anda RM1,000.
2. Bagaimanakah cara untuk tukar beli peranti saya?
Muat turun aplikasi CelcomDigi Trade-In yang terkini, jalankan pemeriksaan kesihatan peranti dan anda akan menerima anggaran nilai tukar beli dengan serta-merta. Selepas anda bersetuju dengan nilai yang ditawarkan, ikuti langkah-langkah dalam aplikasi untuk melengkapkan proses tukar beli anda. Klik di sini untuk panduan penuh.
3. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program tukar beli CelcomDigi?
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article