Tukar Beli Peranti
Modified on Fri, 1 Nov at 10:08 AM
1. Apakah itu tukar beli telefon pintar?
Pelanggan CelcomDigi kini boleh menukar beli telefon pintar lama mereka dengan mudah melalui cara-cara berikut:
- Masuk ke mana-mana Celcom bluecube, Digi Store dan CelcomDigi Store di seluruh negara.
- Atas talian melalui laman CelcomDigi Trade-In dan meminta perkhidmatan pengambilan telefon pintar tukar beli dari lokasi mereka.
2. Bilakah tempoh tawaran bermula?
Perkhidmatan ini bermula dari 3 September 2024.
3. Bagaimanakah saya akan menerima bayaran untuk telefon pintar saya?
Nilai tukar beli akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang anda tentukan, dalam tempoh sehingga 7 hari bekerja dari tarikh penyerahan telefon pintar.
4. Apakah tawaran berterusan untuk tukar beli?
Anda boleh melayari laman CelcomDigi Trade-In untuk maklumat lanjut.
5. Apakah yang perlu saya lakukan sebelum saya menukar beli telefon pintar saya?
- Dapatkan harga penilaian tukar beli
- Layari laman CelcomDigi Trade-In jika anda ingin menjadualkan pengambilan dari lokasi anda
- Muat turun aplikasi CompAsia untuk melakukan diagnosis kendiri pada telefon pintar anda untuk menerima sebut harga. Anda juga boleh melakukan langkah ini di kedai.
- Salin dan padamkan semua data peribadi
- Sebelum tukar beli telefon pintar anda, buat salinan data dalam telefon pintar anda dan lakukan tetapan asal (factory reset) sebelum penyerahan.
6. Berapakah bilangan telefon pintar yang boleh saya tukar beli pada setiap transaksi?
Anda boleh menukar beli hanya satu telefon pintar bagi setiap transaksi, terhad kepada dua transaksi bagi setiap pelanggan setiap tahun.
7. Apakah jenis Tawaran Wang Tunai Tambahan & bagaimana saya boleh menikmatinya?
- Wang Tunai Tambahan sehingga RM250
- Layak untuk semua pelanggan yang menukar peranti berdasarkan senarai di bawah.
- Pelanggan tidak perlu membeli peranti baharu dengan CelcomDigi untuk menikmati tawaran wang tunai tambahan sehingga RM250 ini.
8. Di mana saya boleh menukar beli semasa tempoh kempen ini untuk menikmati Tawaran Wang Tunai Tambahan?
- Kedai Celcom, Digi dan CelcomDigi di seluruh negara (tidak termasuk cawangan lapangan terbang).
- Jadualkan pengambilan dari lokasi anda melalui laman web Trade-In CelcomDigi, tertakluk kepada liputan oleh CompAsia.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article