Soalan Lazim: Pembelian Peranti Secara Terus
Modified on Thu, 5 Feb at 3:00 PM
1. Apakah itu Pembelian Peranti Secara Terus?
Pembelian Peranti Secara Terus membolehkan pelanggan membeli peranti mudah alih dengan membuat bayaran penuh secara sekaligus, tanpa sebarang kontrak atau komitmen bulanan.
2. Siapakah yang layak untuk membuat pembelian peranti secara terus?
- Mana-mana pelanggan, termasuk pemegang talian utama dan talian tambahan pascabayar.
- Pelanggan mesti berumur 18 tahun ke atas.
3. Bagaimanakah cara untuk membuat pembelian peranti secara terus?
Anda boleh membeli peranti melalui CelcomDigi Online Store atau Kedai CelcomDigi
- Peranti adalah tertakluk kepada ketersediaan stok
- Pembelian peranti dihadkan kepada 2 peranti sebulan bagi setiap pelanggan.
4. Bolehkah saya mengguna baucer untuk pembelian saya?
- Ya, jika anda mempunyai baucer CelcomDigi, anda boleh menebus secara atas talian semasa pembayaran.
- Baucar boleh digabungkan dengan harga diskaun dan promosi lain, melainkan dinyatakan sebaliknya.
- Setiap baucar tidak boleh dipindah milik, tidak boleh dituntut semula, dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
5. Bolehkah saya membatalkan, memulangkan, atau menukar peranti selepas pembelian?
- Tidak. Semua Pembelian Peranti Secara Terus adalah muktamad.
- Tiada pembatalan, pemulangan, penukaran, atau pengembalian wang dibenarkan.
6. Siapakah yang bertanggungjawab untuk waranti dan penyelenggaraan peranti?
Selepas pembelian, Pelanggan memiliki peranti sepenuhnya. Sebarang kecacatan, pembaikan, atau tuntutan waranti perlu diselesaikan terus dengan pengeluar peranti, tertakluk kepada terma jaminan pengeluar. CelcomDigi tidak bertanggungjawab terhadap kerosakan, kehilangan, atau kegagalan peranti selepas pembelian.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article