Soalan Lazim: Pelan CelcomDigi One 2026

Modified on Thu, 5 Feb at 3:00 PM

1. Apakah pelan baharu CelcomDigi One 2026?
Pelan CelcomDigi One 2026 adalah pelan 5G baharu yang menawarkan Internet Tanpa Had 5G & 4G di mana jua, 50% diskaun untuk perantauan, telefon 5G terkini daripada RM1/bulan, 2 talian Family tanpa had, 500Mbps fiber, langganan Disney+ dan MobileSHIELD.


2. Apakah kelajuan muat turun untuk setiap tahap kelajuan 5G di bawah pelan CelcomDigi One 2026?
Berikut adalah kelajuan muat turun untuk tahap kelajuan 5G Essential, Advance, Premium & Ultimate.

Tahap Kelajuan 5G

Kelajuan Muat Turun Maksimum

Essential

100Mbps

Advance

300Mbps

Premium

500Mbps

Ultimate

Maksimum

 

3. Dengan pelancaran CelcomDigi One 2026 ini, adakah Celcom Postpaid dan Digi Postpaid turut dihentikan?
Ya, pelan Celcom Postpaid dan Digi Postpaid akan dihentikan. Kami mencadangkan anda untuk mendaftar dengan pelan CelcomDigi One 2026 yang baharu untuk menikmati nilai terbaik pada pelan pascabayar anda. Pelan CelcomDigi Postpaid 5G baharu tersedia dengan harga permulaan RM45/bulan.
 

4. Saya melanggan pelan CelcomDigi One sebelum 18 Disember 2025. Adakah saya boleh melanggan peranti baharu?
Tidak, anda perlu menaik taraf pelan anda kepada pelan CelcomDigi One 2026 yang terkini untuk melanggan peranti baharu.
 

5. Saya adalah pelanggan Digi yang sedang menggunakan tawaran tanpa kontrak Roam Like Home. Adakah saya akan terus menikmati tawaran ini jika saya tukar pelan kepada Pelan CelcomDigi One 2026?
Tidak, tawaran Roam Like Home anda akan dibatalkan jika anda tukar ke pelan CelcomDigi One 2026. Tetapi anda akan dapat menikmati Pas Perantauan Tanpa Had hanya untuk RM24/bulan dengan CelcomDigi One 2026.

6. Bolehkah saya mendaftar untuk pelan CelcomDigi One 2026 dengan rebat Warga Emas atau Orang Kelainan Upaya?
Pada masa ini, tiada rebat ditawarkan untuk Warga Emas atau Orang Kelainan Upaya dengan CelcomDigi One 2026. Sila nantikan promosi yang akan datang. Sila ambil maklum bahawa jika anda sedang menikmati rebat sebagai Warga Emas atau Orang Kelainan Upaya pada pelan Digi anda yang sedia ada, anda akan terus menikmati rebat tersebut apabila anda tukar ke pelan CelcomDigi One 2026.


7. Bolehkah saya mendaftar untuk WatchSIM pada jam tangan saya dengan pelan CelcomDigi One 2026?
Ya, anda boleh mendaftar untuk WatchSIM dengan pelan CelcomDigi One 2026 Jika anda sedang melanggan NUMBERshare atau AirSIM, anda boleh terus menikmati servis dengan pelan CelcomDigi One 2026 yang baharu.

 

8. Adakah diskaun auto-bayaran masih tersedia untuk pelan CelcomDigi One 2026?
Tidak, diskaun Auto Billing tidak akan dibawa ke pelan baharu CelcomDigi One 2026. Semua diskaun Auto Billing sedia ada akan dihentikan apabila anda bertukar ke pelan CelcomDigi One Pro yang baharu. Nantikan tawaran Auto Billing yang akan datang.

 

9. Saya melanggan Pelan CelcomDigi One sebelum 18 Disember 2025. Apa yang akan berlaku kepada pelan saya?
Anda akan terus menikmati manfaat semasa anda seperti 5G & 4G tanpa had di mana-mana, diskaun 50% untuk roaming, sehingga 2 talian keluarga tanpa had, fiber 300Mbps, dan langganan Disney+ (jika berkenaan). Namun, jika anda ingin melanggan peranti baharu, anda perlu menaik taraf kepada Pelan CelcomDigi One 2026 yang baharu.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article