Soalan Lazim: CelcomDigi Postpaid 5G 2026 bagi Talian Tambahan & GadgetSIM

Modified on Thu, 5 Feb at 3:00 PM

1. Bagaimanakah cara untuk daftar ke pelan tambahan dengan CelcomDigi Postpaid 5G 2026 dan CelcomDigi One 2026? 

  • Anda kini boleh memilih mana-mana pelan baharu CelcomDigi Postpaid 5G 2026 untuk talian tambahan anda.
  • Pelanggan yang melanggan pelan talian tambahan CelcomDigi Postpaid 5G 2026 akan menikmati semua faedah pelan yang sepadan, kecuali akses kepada Pakej MegaJimat, Easy360 dan penambahan talian tambahan.
  • Pelan utama CelcomDigi Postpaid 5G 2026 dan CelcomDigi One 2026 yang layak untuk diskaun talian tambahan akan menikmati diskaun sehingga 50% ke atas komitmen bulanan pelan talian tambahan.
  • Talian tambahan mesti didaftarkan di bawah pelan utama CelcomDigi Postpaid 5G 2026 atau CelcomDigi One 2026 yang aktif.
  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Helaian Pendedahan Produk - CelcomDigi Postpaid 5G 2026 bagi Talian Tambahan & GadgetSIM.

Pelan CelcomDigi Postpaid 5G 2026

Pelan CelcomDigi One 2026

Pelan Utama 

45 SE

65 SE

80

100

120

140

160

190

One Pro

One Ultra

Jumlah Talian Tambahan

N/A

N/A

3 talian

6 talian

6 talian

6 talian

4 talian

Pelan yang layak untuk Talian Tambahan

N/A

N/A

Mana-mana pelan Postpaid 5G 2026 atau Postpaid SE 2026

Diskaun Talian Tambahan

N/A

N/A

10%

50%

50%

50%

 

2. Adakah pelanggan talian tambahan menikmati faedah yang sama dengan pelanggan talian utama?

Ya, semua talian tambahan menikmati faedah yang sama seperti talian utama dengan nilai yang setara, termasuk diskaun perayauan 50%, keselamatan dan hiburan yang disertakan, kecuali faedah kontrak peranti yang hanya ditawarkan kepada talian utama. Sila layari laman web CelcomDigi Postpaid untuk maklumat lanjut.

 

3. Pelan CelcomDigi Postpaid 5G 2026 dan CelcomDigi One 2026 yang manakah yang boleh menambah talian tambahan dan pelan manakah yang boleh dipilih sebagai talian tambahan?

Hanya pelan CelcomDigi Postpaid 5G 80 2026 atau lebih tinggi serta CelcomDigi One 2026 layak untuk melanggan talian tambahan. Setelah anda mempunyai pelan utama yang layak dan aktif, semua pelan CelcomDigi Postpaid 5G 2026, termasuk Postpaid SE 2026, boleh ditambah sebagai talian tambahan dengan diskaun yang berkenaan.

 

4. Saya baru sahaja melanggan pelan talian tambahan GadgetSIM. Adakah saya juga layak untuk faedah diskaun talian tambahan?

Tidak, hanya pelan talian tambahan CelcomDigi Postpaid 5G 2026 layak untuk faedah diskaun talian tambahan.

 

5. Bolehkah saya berkongsi kuota daripada talian utama kepada talian GadgetSIM saya?

Tidak, kuota bagi setiap pelan di bawah Pelan CelcomDigi Postpaid 5G 2026 / One 2026 adalah untuk kegunaan talian individu sahaja. Sila ambil maklum bahawa Pelan CelcomDigi Postpaid 5G GadgetSIM yang baharu disertakan dengan kuota minimum 30GB.

 

6. Saya merupakan pelanggan sedia ada Celcom/Digi dengan talian keluarga di bawah akaun saya. Adakah saya perlu menukar talian keluarga saya kepada pelan CelcomDigi Postpaid 5G 2026 jika saya menukar pelan utama kepada Pelan CelcomDigi Postpaid 5G 2026 / One 2026?

Ya, anda perlu menukar semua talian tambahan kepada Pelan CelcomDigi Postpaid 5G 2026 / One 2026.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article