Pembayaran & Kewangan
Modified on Thu, 12 Sep at 10:05 AM
1. Bagaimana cara untuk bayar dengan wang tunai di kedai-kedai 7-Eleven?
Anda hanya perlu mengikut langkah-langkah ini untuk bayaran secara tunai di 7-Eleven:
- Lancar aplikasi Yoodo (oleh CelcomDigi) anda
- Pergi ke tab 'Bayaran'
- Pilih 'Tambah Nilai'
- Masukkan amaun tambah nilai
- Pilih Kaedah Pembayaran (Bayaran Tunai di 7-Eleven)
- Paparkan kod bar kepada juruwang untuk diimbas
- Bayar amaun tambah nilai kepada juruwang secara tunai
- Tambah nilai Credits anda telah berjaya! (sila tunggu untuk jumlah tersebut ditambah ke baki Credits anda dalam masa 15 minit)
2. Bagaimana cara mengemas kini butiran kad kredit/debit saya?
Untuk mengemas kini kad kredit/debit anda, log masuk ke aplikasi Yoodo (oleh CelcomDigi) dan pilih 'Bayaran' pada papan pemuka. Jika anda ingin menambah atau menukar kad kredit/debit anda, klik '+'. Anda boleh memilih 'Padam' untuk memadam kad kredit/debit yang tidak digunakan.
3. Bagaimana cara untuk padam kaedah pembayaran/kad saya?
Log masuk ke aplikasi anda, pergi ke tab 'Bayaran' dan pilih 'Urus Bayaran'. Anda boleh menambah, menukar, dan memadam kaedah pembayaran utama anda.
4. E-Wallet mana yang boleh digunakan untuk pembayaran?
Hanya e-Wallet berikut yang diterima untuk menambah nilai ke dalam Credits anda:
- Boost
- Touch ‘n Go
- GrabPay
- Alipay
Setelah tambah nilai Credits berjaya, penolakan untuk pembayaran akan dilakukan secara automatik ke atas baki nilai Credits anda terlebih dahulu. (jika baki Points anda tidak mencukupi)
5. Saya berhak untuk dapat pulangan wang semula. Bila saya boleh dapatkannya?
Kami menawarkan dua jenis pilihan pemulangan wang untuk anda pilih:
- Melalui Credits
- Melalui kad debit/kredit
Pemulangan wang melalui Credits akan mengambil masa selama 1 hari bekerja untuk diproses. Apabila anda sudah menerima e-mel daripada kami, sila periksa akaun anda untuk melihat amaun baru yang dipaparkan dalam Credits anda.
Pemulangan wang melalui kad debit/kredit akan mengambil masa di antara 5 ke 15 hari bekerja, bergantung kepada waktu pemprosesan oleh pihak bank anda. Apabila anda sudah menerima e-mel daripada kami, sila periksa akaun anda untuk melihat amaun yang telah dikreditkan ke penyata akaun anda.
Jika anda masih belum menerima pulangan wang setelah melebihi tempoh dua bulan, sila hubungi bank anda secara langsung untuk bantuan lanjut.
6. Bagaimana cara untuk tukar kaedah pembayaran/kad saya?
Log masuk ke aplikasi anda, pergi ke tab 'Bayaran' dan pilih 'Urus Bayaran'. Anda boleh menambah, menukar, dan memadam kaedah pembayaran utama anda.
7. Bagaimana kalau saya tidak pernah menggunakan kad debit saya untuk sebarang perkhidmatan atas talian?
Sesetengah bank di Malaysia mungkin memerlukan anda untuk memenuhi syarat-syarat tertentu untuk anda menggunakan kad debit bagi pembelian atas talian. Sila hubungi bank anda untuk kepastian, kemudian aktifkan kad debit anda untuk kegunaan ini.
8. Saya boleh menggunakan kad saya untuk membuat pembayaran secara atas talian pada perkhidmatan e-dagang yang lain, tetapi pembayaran saya gagal dilakukan untuk produk Yoodo (oleh CelcomDigi). Kenapa?
Sebagai salah satu bentuk pencegahan ke atas penipuan atas talian, sesetengah bank akan meminta pemegang akaun / kad untuk memaklumkan kepada pihak bank semasa melakukan pembayaran buat pertama kali dengan entiti perniagaan baru. Ini untuk memastikan pemegang akaun / kad tersebut adalah orang yang melakukan pembayaran tersebut.
9. Bagaimana cara untuk saya bayar SIM dan perkhidmatan?
Kami terima bayaran melalui kad debit/kredit, PayPal, perbankan atas talian, e-Wallet (Boost, Touch ‘n Go, dan GrabPay), serta wang tunai (melalui kedai 7-Eleven).
10. Apa itu pembaharuan-auto?
Lazimnya, pelan anda telah ditetapkan untuk diperbaharui secara automatik setiap bulan. Ini bermaksud bayaran akan ditolak dari Points, Credits, atau kad anda secara automatik (mengikut turutan ini, tertakluk kepada baki yang mencukupi).
Jika anda ingin mengubah tetapan ini, pergi ke tab 'Utama' dalam aplikasi Yoodo (oleh CelcomDigi), pilih ‘Lihat Pelan’ dan matikan butang ‘Perbaharui Pelan Secara Auto’. Kami tidak galakkan menutup pembaharuan auto untuk memastikan anda tidak terlepas tawaran hebat dan pembaharuan pelan yang lancar.
11. Adakah harga yang dipaparkan termasuk SST? Bolehkah saya mendapatkan rebat?
Ya, boleh! Jika anda seorang warganegara Malaysia, anda tidak akan dikenakan caj SST kerana SST hanya dikenakan kepada bukan warganegara Malaysia sahaja. Harga tanpa SST akan dipaparkan pada bil anda apabila pembayaran dilakukan.
12. Bolehkah saya beli baucar tambah nilai?
Memandangkan kami tidak ada kedai fizikal, kami juga tidak menyediakan baucar tambah nilai fizikal. Anda hanya perlu gunakan kad debit/kredit, PayPal, perbankan atas talian, e-Wallet atau bayar dengan wang tunai (di kedai 7-Eleven) untuk melakukan pembelian pada aplikasi.
13. Bagaimana saya kemaskini butiran kad kredit/debit saya?
Anda boleh mengemaskini butiran-butiran kad anda melalui aplikasi Yoodo (oleh CelcomDigi) - log masuk dan kunjungi ruang 'Bayaran' di pemuka anda dan pilih 'Urus Bayaran'.
14. Bagaimana boleh saya semak penggunaan saya serta sejarah transaksi saya?
Anda boleh periksa melalui aplikasi Yoodo (oleh CelcomDigi) - log masuk, pergi ke tab 'Bayaran' dan pilih 'Lihat Semua'
15. Bagaimana cara untuk saya dapatkan pulangan wang semula?
Jika anda mahu mendapatkan pulangan wang disebabkan ralat atau pembayaran pendua, sila hubungi pasukan khidmat pelanggan kami. Sila ambil perhatian bahawa tiada pulangan wang semula untuk pembayaran tunai di kedai 7-Eleven.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article