Points

Modified on Thu, 12 Sep at 10:04 AM

1. Apakah Points?

Points adalah mata ganjaran yang diperolehi melalui Ajak & Untung.


2. Apa yang saya boleh buat dengan Points?

Anda boleh menebus Points untuk Data, SMS, Panggilan, Power Pass, Add-On, IDD dan Pas Perantauan.


3. Berapa kadar penukaran nilai untuk Points?

1 Point (Mata) = RM0.01.


4. Adakah Points saya akan luput?

Tiada tarikh luput untuk Points selagi talian anda masih aktif. Anda boleh guna Points untuk menebus produk perkhidmatan telco.


5. Bagaimana cara untuk lihat rekod transaksi Points saya?

Tekan tab 'Bayaran' di bahagian bawah laman utama aplikasi Yoodo (oleh CelcomDigi) anda. Anda akan dibawa ke laman Bayaran dan anda boleh melihat pada bahagian 'Rekod Pembayaran'.



6. Bolehkah saya guna Points untuk bayaran atau penebusan separa ke atas produk Yoodo (oleh CelcomDigi)?

Tidak, anda tidak boleh melakukan penebusan separa menggunakan Points. Points hanya boleh digunakan untuk penebusan secara penuh.


7. Bolehkah saya beri Points kepada orang lain?

Maaf, Points tidak boleh dipindah milik atau ditukar ganti menjadi wang tunai.


8. Bagaimana cara untuk saya pilih Points untuk tebus produk?

Points anda akan ditolak terlebih dahulu semasa pembelian.


9. Apa akan jadi jika saya belanja melebihi nilai yang ada dalam baki Points saya?

Jika baki tidak mencukupi, baki Credits anda akan ditolak semasa pembayaran.


Jika nilai baki Credits anda tidak mencukupi, pembayaran akan dikenakan ke atas kad kredit/debit yang didaftarkan.


Jika anda tidak mendaftarkan kad, anda perlu menambah nilai Credits anda menggunakan perbankan atas talian atau kaedah pembayaran lain yang tersedia.


10. Apa akan berlaku jika saya tamatkan talian dan masih mempunyai baki Points dalam akaun?

Apabila talian terakhir anda ditamatkan setelah tempoh penangguhan selama 60 hari berakhir, sebarang baki Points yang masih ada akan kekal sah selama 30 hari sebelum ia dibatalkan. Baki Points anda tidak akan dibatalkan jika anda mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) talian aktif dalam akaun anda.


11. Bolehkah saya tukar Points menjadi Credits?

Tidak, anda tidak boleh menukar Points menjadi Credits.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article