Pelan-pelan & Perkhidmatan

Modified on Thu, 12 Sep at 10:09 AM

1. Pelan saya tidak aktif, dan saya tidak mempunyai sebarang sambungan WiFi. Bolehkah saya masih memperbaharui pelan saya? 

Ya, anda boleh memperbaharui pelan anda melalui aplikasi Yoodo (oleh CelcomDigi), dengan syarat: 

  1. Anda tidak log keluar dari aplikasi Yoodo (oleh CelcomDigi)
  2. Anda mempunyai kaedah pembayaran utama yang ditetapkan, seperti kad kredit, kad debit, atau PayPal; ATAU anda mempunyai baki yang mencukupi dalam Credits atau Points 


2. Bagaimana saya nak dapatkan bil atau penyata untuk pelan saya? 

Anda boleh dapatkan penyata e-mel melalui aplikasi Yoodo (oleh CelcomDigi) dengan mengikuti langkah-langkah ini: 

  1. Buka aplikasi dan pergi ke tab 'Bayaran' 
  2. Pilih 'Lihat Semua' 
  3. Pilih 'E-mel ePenyata saya' 
  4. Pilih tempoh pilihan anda dan kemudian klik 'E-mel penyata saya' 
  5. Anda akan menerima e-mel mengandungi ePenyata anda. Sangat mudah! 


3. Setelah pelan saya tamat, berapa lamakah tempoh yang saya ada sebelum talian saya dinyahaktifkan atau ditamatkan?

60 hari. Sepanjang tempoh ketidakaktifan ini, anda tidak dapat menyambung ke Internet atau membuat sebarang panggilan/SMS, tetapi anda masih boleh menerima panggilan/SMS daripada nombor lain. Selepas 60 hari, jika anda masih belum melanggan mana-mana pelan, talian anda malangnya akan ditamatkan. Untuk mengelakkan ini daripada terjadi, anda hanya perlu melanggan pelan baru untuk mengaktifkan nombor anda semula! 


4. Bila pelan saya akan diperbaharui? 

Pertama sekali, pastikan anda telah mengaktifkan pilihan pembaharuan secara automatik (Auto Renewal). Pelan anda akan diperbaharui pada hari ke-30, bergantung kepada masa pembelian dilakukan. Contoh: Anda membeli pelan pada hari pertama (1), jam 10:03 pagi. Jadi, pembaharuan akan dilakukan pada hari ke tiga puluh satu (31) tepat pada jam 10:03 pagi. 


5. Bagaiman boleh saya kongsi pelan baru atau sedia ada dengan peranti-peranti lain? 

Buat masa ini, kami masih belum menawarkan perkhidmatan perkongsian data, namun anda masih boleh menggunakan hotspot untuk jadikan telefon anda sebuah peranti hotspot WiFi. Tapi kami takkan mengenakan apa-apa caj untuk 'tethering' hotspot. 

 

6. Boleh saya tinggikan/turunkan pelan-pelan saya?

Boleh! Segala perubahan yang anda lakukan akan dikemaskini setiap bulan bila anda membaharui pelan anda. Anda boleh mengubah-ubah bila-bila masa sehingga tempoh bulan baru bermula, jadi ambil kesempatan untuk suai-padan sebanyak mungkin sehingga anda puas hati dengan pilihan anda. Tiada caj dikenakan untuk pengubahan pelan.


7. Bolehkah saya membatalkan pelan yang telah saya beli?

Maaf, anda tidak boleh membatalkan pelan yang telah dibeli. Setelah talian anda dicaj untuk bulan tersebut dan pelan anda aktif, anda tidak boleh mendapat semula pulangan wang. Untuk mengelakkan akaun anda dicaj pada bulan seterusnya, sila tutup fungsi pembaharuan-automatik pada aplikasi anda.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article