Rangkaian 5G

Modified on Thu, 12 Sep at 9:56 AM

1. Apa itu 5G? 

5G merupakan rangkaian mudah alih generasi ke-5. Anda akan menikmati pengalaman penggunaan Internet mudah alih yang lebih baik dengan teknologi perhubungan 5G. 


2. Apakah kelebihan 5G? 

  • Rangkaian lebih pantas dan membolehkan muat turun serta muat naik konten atau data dilakukan dalam tempoh yang lebih singkat 
  • 1,000x lebih banyak hubungan peranti berbanding 4G dan membolehkan anda menghubungkan pelbagai peranti tanpa menjejaskan kelajuan 
  • Tindak balas 5x lebih pantas bagi membolehkan penghantaran dan penerimaan maklumat yang lebih efisien 
  • Penggunaan tenaga yang 5x lebih efisien berbanding generasi terdahulu. 


3. Bilakah tempoh percubaan percuma 5G berakhir? 

Tempoh percubaan percuma Pas 5G akan tamat pada 4 Julai 2023. 

Dari 5 Julai 2023, harga promosi RM 5 untuk Pas 5G (RRP RM10) akan berlangsung sehingga notis selanjutnya. 


4. Apa yang saya perlukan untuk mengakses perkhidmatan 5G Yoodo (oleh CelcomDigi)? 

  • Untuk mengakses perkhidmatan 5G Yoodo (oleh CelcomDigi), anda perlu melanggan mana-mana pelan berkelajuan tinggi yang menawarkan internet 5G. 
  • Promosi Data Bonus 5G: Langgan pelan berkelajuan tinggi di antara data 40GB sehingga 100GB dengan Internet 5G untuk menikmati promosi 25GB data 5G/4G PERCUMA.  
Nota: Anda perlu menggunakan peranti dengan sokongan 5G dalam lingkungan kawasan liputan 5G. Pelan tanpa had tidak tersenarai untuk perkhidmatan 5G.


Data Asas 

Data Bonus (GB) 

Data Keseluruhan (GB) 

GB 

Harga (RM) 

Internet 5G (RM) 

2 

12 

0 

N/A 

2 

6 

15 

0 

N/A 

6 

10 

18 

0 

N/A 

10 

20 

20 

0 

N/A 

20 

24 

23 

0 

N/A 

24 

30 

35 

0 

N/A 

30 

40 

40 

0 

25 

65 

60 

58 

0 

25 

85 

80 

68 

0 

25 

105 

100 

78 

0 

25 

125 

150 

88 

0 

N/A 

150 

200 

98 

0 

N/A 

200 


5. Adakah saya layak untuk menikmati promosi ini? 

Semua pengguna yang aktif layak untuk menikmati promosi ini. 


6. Adakah 5G tersedia untuk peranti iOS? 

Ya, kini ia telah disediakan. Sila pastikan peranti iPhone anda adalah model 12 dan ke atas dan dikemaskinikan dengan iOS versi minimum 16.4. 


7. Adakah eSIM saya menyokong perkhidmatan 5G? 

Ya, betul. eSIM menyokong perkhidmatan ini. 


8. Adakah saya perlu memohon kad SIM baru untuk menikmati perkhidmatan 5G? 

Anda boleh menikmati perkhidmatan 5G menggunakan kad SIM sedia ada anda. 


9. Apa yang berlaku jika tiada ikon 5G pada telefon saya? 

Jika ikon 5G tidak muncul secara automatik, anda boleh menetapkan telefon anda secara manual untuk menerima liputan 5G. Pertama sekali, anda perlu berada di dalam kawasan liputan 5G. Kemudian, ikut langkah berikut: 

  • Tetapan > Sambungan > Rangkaian Mudah Alih > Mod Rangkaian > Pilih 5G/LTE/3G/2G (Auto Connect) 


10. Di mana kawasan liputan 5G berada?

Anda boleh memeriksa telefon anda dari semasa ke semasa untuk melihat ikon 5G bagi memastikan anda berada di dalam kawasan liputan 5G. Anda juga boleh menyemak laman Digital Nasional untuk memastikan samada kawasan anda telah dimasukkan ke senarai liputan 5G kerana DNB melakukan naik taraf secara berperingkat. Namun begitu, sila ambil maklum bahawa walaupun sesebuah kawasan pada peta ditanda sebagai mempunyai liputan 5G, ia tidak menjamin perkhidmatan tersebut disediakan secara tetap. 


11. Apakah peranti yang menyokong 5G? 

Untuk senarai penuh jenama telefon pintar yang menyokong 5G, sila layari laman Digital Nasional


12. Adakah saya perlu mengubah tetapan peranti yang menyokong 5G bagi menggunakan perkhidmatan ini? 

Jika peranti anda menyokong 5G tetapi tidak berhubung dengan liputan 5G secara automatik, sila ikut langkah-langkah berikut: 

  • Tetapan > Sambungan > Rangkaian Mudah Alih > Mod Rangkaian > Pilih 5G/LTE/3G/2G (Auto Connect)


13. Saya masih tidak boleh mengakses perkhidmatan 5G walaupun setelah melanggan internet 5G. Kenapa? 

Anda boleh mengaktifkan perkhidmatan 5G pada peranti anda secara manual. Sebelum itu, pastikan: 

  • Anda menggunakan peranti yang menyokong 5G 
  • Anda berada dalam lingkungan kawasan liputan 5G 
  • Anda menggunakan kad USIM atau eSIM 


Kemudian, ikut langkah-langkah di bawah: 


Langkah 1: Sila pilih Tetapan > Sambungan > Rangkaian Mudah Alih > Mod Rangkaian > Pilih LTE/3G/2G (Auto Connect) 

Langkah 2: Sila pilih Tetapan > Sambungan > Rangkaian Mudah Alih > Mod Rangkaian > Pilih 5G/LTE/3G/2G (Auto Connect) 

 

14. Berapa kepantasan hubungan Internet saya dengan 5G? 

Dengan 5G, kepantasan Internet anda akan menjadi 10 hingga 20x lebih pantas berbanding 4G, dengan kepantasan minimum 100Mbps. 

 

15. Adakah kuota Internet saya akan digunakan jika saya melakukan ujian kepantasan? 

Ya, buat masa ini sebarang ujian kepantasan akan menggunakan kuota Internet anda. 


16. Adakah saya boleh menggunakan Hotspot dengan 5G? 

Ya, anda boleh menggunakan Hotspot jika pelan anda menawarkannya. Namun begitu, kepantasan 5G anda bergantung kepada peranti atau keupayaan WiFi untuk menerima serta menghantar maklumat melalui hubungan 5G. 

 

17. Adakah data Internet saya akan lebih cepat habis jika menggunakan 5G? 

Penggunaan data Internet anda bergantung kepada cara penggunaan serta jenis konten atas talian yang dinikmati menggunakan 5G. Dengan 5G, anda boleh strim video YouTube, Netflix atau iQiyi pada resolusi paling tinggi dengan mudah. Tetapi, resolusi lebih tinggi akan menggunakan data Internet dengan lebih cepat berbanding penstriman pada resolusi yang rendah. 

 

18. Bolehkah saya menikmati perkhidmatan 5G tanpa sebarang pelan data asas? 

Anda perlu melanggan mana-mana pelan berkelajuan tinggi serta internet 5G untuk menikmati perkhidmatan 5G. 

 

19. Bolehkan saya melanggan internet 5G selepas bayaran untuk pelan asas? 

Malangnya, anda tidak boleh melanggan internet 5G sebagai Booster. 

Jika anda mahukan akses 5G, anda perlu *tukar pelan* dan memilih internet 5G bersama-sama pelan asas anda. 


20. Adakah saya perlu menukar peranti yang terhad untuk 3G/4G ke peranti 5G yang baru bagi menikmati perkhidmatan 5G? 

Ya, anda perlu menaik taraf ke peranti yang menyokong 5G untuk menikmati perkhidmatan 5G. 


21. Bolehkah saya menggunakan peranti yang tidak menyokong 5G untuk menikmati perkhidmatan 5G jika saya ada langganan pelan data asas berkelajuan tinggi? 

Tidak. Anda memerlukan peranti yang menyokong 5G. 


22. Saya menggunakan peranti yang menyokong 5G, tetapi kawasan saya tidak disenaraikan dalam kawasan liputan 5G. Adakah saya masih boleh menikmati perkhidmatan 5G? 

Malangnya, anda hanya boleh menggunakan hubungan 4G jika anda berada di luar kawasan liputan 5G. Namun begitu, anda boleh menikmati kepantasan 5G Celcom apabila anda masuk ke kawasan liputan 5G. 


23. Bagaimana cara untuk menutup akses perkhidmatan 5G? 

Untuk menyah-aktifkan hubungan 5G, anda boleh menukar tetapan secara manual melalui langkah-langkah berikut: 

  • Tetapan > Sambungan > Rangkaian Mudah Alih > Mod Rangkaian > Pilih LTE/3G/2G (Auto Connect) 


24. Adakah saya boleh menggunakan perkhidmatan 5G semasa berada di luar negara? 

Jika anda boleh mengakses perkhidmatan 5G di Malaysia, anda juga layak untuk menggunakan perkhidmatan tersebut di luar negara. Semua Pas Perantauan Yoodo (oleh CelcomDigi) menyokong 5G. Anda boleh melanggan mana-mana pas Roam Like Home dan memilih penyedia rangkaian 5G pilihan semasa berada di luar negara menggunakan peranti yang menyokong 5G. 


25. Apakah penyedia perkhidmatan rangkaian pilihan Yoodo (oleh CelcomDigi) yang menyokong 5G? 

Perkhidmatan perantauan 5G Yoodo (oleh CelcomDigi) disediakan di lebih daripada 10 negara. Senarai negara-negara tersebut akan ditambah tidak lama lagi. Dapatkan maklumat lanjut mengenai perantauan 5G Yoodo (oleh CelcomDigi) di sini.


Negara

Pengendali Rangkaian

Bahrain

Zain Bh 

Belgium

Proximus 

Brunei

DSTCom

Canada

Bell/Telus

China

China Unicom/China Mobile

Croatia

HR VIP

Czech Republic

T-Mobile CZ

Estonia

Elisa EE

Finland

FI Elisa/FIN Sonera

Hong Kong

SmarTone HK

Iceland

Vodafone 

Indonesia

TelkomSel 

Italy

I Wind

Korea

SK Telecom/Olleh

Kuwait

Viva/Wataniya

Lithuania

Telia

Macau

CTM

Netherlands

KPN

Philippines

Globe/Smart Gold

Poland

T-Mobile.pl 

Qatar

Vodafone Qatar

Romania

Vodafone RO

Saudi Arabia

Zain SA

Singapore

SingTel 

Taiwan

Chunghwa/Taiwan Mobile 

Thailand

AIS/True H

United Arab Emirates

Etisalat 

United Kingdom

EE 

USA

AT&T

Vietnam

Viettel


Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article