Data Bonus 5G

Modified on Thu, 12 Sep at 9:54 AM

1. Apakah promosi data bonus 5G? 

Promosi data bonus 5G menawarkan 25GB data berkelajuan tinggi secara percuma apabila anda melanggan pelan data asas berkelajuan tinggi di antara 40GB sehingga 100GB dengan Internet 5G. 


2. Berapa lama promosi ini akan berlangsung? 

Promosi ini akan bermula dari jam 12:01 malam pada 1 November 2023 sehingga diberitahu kelak. 


3. Siapa yang layak untuk promosi ini? 

Promosi ini terbuka kepada semua pengguna yang mempunyai talian Yoodo (oleh CelcomDigi). 


4. Bagaimana cara untuk menikmati promosi ini? 

Langkah 1: Klik 'Tukar Pelan.' 

Langkah 2: Pilih pelan data asas 40GB ke 100GB dan tambah internet 5G. 

Langkah 3: Jangan lupa, anda boleh perbaharui pelan anda pada bila-bila masa. 



Nota: Bagi pengguna sedia ada yang telah menetapkan pembaharuan secara automatik,  sila tetapkan penukaran pelan dan pilih “Nanti” iaitu selepas pelan sedia anda luput untuk mendapatkan data bonus 5G pada kitaran bil yang seterusnya. Anda juga boleh memilih  “Sekarang” untuk penukaran pelan secara serta-merta.


5. Apa akan berlaku jika pelan 5G saya diperbaharui secara automatik selepas 31 Oktober 2023? 

Jika anda telah menetapkan pembaharuan pelan 5G secara automatik, pelan anda tidak akan ditukar ke promosi baru ini secara automatik. 

Pilih 'Tukar Pelan', dan langgan salah satu daripada Pelan Data Asas Berkelajuan Tinggi dengan data antara 40GB sehingga 100GB dengan Internet 5G! Jangan lupa, anda boleh perbaharui pelan anda pada bila-bila masa. 

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article