Tawaran Kuota Bonus CelcomDigi Postpaid 5G

Modified on Tue, 29 Oct at 10:00 AM

1. Apakah tempoh tawaran ini?

Tawaran masa terhad ini bermula dari 29 Oktober 2024 dan sah sehingga diberitahu kelak.


2. Siapakah yang layak untuk tawaran kuota bonus CelcomDigi Postpaid 5G ini?

Semua pelanggan yang melanggan pelan CelcomDigi Postpaid 5G yang layak akan menerima kuota bonus. Ini termasuk pelanggan sedia ada, pendaftaran baru, dan pelanggan yang telah menukar pelan mereka kepada pelan CelcomDigi Postpaid 5G yang layak.


3. Berapakah kuota bonus yang saya akan dapat dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G saya?

Rujuk senarai di bawah untuk kuota bonus mengikut pelan:

Pelan Pascabayar

Kuota Bonus

CelcomDigi Postpaid 5G 40 SE

40GB

CelcomDigi Postpaid 5G 60 SE

100GB

CelcomDigi Postpaid 5G 80

150GB

CelcomDigi Postpaid 5G 100

250GB

CelcomDigi ONE Lite

250GB


4. Apakah tempoh sah kuota bonus?

Anda akan terus menikmati kuota bonus selagi anda kekal dengan pelan semasa anda selepas menerimanya. Kuota akan diperbaharui pada setiap kitaran bil.


5. Bilakah saya akan menerima kuota bonus ini?

Jika anda membuat pendaftaran baru atau penukaran pelan di bawah rangkaian Celcom dari 29 Oktober 2024 dan seterusnya, anda akan menerima kuota bonus serta-merta.


Untuk pendaftaran baru dan penukaran pelan di bawah rangkaian Digi dari 5 November 2024 dan seterusnya, anda juga akan menerima kuota bonus serta-merta.


Sekiranya anda adalah pelanggan sedia ada yang sudah melanggan pelan yang layak, anda akan menerima SMS yang memaklumkan bila kuota bonus akan diberikan kepada anda. Ini termasuk pelanggan yang telah mendaftar untuk pelan yang layak di rangkaian Digi antara 29 Oktober 2024 hingga 4 November 2024.


6. Di manakah saya boleh melihat penggunaan kuota bonus ini?

Jika anda menggunakan aplikasi Celcom Life atau MyDigi, anda boleh menyemak kuota bonus dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:


Celcom Life:

Langkah 1: Di halaman utama aplikasi Celcom Life, klik ‘Penggunaan Tempatan Saya’

Langkah 2: Di bawah tab 'Tempatan', klik ‘Internet’

Langkah 3: Anda boleh menyemak kuota bonus anda di halaman ini.


MyDigi:

Langkah 1: Di halaman utama aplikasi MyDigi, skrol ke tab 'Internet'

Langkah 2: Anda boleh menyemak kuota bonus anda di bahagian ini.


7. Di manakah saya boleh melanggan pelan CelcomDigi Postpaid 5G?

Anda boleh mengunjungi CelcomDigi Store, Celcom bluecube, Digi Store, laman web CelcomDigi dan pengedar Celcom/ Digi yang berdekatan untuk mendaftar, port-in atau menukar pelan pascabayar dan menukar talian prabayar anda ke pelan CelcomDigi Postpaid 5G yang layak.


8. Adakah kuota bonus disertakan dengan tempoh kontrak? 

Tidak. Kuota bonus tidak disertakan dengan sebarang kontrak.


9. Adakah tawaran ini hanya sah untuk pendaftaran pelan sahaja? 

Kuota bonus sah untuk pendaftaran pelan sahaja atau pendaftaran dengan peranti. 


10. Bolehkah saya menikmati tawaran ini bersama dengan rebat kontrak RM10 x 12 bulan (Freedom Add-Ons) untuk pelan CelcomDigi Postpaid 5G?

Ya. Anda boleh menikmati rebat kontrak RM10 x 12 bulan (Freedom Add-Ons) dan kuota bonus.


11. Apakah yang akan terjadi ke kuota bonus jika saya bertukar ke pelan yang lain? 

Kuota bonus akan terbatal jika anda melakukan penukaran pelan.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article