Soalan Lazim: Kempen CelcomDigi Zootopia 2

Modified on Thu, 20 Nov at 10:01 AM

1. Apakah kempen ini?
Kempen CelcomDigi Zootopia 2 menawarkan pelanggan peluang untuk mendapatkan Disney’s Zootopia 2 Treasure Box eksklusif apabila mereka mendaftar CelcomDigi One Ultra dalam tempoh kempen.


2. Siapakah yang layak untuk kempen ini?
Pelanggan yang mendaftar CelcomDigi One Ultra melalui mana-mana kaedah berikut di mana-mana kedai CelcomDigi:

  • Pendaftaran talian baharu; atau
  • Port-In daripada talian lain (MNP); atau
  • Tukar pelan (naik taraf sahaja); atau
  • Tukar daripada Prabayar ke Pascabayar (P2P).


3. Apakah barangan untuk kempen ini?
Anda akan menerima Disney’s Zootopia 2 Treasure Box eksklusif yang mengandungi satu (1) bantal leher hoodie, satu (1) payung, satu (1) pemegang telefon (pop socket), dan satu (1) beg pengemas perjalanan (travel packing cube). Reka bentuk akan diberikan secara rawak dan tiada pilihan untuk memilih reka bentuk.


4. Bilakah tempoh kempen ini?
Tempoh kempen adalah dari 20 November 2025 hingga 31 Disember 2025, atau selagi stok masih ada.


5. Bagaimana untuk menebus Disney’s Zootopia 2 Treasure Box melalui aplikasi CelcomDigi?
Langkah 1: Muat turun aplikasi CelcomDigi.
Langkah 2: Klik tab “For You” dan pergi ke bahagian “Partner Deals For You”.
Langkah 3: Pilih banner “Zootopia 2” dan klik “Claim Now”.
Langkah 4: Isikan alamat penghantaran anda dan klik “Submit”.
Langkah 5: Disney’s Zootopia 2 Treasure Box akan dihantar dalam tempoh 7 hingga 20 hari bekerja selepas penebusan berjaya.

Nota: Penebusan Disney’s Zootopia 2 Treasure Box mesti dilakukan sebelum 16 Januari 2026. Penebusan tertakluk kepada ketersediaan stok dan akan diberikan berdasarkan siapa cepat, dia dapat.


6. Saya sudah melanggan CelcomDigi One Ultra sebelum kempen ini dilancarkan. Adakah saya layak untuk barangan ini?
Tidak. Kempen ini hanya terbuka kepada pelanggan baharu yang mendaftar CelcomDigi One Ultra di kedai CelcomDigi dari 20 November hingga 31 Disember 2025.


7. Saya pelanggan Prabayar. Adakah saya layak untuk Disney’s Zootopia 2 Treasure Box?
Ya, tetapi anda perlu menaik taraf pelan anda kepada CelcomDigi One Ultra untuk layak menerima Disney’s Zootopia 2 Treasure Box.


8. Bolehkah saya memilih reka bentuk barangan dalam Disney’s Zootopia 2 Treasure Box?
Tidak. Reka bentuk akan diberikan secara rawak dan tiada pilihan untuk memilih. Disebabkan stok yang terhad, barangan akan diberikan kepada pelanggan yang layak berdasarkan prinsip siapa cepat, dia dapat, selagi stok masih ada.


9. Bolehkah saya menukar barangan tersebut?
Tidak. Barangan tersebut tidak boleh ditukar, tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditebus dengan barangan lain. Semua barangan adalah dalam jumlah terhad dan akan diberikan kepada pelanggan yang layak berdasarkan siapa cepat, dia dapat, selagi stok masih ada.


10. Saya tidak dapat melihat banner penebusan di aplikasi CelcomDigi. Apa yang perlu saya buat? 

Anda mesti menjadi pelanggan yang layak untuk melihat banner penebusan tersebut. Jika anda layak tetapi masih tidak dapat melihatnya, sila muat semula halaman atau log keluar dan log masuk semula ke aplikasi CelcomDigi anda. 


10. Di manakah kedai CelcomDigi yang mengambil bahagian?

Untuk mengetahui kedai CelcomDigi yang berhampiran anda, sila klik di sini.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article