Soalan Lazim: Kempen MLBB x UniPin

Modified on Tue, 16 Dec at 10:06 AM

1. Apakah yang ditawarkan dengan promosi ini?
Muat turun aplikasi CelcomDigi dan dapatkan 30 Diamond MLBB percuma. Untuk mendapatkan lebih banyak lagi, beli Diamond MLBB di UniPin dengan perbelanjaan minimum RM58.30 dan bayar melalui CelcomDigi untuk menerima sehingga 750 Diamond MLBB bonus. Terma & Syarat dikenakan.

 

2. Bilakah tempoh kempen ini?
Tawaran ini sah dari 16 Disember 2025 hingga 15 Februari 2026.

 

3. Siapakah yang layak untuk promosi ini?
Semua pelanggan CelcomDigi yang menetap di Malaysia layak untuk menyertai kempen ini, kecuali:

  • Pelanggan pascabayar dengan bil tertunggak atau yang telah melebihi had transaksi mereka.
  • Pelanggan prabayar dengan kredit prabayar yang tidak mencukupi atau yang telah melebihi had transaksi mereka.
  • Bukan pemain Mobile Legends: Bang Bang (tanpa Player ID) dan pengguna yang belum memuat turun Aplikasi CelcomDigi.

 

4. Denominasi Mobile Legends: Bang Bang yang mana layak untuk menerima Diamond bonus tambahan?

Denominasi Diamond MLBB UniPinNilai Denominasi
(RM)
Diamond MLBB Percuma Setiap Transaksi (Unit)
633 Diamonds + 83 Bonus58.30150
1,252 Diamonds + 194 Bonus116.27350
2,501 Diamonds + 475 Bonus233.20750

 

5. Adakah Diamond MLBB boleh dipindah milik atau ditukar kepada wang tunai?

Diamond MLBB tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai.


6. Bagaimanakah saya boleh dapatkan Diamond MLBB percuma atau bonus?

  • Diamond percuma: Kredit akan diberikan secara automatik dalam tempoh 15 hari bekerja selepas menghantar Player ID anda, atau sehingga kuota kempen habis ditebus. Tiada notifikasi SMS akan dihantar.
  • Diamond Bonus (pembelian): Selepas memenuhi kriteria kempen, anda akan menerima SMS dalam masa 2 jam. Masukkan Player ID anda di halaman promosi CelcomDigi MLBB pada hari yang sama. Diamond akan dikreditkan dalam tempoh 15 hari bekerja. Jika tiada SMS diterima, ini bermakna syarat tidak dipenuhi atau kuota telah penuh.

 

7. Adakah terdapat had atau limit untuk kempen ini?

  • Kedua-dua mekanik kempen hanya untuk pengguna yang telah memuat turun Aplikasi CelcomDigi.
  • Untuk kedua-dua kempen, pengguna mesti melawat laman web promosi dan memberikan Player ID MLBB yang betul beserta nombor mudah alih CelcomDigi yang didaftarkan pada aplikasi CelcomDigi.
  • Ganjaran diberikan secara siapa cepat, dia dapat.

Ganjaran Tingkat 1 - Diamond Percuma:

  1. Setiap pengguna boleh menuntut sekali sahaja sepanjang tempoh kempen.
  2. Terhad kepada 10,000 pelanggan pertama.

Ganjaran Tingkat 2 - Diamond Bonus (pembelian):

  1. Hanya pembelian melalui laman web UniPin dengan pembayaran melalui CelcomDigi diterima.
  2. Nombor mudah alih yang digunakan untuk pembayaran mesti sepadan dengan yang dihantar bersama Player ID MLBB, walaupun pembayaran dibuat sebelum penghantaran.
  3. Tidak terpakai untuk pakej MLBB lain, baucar, atau item selain Diamond MLBB (kredit permainan).
  4. Kuota maksimum kempen: 700,000 Diamond MLBB.
  5. Maksimum setiap pelanggan: 6 tuntutan sepanjang tempoh kempen.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article