Soalan Lazim: Baucer Grab RM50 untuk Pendaftaran CelcomDigi eSIM secara Online

Modified on Thu, 12 Mar at 11:04 AM

1. Apakah tawaran kempen ini?

Kempen ini memberi ganjaran kepada pelanggan yang mendaftar untuk pelan CelcomDigi Postpaid 5G terpilih dengan eSIM melalui CelcomDigi Online Store dengan baucar Grab RM50.

 

2. Berapa lamakah tempoh kempen ini?

Kempen ini bermula dari 12 Mac 2026 sehingga 31 Mei 2026 (11:59mlm). Namun, bagi transaksi Pendaftaran Baru Port In (MNP), ia akan bermula dari 1 April 2026 sehingga 31 Mei 2026 (11:59mlm)

 

3. Siapakah yang layak untuk kempen ini?

Anda akan layak jika anda mendaftar eSIM Pascabayar baharu dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G terpilih melalui CelcomDigi Online Store.

Pelan yang layak:

  • CelcomDigi Postpaid 5G 190
  • CelcomDigi Postpaid 5G 160
  • CelcomDigi Postpaid 5G 140
  • CelcomDigi Postpaid 5G 120
  • CelcomDigi Postpaid 5G 100
  • CelcomDigi Postpaid 5G 80
  • CelcomDigi Postpaid 5G 65 SE

Jenis pendaftaran yang layak:

  • Pendaftaran talian baharu
  • Pendaftaran Baru Port In (MNP) (tidak termasuk port-in daripada Celcom dan Digi)
  • Prabayar ke Pascabayar (P2P). Bagi transaksi ini, kedua-dua SIM fizikal & eSIM layak bagi kempen ini. 

 

4. Adakah pendaftaran SIM fizikal layak untuk kempen ini?

Kempen ini hanya untuk pendaftaran eSIM baharu melalui CelcomDigi Online Store sahaja. Namun bagi transaksi Prabayar ke Pascabayar (P2P), kedua-dua SIM fizikal & eSIM adalah layak.

 

5. Apakah ganjaran yang akan saya terima?

Anda akan menerima 1x baucar Grab RM50

 

6. Berapakah jumlah baucar yang saya boleh terima?

Setiap pelanggan yang layak (berdasarkan nombor telefon) berhak mendapat maksimum satu (1) baucar RM50 sepanjang tempoh kempen.

 

7. Bagaimanakah saya akan menerima baucar saya?

Pelanggan yang layak akan menerima baucar melalui Push Notification aplikasi CelcomDigi (notifikasi tersebut juga akan muncul di Inbox aplikasi) dalam tempoh 7–14 hari selepas log masuk. Pelanggan perlu menuntut (claim) baucar untuk mengesahkannya kerana baucar diberikan berasaskan siapa cepat, dia dapat (first-come, first-served). Log masuk sahaja tidak menjamin kelayakan menerima baucar.


i. Bagaimanakah cara saya menuntut baucar Grab RM50 saya?
Ikuti langkah berikut:

  1. Muat turun dan buka Aplikasi CelcomDigi
  2. Log masuk menggunakan nombor telefon mudah alih berdaftar anda
  3. Tekan ikon Loceng Notifikasi / Inbox Aplikasi
  4. Cari mesej Baucar Grab RM50
  5. Tekan Claim

    Setelah dituntut, baucar tersebut akan dipaparkan di bahagian My Vouchers.


ii. Bagaimanakah cara saya menebus baucar Grab tersebut?
 Selepas menuntut baucar di Inbox Aplikasi CelcomDigi:

  1. Pergi ke My Vouchers dalam aplikasi
  2. Pilih Baucar Grab RM50
  3. Salin URL dan tampal ke dalam pelayar mudah alih anda (kod baucar yang dipaparkan adalah URL unik)
  4. Tekan Get Your Voucher (pautan akan secara automatik mengalihkan anda dan membuka aplikasi Grab)

 

8. Saya masih belum muat turun aplikasi CelcomDigi, adakah saya perlu melakukannya sebelum tempoh tertentu untuk mendapat baucar Grab saya?

Ya, anda harus muat turun dan log masuk ke aplikasi CelcomDigi dalam tempoh 14 hari selepas pengaktifan talian anda. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan kehilangan ganjaran.

 

9. Berapa lamakah tempoh sah baucar ini?

Baucar kempen akan diberkan dan sah digunakan dari 12 Mac 2026 hingga 30 Jun 2026. Sila pastikan anda menggunakannya sebelum tarikh luput, kerana sebarang baucar yang tidak digunakan akan tamat tempoh secara automatik selepas tempoh tersebut.

 

10. Bolehkah saya menukar baucar kepada wang tunai?

Tidak. Baucar ini tidak boleh ditukar kepada wang tunai, tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh digunakan untuk pembayaran bil.

 

11. Bolehkah saya menggunakan baucar untuk semua perkhidmatan Grab?
Penggunaan baucar adalah tertakluk kepada terma dan syarat Grab. Sila rujuk aplikasi Grab untuk maklumat penuh mengenai penggunaan baucar.


12. Mengapakah saya tidak menerima baucar Grab?
Anda mungkin tidak layak sekiranya:

  • Anda mendaftar di luar tempoh kempen
  • Anda mendaftar menggunakan SIM fizikal
  • Anda membuat penggantian SIM atau penukaran ke eSIM
  • Talian anda digantung atau ditamatkan sebelum baucar dipenuhi
  • Terdapat unsur penipuan atau penyalahgunaan dikesan


13. Adakah baucar akan ditambah semula apabila stok habis?
Tidak. Baucar ditawarkan berasaskan siapa cepat dia dapat dan selagi stok masih ada.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article