Soalan Lazim: Kempen Ganjaran Bundle Peranti CelcomDigi Online Store

Modified on Wed, 1 Apr at 10:00 AM

1. Apakah itu Kempen Ganjaran Bundle Peranti CelcomDigi Online Store? 

Ini adalah kempen waktu terhad di mana pelanggan CelcomDigi bertukar pelan ke pelan yang layak dan membeli pelan Device Bundle (Easy360 atau Pakej MegaJimat) melalui CelcomDigi Online Store akan menerima Power Bank Mokin MK-MOPB0603 PERCUMA (Mokin PD 35W 10000mAh). Tawaran ini adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat dan selagi stok masih ada. 


2. Bilakah tempoh kempen ini berlangsung? 

Easy360: 1 April 2026 hingga 30 Jun 2026 

Pakej MegaJimat: 21 April 2026 hingga 30 Jun 2026 


3. Siapakah yang layak untuk menyertai kempen ini? 

Pelanggan CelcomDigi Postpaid sedia ada yang bertukar ke pelan apabila membeli pakej peranti (Easy360 atau Pakej MegaJimat) melalui CelcomDigi Online Store. 


4. Pelan manakah yang layak? 

Easy360: 

  • CelcomDigi Postpaid 5G 190 
  • CelcomDigi Postpaid 5G 160 
  • CelcomDigi Postpaid 5G 140 
  • CelcomDigi Postpaid 5G 120 
  • CelcomDigi Postpaid 5G 100 

Pakej MegaJimat: 

  • CelcomDigi Postpaid 5G 140 
  • CelcomDigi Postpaid 5G 120 
  • CelcomDigi Postpaid 5G 100 
  • CelcomDigi Postpaid 5G 80 


5. Apakah hadiah percuma yang akan saya terima? 

Anda akan menerima satu Power Bank Mokin MK-MOPB0603 (Mokin PD 35W 10000mAh). 


6. Adakah kempen ini terpakai untuk SIM fizikal? 

Ya. Kempen ini terpakai untuk kedua-dua eSIM dan SIM fizikal bagi pembelian Device Bundle yang dibuat melalui CelcomDigi Online Store. 


7. Jika saya membeli lebih dari satu talian, berapa banyakkah hadiah percuma yang akan saya terima? 

Hadiah percuma diberikan berdasarkan nombor telefon dan jenis talian yang diaktifkan (1x Power Bank percuma bagi setiap talian). 


8. Bagaimanakah saya akan menerima hadiah percuma tersebut? 

Hadiah percuma akan dihantar bersama peranti anda. Penghantaran adalah tertakluk kepada ketersediaan stok dan jadual logistik. Pengambilan sendiri tidak disediakan. 


9. Bolehkah saya memilih warna atau menukar hadiah percuma tersebut? 

Tidak. Hadiah percuma adalah tetap kepada model dan warna yang dinyatakan. Ia tidak boleh ditukar atau diubah. 


10. Bolehkah saya menukar hadiah percuma kepada wang tunai atau kredit? 

Tidak. Hadiah percuma tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditukar dan tidak boleh ditebus untuk wang tunai, kredit, rebat atau barangan lain. 


11. Adakah hadiah percuma akan ditambah semula selepas stok habis? 

Tidak. Ia ditawarkan berdasarkan siapa cepat dia dapat dan selagi stok masih ada. 


12. Bagaimanakah jika hadiah percuma rosak? 

Jika hadiah percuma anda rosak, sila hubungi Talian Khidmat Pemulangan/Kerosakan UNIPRO GLOBAL SDN BHD di +60 11-2556 0060 untuk bantuan. 


Anda dikehendaki menyediakan Delivery Order atau Invois dan memulangkan barang yang rosak terus ke alamat berikut: 

UNIPRO GLOBAL SDN BHD 

A11-0-2, Tingkat Bawah, Blok A 

Megan Salak Park, Jalan 1/125E 

Desa Petaling, 57100 Kuala Lumpur 


Setelah barang diterima dan disahkan, UNIPRO GLOBAL SDN BHD akan mengatur penggantian atau memaklumkan langkah seterusnya. 


Power bank tersebut dilindungi oleh jaminan selama 2 tahun. Penggantian akan diuruskan dalam tempoh berikut: 

  • Malaysia Timur: 14 hari bekerja 
  • Malaysia Barat: 7 hari bekerja

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article