Soalan Lazim: Promosi Pulangan Tunai (Cashback) Valorant x Codashop

Modified on Thu, 12 Feb at 11:20 AM

1. Apakah promosi ini?
Tambah nilai kredit permainan Valorant (VP) anda melalui Codashop dan bayar menggunakan pengebilan Celcom atau Digi untuk menerima 3% pulangan tunai. Terma dan syarat dikenakan.

 

2. Bilakah tempoh kempen ini?
Tawaran ini sah dari 12 Februari hingga 12 April 2026.

 

3. Siapakah yang layak untuk promosi ini?
 
Semua pelanggan CelcomDigi yang menetap di Malaysia layak untuk menyertai kempen ini, kecuali:

  • Pelanggan pascabayar dengan bil tertunggak atau yang telah melebihi had transaksi mereka.
  • Pelanggan prabayar dengan kredit prabayar yang tidak mencukupi atau yang telah melebihi had transaksi mereka.
  • Bukan pemain Valorant (tiada Player ID) dan bukan pengguna Codashop.

 

4. Adakah promosi ini sah di semua platform?

Promosi ini hanya sah untuk peserta yang membeli kredit permainan Valorant (VP) melalui Codashop dan membuat pembayaran menggunakan CelcomDigi Direct Operator Billing.

 

5. Denominasi kredit Valorant yang layak untuk 3% cashback?
 
Top-up secara langsung: 3,650 VP, 5,350 VP dan 11,000 VP, tidak termasuk kod baucar.

 

6. Bagaimanakah saya akan dimaklumkan sekiranya saya menerima pulangan tunai?

Peserta yang memenuhi semua kriteria kempen akan menerima SMS pemberitahuan pulangan tunai dalam tempoh 2 jam. Jika anda tidak menerima SMS tersebut, ini bermakna sama ada keperluan kempen tidak dipenuhi atau jumlah pulangan tunai telah ditebus sepenuhnya.

 

7. Jika saya menerima SMS pulangan tunai, bagaimana saya akan menerima pulangan tunai tersebut?

  • Untuk pengguna prabayar, pulangan tunai akan dikreditkan sebagai kredit prabayar selepas pembayaran berjaya dibuat. Pulangan tunai ini boleh digunakan untuk langganan perkhidmatan Digi dan/atau pembelian melalui Direct Operator Billing.
  • Untuk pengguna pascabayar, pulangan tunai akan ditolak dalam kitaran bil yang seterusnya.

 

8. Adakah pulangan tunai ini boleh dipindah milik atau ditukar kepada wang tunai?

Pulangan tunai ini tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article