Soalan Lazim: Tawaran Hari Gawai, Kaamatan dan Cuti Sekolah - Pas Internet 2777GB & Pas Video 700GB

Modified on Wed, 20 May at 10:01 AM

1. Apakah tawaran Hari Gawai, Kaamatan dan Cuti Sekolah ini?

Pas

Harga

Tempoh Sah

Kuota Internet

Pembaharuan Automatik

Pas Video

700GB

RM7.00

5 hari

700GB (4G+5G) 


Terhad kepada aplikasi terpilih, iaitu:

YouTube, Netflix, Viu, iQIYI, Disney+ Hotstar dan Prime Video

Tidak

Pas Internet 2777GB

RM7.00

3 hari

2777GB (4G+5G)

Tidak

 

2. Siapakah yang layak melanggan pas ini?
Pas ini ditawarkan kepada semua pelanggan prabayar dan pascabayar baharu serta sedia ada.


3. Berapa lamakah tempoh kempen ini?

Pas ini ditawarkan dari 20 Mei hingga 15 Jun 2026.

4. Bagaimanakah cara untuk melanggan pas ini? 

Prabayar

Saluran

Cara Melanggan

Aplikasi CelcomDigi

Langkah 1: Log masuk ke aplikasi CelcomDigi

Langkah 2: Pilih ‘Internet Add-Ons’

Langkah 3: Pilih ‘One Time Pass’

Langkah 4: Pilih 'Pas Video 700GB (4G + 5G)' atau 'Pas Internet 2777GB (4G + 5G)' dan lengkapkan transaksi pembelian.

Melalui Kod Pendek USSD

Langkah 1: Dail *118#

Langkah 2: Pilih ‘Internet Plan dan Add-on’

Langkah 3: Pilih ‘One Time Pass’

Langkah 4: Pilih 'Pas Video 700GB (4G + 5G)' atau 'Pas Internet 2777GB (4G + 5G)' dan lengkapkan transaksi pembelian.

 

Pascabayar

Saluran

Cara Melanggan

Aplikasi CelcomDigi 

Langkah 1: Log masuk ke aplikasi CelcomDigi

Langkah 2: Pilih ‘Internet Add-Ons’

Langkah 3: Pilih ‘Quota Top-up’

Langkah 4: Pilih 'Pas Video 700GB (4G + 5G)' atau 'Pas Internet 2777GB (4G + 5G)' dan lengkapkan transaksi pembelian.

 

5. Bagaimanakah saya boleh menyemak penggunaan internet pas ini?
Anda boleh menyemak dan mengurus penggunaan internet melalui aplikasi CelcomDigi atau melalui kod pendek USSD dengan mendail *118#.


6. Bolehkah saya membuat pembelian berganda untuk pas ini?
Ya. Pembelian berganda dibenarkan untuk kedua-dua pas ini.


7. Apakah yang perlu saya ketahui mengenai kuota internet?
Selepas kuota pas digunakan sepenuhnya, penggunaan seterusnya akan ditolak daripada kuota internet bulanan atau mana-mana langganan add-on internet yang lain. Sekiranya tiada, kelajuan internet akan dihadkan kepada 64Kbps.


8. Bagaimanakah saya mengetahui jika pembelian saya berjaya?
Anda akan menerima pesanan ringkas (SMS) selepas pembelian berjaya.


9. Adakah pembaharuan automatik disediakan untuk pas ini?
Tidak. Pas ini adalah add-on pembelian sekali sahaja.


10. Adakah saya dibenarkan menggunakan tethering atau hotspot ke peranti lain?

  • Untuk Pas Video 700GB, penggunaan tethering atau hotspot tidak dibenarkan.
  • Untuk Pas Internet 2777GB, penggunaan tethering atau hotspot adalah dibenarkan. 


11. Bolehkah pas ini digunakan semasa perantauan (roaming)?
Tidak. Pas ini hanya sah untuk kegunaan domestik dalam Malaysia. Penggunaan internet semasa perantauan akan dicaj mengikut kadar perantauan dan ditambah ke bil komitmen bulanan anda.


12. Apakah yang akan berlaku kepada kuota internet yang tidak digunakan?
Sebarang kuota internet yang tidak digunakan akan luput selepas tempoh sah pas tamat.


13. Bilakah sebenarnya pas ini akan tamat tempoh?

  • Pas Video 700GB sah sehingga jam 12:00 tengah malam pada hari ke-6 selepas langganan berjaya. 
  • Pas Internet 2777GB sah sehingga jam 12:00 tengah malam pada hari ke-4 selepas langganan berjaya. 


14. Saya bukan pengguna CelcomDigi. Bolehkah saya melanggan pas ini?
Tidak. Anda perlu berdaftar sebagai pelanggan CelcomDigi untuk melanggan pas ini.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article